PAGES

2015年6月2日火曜日

" Backpacker ke Eropah "







BACKPACKER TRAVEL SOLO KE EROPAH !

 See the source image

Kali ini saya akan kongsikan kepada pembaca hasil tulisan mengenai artikel travel secara solo ke Negara Eropah.

Sebelum berlepas secara solo ke Eropah, semestinya saya mengumpul maklumat mengenai destinasi yang ingin dilawati, mata wang, pengangkutan, penginapan serta beberapa info semasa hendak pergi, berada di sana dan juga terbang balik ke negara asal.

Impian kali ini adalah ingin travel secara solo sebanyak mungkin negara Eropah dengan kos yang minima. Insya Allah. Aamin.


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Sebenarnya, sebelum travel secara solo ke Eropah ni sebenarnya 2 bulan yang lepas saya telah mengembara solo ke Negara Indonesia iaitu bandar YOGJAKARTA dan juga PHNOM PENH, CAMBODIA. 

Semuanya dilakukan travel secara solo. 



JIKA BERMINAT KE DESTINASI YOGJAKARTA DAN JUGA PHNOM PENH, BOLEHLAH CLICK PADA PAUTAN DI BAWAH INI!!!


CLICK LINK >>> 







Meneruskan coretan artikel blog ini maka saya kongsikan tips travel solo ke Negara Eropah.


Melalui penerbangan Malaysia Airlines dari Kuching - Kuala Lumpur - Kota London pada 25 Mei 2015 ( haha genaplah suda ).

Sebelum penerbangan di lakukan sempat jugak membaca artikel dari blog mengenai seorang pengembara solo Malaysia yang bergerak seorang diri selama 13 hari dan hasilnya mengunjungi ke 6 buah negara dengan kos keseluruhan sebanyak RM 12,000.00.... WOW LUMAYAN SUNGGUH!!!

Jadi digunakan teknik dan hasil pembacaan blog di atas dijadikan panduan ku untuk berupaya mengunjungi lagi banyak destinasi Negara Eropah dengan kos yang minima.


1). Penerbangan dari Kuching - Kuala Lumpur - Heathrow London, UK. 

Penerbangan seawal jam 0530 pagi dari Kuching - Kuala Lumpur (MAS) dan seterusnya tukar penerbangan ke Terminal Antarabangsa di KLIA. Menggunakan MH 2547 dan transit penerbangan seterusnya MH 0004 menuju ke Kota London selama lebih kurang 13 jam penerbangan.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Ku kongsikan sedikit pengalaman penerbangan selama lebih kurang 16 jam (termasuk transit dari Kuching, Sarawak). Rasanya semua tahu bahawa dengan menggunakan syarikat penerbangan Malaysia Airlines ni, makan minum adalah percuma setelah bertungkus lumus membayar dengan kos yang telah ditetapkan. Al maklum penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota London, Heathrow mengambil masa penerbangan seterusnya 13 jam, semua penumpang dihidangkan bermula 2 jam penerbangan, mulai makanan berat, 2 jam berikutnya makanan ringan, seterusnya 2 jam berikutnya makan lagi...dan makan lagi....

HUHU mampos!!!!

Kerana apa???

Makan - makan dan makan.

Sepanjang perjalanan ataupun penerbangan disajikan dengan pelbagai makanan dan minuman halal la kan. Dengan menaikki pesawat besar (2 tingkat) aku sempat mengunjungi dek atas ditemani pramugara yang menyapa ku untuk melihat sendiri perbezaan tingkat bawah pesawat dengan tingkat atas!!! wow menarik sekali.

Di belakang pesawat, disediakan surau lelaki dan juga perempuan. Selain itu, terdapatnya ruangan besar untuk penumpang melakukan senaman ringan al maklum tempoh penerbangan yang agak panjang kan. Pesawat mempunyai tangga untuk naik ke tingkat atas. Tetapi keadaan penumpang di tingkat atas ni semuanya macam tidur ja....memang sesuai la aku duduk di tingkat bawah dan di row aku hanya aku sorang....haha....

OK!
Sesampainya di Heathrow London Airport lebih kurang pada jam 1620 petang waktu London (lebih kurang jam 11 malam waktu Malaysia), amat teruja kerana semua penumpang yang tiba di Airport ini dikehendaki untuk berbaris panjang sebelum pengesahan identiti pasport perjalanan sah. Panjang bebenar Q nyer.

Kemasukan warga asing ke UK ni amat ketak. Bukan sekadar tiket penerbangan pergi dan balik harus ditunjukkan bersama pasport kita malah pelbagai soalan mengenai tujuan ke destinasi ini diajukan.

Aku turut ditanya mengenai;

a). Sila tunjukkan tiket pergi dan balik
b). Tujuan ke Negara Eropah
c). Salinan tempahan penginapan malam pertama
d). Destinasi sepanjang berada di Eropah
e). Berapa jumlah wang PS dan Euro yang dibawa.
f). Berikutan badan ku bersaiz kecil, maka pihak imigresen berasa ragu kenapa aku berani untuk travel solo!!!
g). Alhamdulillah, lepas jugak aku dari Q panjang imigresen UK


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

             
MATA WANG UK, ENGLAND

Yang ni jadi masalah pada aku!!!

Sebenarnya ni kesilapan besar aku. Sebenarnya aku hanya membawa mata wang EURO dan tidak mempunyai langsung mata wang Pound Sterling (PS). HUHU...

Kisahnya bermula untuk membeli tiket train dari Terminal 4 London Underground menuju ke Bandaraya KingKross Station, London.


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Rupa-rupanya aku terpaksa untuk keluar dari barisan Q pembelian tiket untuk menukar wang EURO ke PS. Terpaksa pergi ke tingkat atas ataupun balai ketibaan semula untuk mengunjungi pengurup mata wang dan menukar kepada 200 PS. Alhamdulillah selesai.

Harga tiket keretapi (macam komuter/LRT) P 6.00 sehala. Seronok jugak pengalaman yang dirasai mengajar erti kehidupan sebenar travel solo ni!!!

 
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



LONDON PASS DAN BIG BUS LONDON 

 
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Bagi tujuan pergerakan secara santai dan pusing-pusing di Kotaraya London UK ni, aku telah membeli London Pass dan juga Tiket Big Bus London bagi tujuan perjalanan selama 2 hari termasuk juga perjalanan di waktu malam. Harga yang perlu dibayar adalah PS 180.00 (mahal wei x RM 5). 

Oh lupa, lokasi penginapan aku di kota London...

Aku menginap di Backpacker Hostel (Journeys King's Cross Hostel dengan kadar semalam hanyalah P 15.00 kira ok lah). Sarapan pagi pun disediakan walaupun just makan roti dan juga minuman panas ( kopi atau teh ). Hostel turut menyediakan WIFI percuma. Untuk 3 malam pertama aku berada di Kota London sebelum melakukan perjalanan seterusnya ke Kota Paris.

King's Cross Station

www.jacknjillscute.com



2. LOKASI YANG DILAWATI DI KOTA LONDON, UK 


a). Menara Jam Big Ben

 See the source image 

b). Houses of Parliament  


 



htImage result for london buckingham palace
g). Buckingham Palace
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

h). Windsor Castle



i). Hamptom Court Palace
Image result for london hampton court palace

j). Kew Gardens 

Image result for london kew gardens




Inilah serba sedikit lokasi menarik yang sempat dilawati sepanjang berada di Kota London. 

Hari ke empat mula bergerak ke Kota Paris (France) menggunakan perkhidmatan Eurolines. co. uk.





NEGARA KE - 2 ( KOTARAYA PERANCIS, FRANCE )

Suka saya ingatkan di sini bahawasanya perjalanan travel solo saya ini adalah secara backpacker dengan kos perjalanan mahupun penginapan termasuk kos yang lain seminima yang mungkin dan bukan niat untuk bershopping. Hanya impian untuk membuka mata melihat dunia luar Selain Negara Tercinta Malaysia.



Seringkali mendengar dan membaca artikel mahupun berita bahawasanya sekiranya ke Eropah jangan lupa mengunjungi Bandaraya Mewah ataupun Elegan iaitu semestinya Kota raya Perancis yang sinonim dengan " Eiffel Tower ".


Maka destinasi seterusnya mengalas impian untuk menuju ke Kota Perancis.

Bertolak dari King's Cross Station dengan menggunakan Tube Metro P 4.80 menuju ke Station Victoria dan seterusnya pada jam 10 pagi waktu London bergerak ke Paris. Harga pengangkutan Eurolines.co.uk dengan perjalanan lebih kurang 9 jam dengan kos P 40.00. Ertinya ( 10 pagi - 1845 petang ). 

Sampai di Galleni Sta. perjalanan seterusnya diteruskan menggunakan Metro Republiques Sta. Train (Euro 1.80) menuju ke pusat bandaraya Paris.

Image result for paris republique station


Sesampainya di bandaraya Paris, keluar station terus melangkah seadanya untuk mencari penginapan dan sebolehnya ingin menginap di backpacker hostel. HuHU al maklum bandar Paris ni elegan bandaraya nya. Kiri dan Kanan akan kelihatan manusia yang penuh dengan bergaya. "Ala Modelling ". Tinggi lampai bahkan pakaian pun amat menarik.


Setelah letih pusing-pusing bandar, maka aku mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Liberty dengan harga Euro E 50/malam. Mahal tu tetapi terpaksa berikutan semua backpacker hostel penuh (EURO 10 jer).

Nak Tahu pasal bilik aku yang berharga Euro 50/malam ni...
Hanya disediakan sinki serta cermin muka, tandas kongsi di luar dan tidak disediakan bilik mandi. Difahamkan Negara Perancis ni sejuk iaitu -4 celcius maka lokasi penginapan aku ni memang rate macam tu tidak mempunyai bilik mandi. Hanya lap-lap badan umpama mandi burung kot!!! huhu hebatnya mereka kat sini!!!


Hari Kedua di Kotaraya Paris 

Seawal pagi aku ronda-ronda bandaraya Paris. Sebenarnya ingin mencari lokasi bagi pembelian tiket untuk senang bergerak melalui Tours melawat dan melihat apa yang menarik di kota ini. 

Setelah selesai membeli tiket untuk bergerak menggunakan bas pelancong Perkhidmatan L'Open Tour Paris France dengan harga Euro 32.00 aku sempat mengunjungi beberapa lokasi menarik.

Image result for L'Open Tour Paris France



a). Opera Garnier

Image result for opera garnier


b). Ste Marie Madeleine

Image result for Ste Marie Madeleine



c). Musee Duiloure (Pyramid)

Image result for Musee Du Louvre (Pyramid)


d). Comedie Francaise

Image result for Comedie Francaise


e). Grand Palais

Image result for Grand Palais


f). Arc De Triomphe

Image result for Arc De Triomphe


g). Palace of Chaillot

Image result for Palace of Chaillot


h). Tour Eiffel

Image result for eiffel tower


i). Eglise Du DOme

Image result for Eglise Du DOme


j). Hard Rock Cafe

Image result for Hard Rock Cafe france


k). Gare Du Nord

Image result for Gare Du Nord


l). Place De La Republique

Image result for place de la republique paris


m). Sex Toys

Image result for Sex Toys paris


Perkhidmatan bas ini bergerak dan berpusing-pusing di semua lokasi menarik di bandaraya Paris. Kita hanya memilih untuk berhenti di lokasi yang kita ingini. Mudah sangat!!!

Selain itu, semua penumpang yang menaikki bas pelancong ini akan diberikan hearphone untuk digunakan di pasang melalui kerusi penumpang dalam bas. Hanya mendengar cerita berkenaan sejarah, serta lokasi yang menarik ini dan penumpang boleh turun di mana sahaja di lokasi yang diingini.



DESTINASI SETERUSNYA ADALAH

- ATHENS, GREECE


Destinasi berikutnya adalah Athens, Greece. Negara ini sebagai laluan di Eropah sahaja dan tidak banyak yang dapat ku coretkan di sini. Pengalaman berada di Negara Greece, adalah rupa bentuk muka bumi seakan sama dengan Negara Eropah yang lain. Bentuk dan struktur bangunan yang mengekalkan dan melambangkan Negara Eropah. Tetapi sempadanan dengan Negara - negara Eropah yang lain adalah hanya terdapatnya pintu gerbang yang membezakan anda telah memasukki negara mereka sahaja. Apa yang menarik di sini adalah bahasa dan budaya mereka sama dengan Negara Eropah yang lain.


Related image



Image result for greece athens

Image result for athens greece

Image result for athens greece



DESTINASI SETERUSNYA ADALAH

- ROME ITALY


Perancangan awal sebenarnya adalah untuk bergerak ke Portugal, Sepanyol, Belgium dan berakhir di Portland. Tetapi sempat bertanya kepada masyarakat Europe semasa berada di France, rata-rata tidak mengalakkan aku untuk travel solo ke sana berikutan negara tersebut masih kurang tenteram dan krisis tular di media. Jadi aku telah disarankan untuk bergerak ke Rome, Itali.

Bergerak ke Rome, Italy dari France...

Adalah dinasihatkan...

a). Beli Tiket awal

b). Check In ( 1 jam sebelum berangkat )

c). Berbaris semula ( setelah beli tiket, beratur semula untuk mendapatkan boarding pass untuk menaikki pengangkutan )

d). Menuju ke pintu perlepasan

e). Berbaris semula untuk pengesahan dokumen, tiket, pasport dan lain - lain serta tag luggage.

f). Beratur semula dan dapatkan tag luggage

g). Menunggu pengumuman untuk masuk Coach

h). Tiba masanya barulah bergerak ke destinasi yang hendak dituju

i). Jumlah masa perjalanan dari France - Rome Italy ( 23 jam ).



Perjalanan dari France, ke destinasi Rome Italy amat panjang. Dari Galleni Station France menuju ke Rome dengan harga tiket sehala Euro 95.00. Semasa di Galleni Station aku berkenalan dengan seorang wanita berbangsa Sepanyol (di dalam pic) amat peramah orangnya dan telah memberikan serba sedikit ilmu serta tips mengembara solo ke negara eropah ni. Walaupun beliau kurang fasih berbangsa Inggeris namun sedikit sebanyak aku faham maksud yang ingin disampaikan. Selain itu, beliau turut menasihati aku agar lebih berhati-hati kerana berikutan aku bergerak secara solo dan jangan menghampiri kawasan sunyi. Wanita tersebut sempat memberikan alamat kediamannya dan pesanan beliau sekiranya aku berkunjung ke Sepanyol jangan lupa untuk menghubungi nya.!!!


Dipendekkan cerita ...

Perjalanan dari Galleni Station, France ke Milano Station ( 12 jam ) dan seterusnya sambung perjalanan dari Dijon Sta ( 4 jam ). Dari Dijon Station pula (waktu tempatan 1030 am) bergerak menuju ke Austostazione Tiburtina Box B- Sta. mengambil masa lebih kurang 7 jam perjalanan ( sampai pada jam 1700 petang ). Berjalan kaki dari Austostazione Tiburtina Station ke Metro Station mode menggunakan perkhidmatan keretapi metro ke Roma Termini (Terminal Besar di Tengah Bandaraya Rome, Italy).


Image result for roma termini railway station


Daripada Rome Terminal aku pusing-pusing untuk melihat dulu bandaraya selain mata mencari signboards mana tahu terjumpa guest house mahupun backpacker hostels.

Setelah mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Rossi dengan kadar harga Euro 50.00/malam ( 3 malam = Euro 150.00 ) pengalaman yang amat menarik di sini. Bilik yang luas, katil king size,bilik mandi serta suasana bilik ala original Italy. Memang mengagumkan. 


01 Jun 2015 Hari Kedua di Rome Italy


Seawal jam 10 pagi aku bergerak ke Rome Termini untuk menaikki Open Bus ROma Cristiana Benvenuti. Harga tiket EURO 18/hari. 

Image result for Open Bus ROma Cristiana Benvenuti





Di antara lokasi yang telah aku lawati adalah;


a). San Pietro In Vaticano

Image result for San Pietro In Vaticano


b). Piazza Navona S. Agnese in Agone

Image result for Piazza Navona S. Agnese in Agone


c). S. Maria in Aracoeli

Image result for S. Maria in Aracoeli


d). Fontana di Trevi Basilica SS. Apostoli

Image result for Fontana di Trevi Basilica SS. Apostoli


e). Stazione Termini

Image result for Stazione Termini



f). Santa Maria Maggiore

Image result for Santa Maria Maggiore


g). San Giovanni in Laterano

Image result for San Giovanni in Laterano


h). Colosseo S. Gregorio Magno

Image result for Colosseo S. Gregorio Magno


i). Circo Massimo S. Sabina all' Aventino

Image result for Circo Massimo S. Sabina all' Aventino


j). San Bartolomeo all' isola Tiberina


Image result for San Bartolomeo all' isola Tiberina


k). Campo de' Fiori S. Maria in Trastevere

Image result for Campo de' Fiori S. Maria in Trastevere


Image result for colosseo rome



DESTINASI SETERUSNYA ADALAH FRANKFURT (HANN) GERMANY

Seawal jam 0700 pagi bergerak menggunakan mode transfer dari ROma Termini ke Ciampino Airport - ROma City Center (Euro 5.00). Pembelian tiket penerbangan dari Rome Ciampino, ROma Italy menuju ke Frankfurt (Hann) Airport, Germany penerbangan pada jam 1025 pagi waktu tempatan. Harga tiket penerbangan adalah Euro 70.00 sehala. Mahal wei...

Aku rasa sekiranya perancangan awal dilakukan mungkin boleh dapat tiket dengan harga sekitar Euro 20.00 kerana dimaklumkan bahawa penerbangan hanya mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit itu bole ditempah tiketnya serendah yang mungkin. Penerbangan menggunakan kapal terbang dari Syarikat Tambang Murah Europe "Ryan Air".


Image result for aeroporto g.b.pastine ciampino


Image result for aeroporto g.b.pastine ciampino


Aku terus bertanya kepada kaunter mengenai maklumat penerbangan mengenai tiket penerbangan terutamanya.

Disebabkan telah mendaftar masuk melalui online, maka disarankan aku untuk terus masuk ke balai berlepas. Amat menyenangkan.
Haha...Pengalaman menarik untuk masuk ke balai berlepas.

Untuk masuk ke balai berlepas semua pemegang tiket penerbangan akan diperiksa sama ada pakaian, kasut, beg dan lain-lain. Semua penumpang diminta untuk menanggalkan pakaian ertinya hanya tinggal boxer atau seluar dalam. Manakala beg pula, barang yang ada di dalam beg akan dicurah dan diperiksa sama ada kamera, laptop, jam tangan, telefon bimbit. semuanya anda perlu asingkan (jika kamera asingkanlah badan kamera, lens dan juga bateri) haha....Begitu ketatnya cara mereka scan penumpang!!!


Pengalaman untuk menaikki pesawat buat kali pertama bersama Ryanair. Memang Menarik sekali!!!


Bagi penumpang asing, kami diberikan Boading Pass Priority (keutamaan) untuk menaikki bas menuju ke pesawat. Tetapi yang peliknya, penumpang dengan priority pass di dalam bus pula tidak disediakan tempat duduk berbanding penumpang dengan tiket biasa disediakan tempat duduk!!!

Seperti biasa tiada bezanya jika menaikki pesawat AirAsia semua penumpang akan berbaris untuk menaikki kapal terbang Ryanair.


Setelah hampir 1 jam 40 minit penerbangan, maka sampailah aku ke Lapangan Terbang Frankfrut (Hann), Germany. Suhu di German adalah 9 Celcius dan jika diperhatikan landasan kapal terbang dan perjalanan dengan berjalan kaki ke balai ketibaan ditimbuni oleh salji.  Keadaan lapangan terbang yang amat ramai penumpang tetapi agak sukar untuk mengajukan soalan berikutan mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris. Terpaksalah aku hanya berpandukan papan tanda arah.

Perjalanan dari Airport Frankfrut ke Frankfurt City C. terpaksa berbaris panjang untuk mendaftar masuk bag serta menaikki bas. Haha... Rupanya pelakon Transformer yang sama menaikki pesawat dari Rome Italy tadi rupanya duduk disebelah kerusi aku dalam bas ni. Aku di jemput oleh Mr Sam untuk duduk di sebelah beliau.


Disebabkan pengangkutan untuk ke Amsterdam melalui Eurolines.co.uk penuh berikutan keesokkanya adalah cuti umum, aku menggunakan alternatif lain iaitu perkhidmatan ICE 122 (Bullet Train) dari Germany ke Amsterdam. Aku bergegas terus ke kaunter pembelian tiket train (berada di seberang kaunter Eurolines.co.uk). Untuk makluman menggunakan mode Eurolines.co.uk Coach hanyalah dengan kadar Euro 49.00 berbanding menggunakan Bullet Train ni Euro 123.00 (bererti RM 500.00++).  Tetapi perjalanan hanya mengambil masa 4 jam berbanding Eurolines.co.uk. Aku mengambil keputusan menggunakan ICE 122 dari Frankfrut, Germany menuju ke Amsterdam.

Image result for ice 122 bullet train germany


Image result for ice 122 bullet train germany



Menariknya di Tube ini adalah disediakan tempat duduk (boleh mengecas telefon bimbit), bebas untuk duduk di mana-mana, mempunyai bar serta lebih menarik ada bilik VVIP transparent.


Sesampainya di Amsterdam lebih kurang jam 1900 malam waktu tempatan, aku terus mencari jalan keluar dari Tube ke Terminal biasa. Agak sukar pada mulanya kerana Terminal Penumpang yang agak besar. Dengan berpandukan papan tanda dan juga bertanya di kedai berdekatan, dengan bantuan juru jual kedai, beliau memberikan beberapa tips perjalanan serta di mana lokasi yang menyenangkan aku untuk mendapatkan backpacker hostel penginapan di Amsterdam. Alhamdulillah. Amat prihatin.!!!

Nak Tahu rupanya ramai jugak rakyat Malaysia yang berada di sini. Tetapi sorry to say...Rakyat kita kat luar negara ni kurang asem sikit....al maklum oberc.....Dah macam bukan rakyat kita....

Image result for amsterdam train station

Image result for amsterdam train station




Keluar dari station melihat ke kiri dan kanan bangunan, mencari dan bertanyakan harga hotel untuk penginapan di Amsterdam.

Alhamdulillah, setelah terpandang satu iklan mengenai Travel.co (Hostel) aku telah ditawarkan harga penginapan semalam Euro 35/malam).  Alhamdulillah

Berkongsi bilik dengan 5 backpacker yang lain.  Kumpulan anak muda yang 4 orang ini kurang mahir berbahasa Inggeris kerana mereka rupanya dari Negara Perancis. Tetapi riak wajah mereka amat ceria. 


Image result for backpacker hostel in amsterdam


Setelah selesai meletakkan luggage di dalam bilik penginapan, aku turun untuk ronda-ronda bandaraya Amsterdam.  


Image result for kotaraya amsterdam


Image result for kotaraya amsterdam


Image result for kotaraya amsterdam


Image result for kotaraya amsterdam


Image result for kotaraya amsterdam


Image result for kotaraya amsterdam



Pada 04 June 2015, iaitu seawal jam 0900 pagi waktu tempatan (Amsterdam, Netherlands) aku bergegas untuk sarapan di lobi hotel dan terus bertanyakan kepada kaunter hotel di manakah lokasi Dam Square (berdekatan kaunter untuk membeli tiket Eurolines.co.uk). Ms kaunter memberikan aku peta lokasi serta maklumat pencarian. Di tengah-tengah bandaraya Amsterdam rupanya terdapat satu tapak yang amat luas dan besar yang mempunyai Tugu serta lokasi bagi anak remaja untuk lepak maka, disinilah yang dinamakan Dam Square. Sebelum menjumpai Rokin Street, aku sempat membeli beberapa Fridge Magnet dan di kedai itulah yang berjaya memberikan aku petunjuk terakhir sebelum menjumpai Kaunter Eurolines. Bersebelahan Voldafon Kaunter, Mat Salleh tempat aku bertanya menyatakan yang aku sebenarnya betul-betul berada di sebelah Kaunter pembelian tiket tersebut. Syukur Alhamdulillah. Tiket perjalanan dengan kadar Euro 47 (Amsterdam ke Kota London, England) telah ku beli untuk perjalanan pada 05 June 2015.


Setelah selesai membeli tiket, tujuan seterusnya adalah untuk ronda-ronda bandaraya Amsterdam. Aku mengambil keputusan untuk menaiki Boat Tour. Aku merasakan menggunakan mode ini lebih menarik berbanding menggunakan mode bas.

Image result for perjalanan amsterdam ke kota london



Seawal jam 0630 pagi aku berkemas dan selesai mandi terus bergerak dari Hotel Amsterdam ke Amsterdam Centraal Station. Seterusnya mengambil Metro Tube menuju ke Duivendrecht Amsterdam menggunakan mode Metro Tube yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan kadar Euro 3.00.

Image result for Duivendrecht Amsterdam


Image result for Cinquantenaire Brussels


Image result for Cinquantenaire Brussels


Image result for Carpet Grand Palace, Belgium

Image result for Atomium Brussels




Jam 1320 petang meneruskan perjalanan. Tempat duduk di dalam Eurolines Coach agak penuh dengan penumpang. Sepanjang perjalanan aku dapati amalan pertanian di negara Eropah agak sama iaitu semuanya berkisarkan dengan tanaman utama mereka iaitu Gandum. Selain itu, di sepanjang perjalan terdapatnya ternakan kambing bebiri, lembu yang amat sihat serta banyaknya sumber tenaga yang dijana oleh Kincir Angin.

Struktur bangunan kediaman penduduk di Negara Eropah ini boleh la dibezakan dengan rupa bentuk atap rumah mereka. Sebagai contoh jika di Negara Nertherlands, Holland rupa bentuk atapnya serta bangunan rumahnya yang berwarna seakan kelabu. manakala, Bruseel berwarna coklat. Apa yang menarik adlaha setiap bandaraya melambangkan tradisi dan juga keunikan tersendiri.

Akhir coretan nukilan artikel ini ku kongsikan beberapa gambar yang diambil menggunakan Iphone ku sebagai kenang-kenangan. Melalui Lensa DSLRs belum sempat untuk diupload ke dalam blog ini. Tunggu tibanya wajah-wajah yang menarik yang akan dikongsikan ya!!!


Selain itu, jika tuan/puan pembaca budiman ingin berkunjung ataupun ada plan untuk ke negara lain atau sememangnya telah mempunyai tiket penerbangan travel ...Boleh juga mendapatkan sedikit tips dan maklumat berkenaan destinasi yang sama di dalam coretan dalam blog saya ini. Hanya...


CLICK LINK INI ...>>>





Image result for eyes of london