2016年3月3日木曜日

Backpacker ke Osaka dan Sapporo, Hokaido Japan

29 Feb 2016 (Isnin)...


Bekalan wang tunai ( Yen ) rasanya mencukupi yang telah ditukar lebih kurang 12 bulan awal sebelum ringgit (MYR) jatuh. Berbekalkan baki Yen...

Penerbangan dengan pesawat berbaloi menggunakan perkhidmatan AirAsiaX dari;

Kuching - Kuala Lumpur (seawal jam 1040 am)
Kuala Lumpur - Osaka Kansai Airport (1500 pm)

Harga ticket penerbangan memang berbaloi;

a. Kch / KL = RM 34.00 (pergi dan balik)
b. KLIA / Osaka = RM 610.00 (pergi dan balik).

harga tersebut termasuk makan dan minum tau....

Disebabkan dah banyak kali terbang ke Negara Japan, jadi rasanya catatan kali ini ringkas hanya tertumpu kepada Bandar yang baru ku jejaki.









Rakan karib (Hayato Ueno) 



02.Mac 2016 (Rabu)


Semalaman di Osaka, dengan tempahan dan pembelian awal tiket penerbangan dari Osaka Kansai Airport - Sapporo Hokkaido (Utara Japan) menggunakan mode penerbangan Jetstar Japan.

Keberangkatan ku dengan 2 kali penerbangan (naik turun flight). Jetstar Japan.


a. Osaka Kansai - Tokyo Narita Airport ( 212 )


b. Tokyo Narita Airport - New Chitose Airport, Sapporo Hokkaido (161)


Kos penerbangan JetStar = RM 898.98




Sesampainya di Sapporo, Hokkaido, selepas penerbangan dari awal pagi ( Osaka Kansai - Narita, Tokyo jam 0730 am ) dan seterusnya penerbangan ( Narita Tokyo - New Chitose, Sapporo Hokkaido jam 1235 tgh ) akhirnya mendarat di Hokkaido, Sapporo Airport pada jam 1450 petang. nice...


Ino'S Place, Sapporo Hokkaido







03.Mac 2016 (Rabu)




Dengan menggunakan mode menaikki keretapi (commuter), ...



Dari Shiroishi Sta.  (Tozai Line) - Odori Sta (Yen 250)... 

a. Odori Park

b. Sapporo TV Tower

c. Clock Tower



a. Odori Park


Odori Park menarik, dengan adanya air pancut, sepatutnya bunga kembang di sini (al maklum musim salji takda la nampaknya)..Yang menarik terdapatnya setiap bulan Februari akan adanya festival Meluncur ais di sini. Taman Odari amat besar keluasannya. Hanya berjalan kaki dari Odori Sta. 






d.  Mt Moire


Dari Odori Sta. - Maruyama Koen Sta. (Tozai Line) Yen 200. Selepas itu, melalui Keimei Bus Terminal, menaikki mode Bus No. 10 / 11 ( Yen 270 ) lebih kurang 11 minit akan sampai ke kaki Mt. Moiwa. Gunung Moiwa dengan ketinggian 531 m dari aras bumi. Yang menariknya gunung ini terdapatnya lebih kurang 450 sp. pokok dan juga tumbuhan. 
5 minit menaikki gunung ini, akan nampak gondola yang besar dan 3 minit menaikki akan dapat lihat keindahan Sapporo..Tetapi sekarang musim salji yang nampak putih jer...sad.

04 Mac 2016 (Jumaat)

Perancangan hari ni adalah untuk bergerak ke destinasi seterusnya melalui mode Sapporo Sta.
Perancangan semalam adalah untuk menjejakkan kaki ker;

a. Otoru Canal
b. Sapporo Hokusai Ski Resort
c. Lake Shikoku
d. Irifane Market
e. Koendori Street
f. Nantoru Market
g. Mt. Tenguyama
h. Otoru Post Office (cuci mata)
i. Otoru City Museum of Art
j. Otoru Konjukansen Street

Sequa destinasi tersebut hanya menggunakan mode perjalanan yang sama kecuali destinasi ke Lake Shikoku yang menggunakan JR Rapid ( 30 min / Yen 840 ).

Seawal jam 1030 am bangun pagi dan sarapan bersama mee kari dan Nescafe (yang dibekal dari rumah). 
Lebih kurang jam 1100 am bergerak ke Shiroishi Sta. Exit 1 dan beli ticket 

i. Subway dari Shiroishi Sta - Odori Sta. (Tozai Line - warna oren) = Yen 250

ii. Turun di Odori Sta. (tukar ke Namboku Line - warna hijau ) - Sapporo Sta. = Free dah beli tadi just tukar line.

iii. Sapporo Sta. - Otoru Sta. (JR Train) = Yen 640



Destinasi bermula dengan;

a. Lake Shikotu

Tasik ini adalah di antara kedua tasik yang paling dalam di Negara Japan. Tasik ini dikelilingi oleh banyak gunung berapi. Kesesuaian sebenarnya pergi ke destinasi tasik ini adalah pada musim spring dan bukannya musim sejuk...

b. Otoru Canal



Sepanjang Otoru Canal tebingannya dibuat dari batu dari gunung berapi.  Dari tebingan permulaan hingga ke hujung menampakkan betapa romantiknya destinasi ini. Dari Otoru Sta. dengan jalan kaki lebih kurang 10 minit akan sampai ke Otoru Canal. Di sini akan dilihat ramai pelancong, ada penduduk Otoru Negara Japan yang sedang melukis pemandangan. Menariknya di Otoru Canal kita akan lihat ada banyak itik yang hinggap di tebingan serta sedang bermain di sungai. Waktu ini, salji turun dengan banyaknya serta angin yang membawa salji turun dengan kuat menyebabkan amat sejuk ku rasa.



Otoru Canal


c. Sapporo Kokusai Ski Resort

Sapporo Kokusai Ski Resort adalah lokasi bermain ski terbesar di Sapporo. Salji di Sapporo Kokusai Ski Resort memang terbaik (semacam tepung) salji nya amat halus. Dari Sapporo Sta. - Sapporo Kokusai Ski Resort mengambil masa lebih kurang ( 95 minit ) menggunakan mode bas.


d. Irifane Market


e. Nontoru Market


f. Mt. Tenguyama

g. Otoru Post Office


h. Otoru Konjukansen Street


i. Otoru City Museum of Art



Semuanya destinasi di atas ( 6 lokasi menarik ) dilawati selepas sahaja mengelilingi Otoru Canal.  Tidak begitu jauh dari Otoru Canal akan melewati lokasi tersebut termasuklah lokasi untuk membeli souvenir buat kenang-kenangan. Apa lagi sedialah wang note Yen banyak2x..




Otoru Canal




Otoru Canal (Tebingan Utama)


Yeah..... Esok ( 050316 - Sabtu ) akan terbang balik dari Sapporo Hokkaido - Osaka, Kansai Airport. Bye2x Sapporo Hokkaido...



05. Mac 2016 (Sabtu)


Penerbangan balik dari (New Chitose Airport, Hokkaido) - Kansai Osaka


Hari ni tidak banyak yang dapat aku kongsikan kerana hari ini hanya tujuan penerbangan balik dari New Chitose Airport menuju ke Kansai Osaka. Dengan mode penerbangan menggunakan JetStar Japan (GK 152). Penerbangan ni mengambil masa lebih kurang 2 jam. 




06. Mac 2016 (Ahad)

Tugas hari ini adalah untuk bergerak ke Bandar Kyoto. Destinasi yang akan dilawati adalah;

a. Nijo Castle

b. Kinkakuji Castle

c. Ginkakuji Castle

d. Kiyomizu Temple

e. Gion

f. Kyoto University (Lokasi Terakhir)

Seawal jam 1000 pagi bergerak dari Namba Sta. - Umeda Sta (Osaka Sta). Menggunakan mode Subway Train (M20 - M15) Yen 240. Menggunakan mode JR Train dari Osaka Sta. (Umeda Sta) - Kyoto Sta. Yen 560 (Ambil Rapid Express Train) mengambil masa lebih kurang 30 minit. 
Selepas itu, bergerak dari Kyoto Sta. menuju ke pelbagai destinasi ini menggunakan bas (pengangkutan awam) di Kyoto.


a. Nijo Castle ( Yen 230 / sekali naik)






Bunga Sakura ( Nijo Castle ) Bermacam jenis Kelopak

b. Kinkakuji Castle/Temple

Perjalanan diteruskan dari Nijo Castle menuju ke Kinkakuji Castle/Temple. Menggunakan mode bas awam ( Yen 230 ). Kinkakuji Castle adalah Temple yang amat menarik. Lokasi Temple ini terletak di atas tasik dan warnya nya kezmasan.







 
c. Ginkakuji Temple





Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya iati Ginkakuji Temple. Menggunakan bas dari Kinkakuji Temple - Ginkakuji Temple ( Yen 230 ). 






d. Kyoto University


Seterusnya menggunakan mode pengangkutan bas dari Kyoto Sta. - Kyoto Universiti ( Yen 230 sehala ). 



Kyoto Universiti



 07 Mac 2016 ( Isnin )

Seawal jam 1000 pagi keluar dari Hotel dan perancangan hari ini untuk kembali ke Bandar Kyoto. Perancangan hari ini adalah untuk ke destinasi anime ku iaitu (Fushimi Inari Shrine) 9 Tails Naruto.



Perjalanan diteruskan dan masih sama iaitu;


Namba Sta. - Umeda Sta. ( Subway Yen 240 )

Umeda Sta. / Osaka Sta. - Kyoto Sta. ( JR Rapid Train = 30 minit Yen 560 )

Kyoto Sta. - Inari Sta. ( JR Local Train - 2nd Inari Sta. Yen 140 )

Apabila keluar sahaja dari Inari Sta. akan dapat dilihat ramai pelancong sedang berselfie betul2x dekat dengan Inari Sta. (Terdapatnya pintu gerbang merah serta Patung Fox-Naruto).
Apa lagi bermulalah episode untuk berselfie....

Apa yang menarik di sini adalah ...

a. Fushimi Inari Shrine
b.  Fox ( Naruto )



c. Mt. Inari

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Alhamdulillah Tamat Untuk Hari Ke 8 di Negara Japan !!!

Syukur akhirnya nanti 260316 kita berjumpa lagi dari destinasi seterusnya... Bye n TC





@ Jackie San









0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

KOREAN A-BOMB SURVIVORS TO ATTEND NOBEL PEACE PRIZE CEREMONY -SEOUL KOREA

KOREAN A-BOMB SURVIVORS TO ATTEND NOBEL PEACE PRIZE CEREMONY -SEOUL KOREA  @Jr_Paku Midin Channel SEOUL Groups of Korean survivors of the U....