PAGES

2015年10月8日木曜日

" Backpacker ke Busan, Pulau Jeju, Seoul, Nami Island "






NEGARA KOREA 


Image result for jeju
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bulan Oktober adalah sesuai untuk mengembara atau bercuti ke Negara Korea untuk ku melihat Musim dedaun Luruh ke bumi. Haha....
Image result for seoul
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Tiket penerbangan ke destinasi Negara Korea dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching - KLIA2 - Busan Gimhae International Airport yang mengambil masa penerbangan hampir 8 jam. Kos penerbangan semestinya sebagai seorang Backpacker mestilah dengan kos belian tiket serendah yang mungkin harganya. Untuk makluman tiket penerbangan ini telah dibeli pada 24/Aug/2014 iaitu setahun lebih awal untuk mendapatkan harga termurah kiranya (RM 750.00 termasuk Nasi Lemak)hehe...AirAsia.


Image result for seoul
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sesampainya di Gimhae International Airport Busan pada jam 0830 am waktu tempatan Korea, aktiviti pertama adalah melepasi Imigresen dan Kastam KOrea. Laluan nya amat mudah, hanya memberikan destinasi seterusnya kepada pegawai Imigresen, Pasport dicop dan akhirnya urusan menempatkan bagasi. Tujuan adalah untuk bergerak ke Kotaraya Busan sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Pulau JEJU, KOrea.

Image result for seoul
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

1.  Gimhae International Airport, Busan, Korea


  • KTX Sta. Gimhae International Airport, Busan Korea.




Destinasi seterusnya adalah Nampo Area. Menaiki semula bas secara percuma dari Shinsegae Duty Free Mall - Busan Sta. bergerak menuju ke Busan Sta. untuk menaiki Metro line. Di antara destinasi menarik di kawasan Nampo area adalah : Yongdusan Park (Busan Tower), Yeongdodaegyo Bridge (Bascule Bridge), Gukye Market, Beach Market, Taejongdae dan Jagalchi Market (Fish Market).
Image result for busan tower
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ 


d. YONGDUSAN PARK (BUSAN TOWER)

 

Dari Busan Sta. menggunakan Metro (Exit 1) dengan kos W 5500. Nampo Sta. adalah stesen ke 3 dari Busan Sta. Keluar dari Exit 1 melalui kawasan kedai yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari stesen. Mungkin jugak aku selalu berhenti untuk selfie dan mengambil gambar kenang2xan.





YONGDUSAN PARK (BUSAN TOWER)
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/




e.  JAGALCHI MARKET

 

Image result for jagalchi market
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Destinasi seterusnya adalah Jagalchi Market. Lokasi Yongdusan Park (Busan Tower) dan Jagalchi Market amat dekat. Pasar Basah Jagalchi adalah Pasar Ikan terbesar di Negara Korea. Pada hari ini amat ramai orang berada di pasar ini. Banyak hidupan air yang tak pernah aku tengok dapat diperhatikan di sini. 





f. YEONGDODAEGYO BRIDGE (BASCULE BRIDGE)

Image result for YEONGDODAEGYO BRIDGE
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Seterusnya lokasi yang menjadi pilihan aku as penutup untuk hari ini adalah Yeongdodaegyo Bridge (Jambatan yang boleh terangkat gitu..) Hanya beberapa minit dari Jagalchi Market sampailah ke jambatan ini. Kedinginan malam dihiasi dengan lampu jalan dan bangunan menampakkan betapa indahnya Ciptaan Tuhan. Melalui jambatan ini serta berada di atas nya dapat menunjukkan bahawa Bandaraya Busan sememangnya adalah Bandar Pelabuhan bagi Negara Korea kerana dibuktikan dengan adanya Pasar Ikan Terbesar di Negara Korea.



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Image result for nami island
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Nami Island




Sepanjang pengembaraan selama lebih kurang 9 hari mulai 04 - 12 hb Oktober 2015 ke Negara Korea telah ku sajikan di sini sebagai kenangan peribadi. Dengan kos perjalanan yang amat budget boleh ku katakan. Di mulai dengan turun naik penerbangan dari Kuching/KL/Busan/Pulau Jeju hinggalah penghujungnya ke Bandaraya Busan. Banyak kenangan manis suka duka al maklum sendirian. Pahit duka hanya sendiri yang merasa. Bagi diri ku 'Prinsip Hidup Tiada Yang Mustahil Jika Kita Benar2x Menginginkannya..Tanamkan Niat Dalam Diri..Sampai Bila Kita Harus Takut Menempuh Dunia Yang Sementara Ini'...Well...Jejakkan kaki untuk Negara Ke 24 Telah Pun Selesai.




Insya - Allah kita bersambung pada Tahun 2016 nanti....









Sampai jumpa lagi..Wassalam semua nya. 

0 件のコメント:

コメントを投稿