PERCUTIAN KE GENTING HIGHLANDS, KUALA LUMPUR
( TARIKH : 21 - 25 APRIL 2016 )
21. April 2016 ( Khamis )
Penerbangan dari Kuching - Kuala Lumpur dengan menggunakan mode perkhidmatan Malaysia Airlines. Kos penerbangan dengan harga yang begitu murah pergi dan balik RM 228.00.
22 - 24 April 2016
Seawal jam 1000 pagi bergerak dari Kuala Lumpur - Genting Highlands. Percutian kali ini menggunakan mode memandu kereta..haha dengan penumpangnya seramai 5 orang (rombongan ke genting).. Kita menginap di Genting View Resort Apartment Kempas.
Selepas Check-In perancangan untuk ke beberapa destinasi sepanjang berada di Genting Highlands dirancang. Di antaranya adalah;
Monte Carlo, Casino |
Ni salah satu tarikan yang ada di Genting Highland.
Bagi yang suka berkasino ni eloklah untuk berjimba di sini kerana di GH ni kebanyakan pelancong asing maupun warga tempatan memang agak ramai di kawasan ni.
Persembahan Tarian dari Negara Thailand |
Apa lagi, kami pun bergegaslah untuk menyaksikan apa la pertunjukkan tu ya!!!
Rupa-rupanya ada penari dari Negara Thailand sedang menari di gelanggang tarian.
Ianya adalah sempena Tahun berikutnya, Tahun Melawat Negara Thailand rupanya.
Wau....
Memang macam-macam aksi tarikan dari penari Thailand dengan muzik ala lentok sakan penari.
Beratur untuk menaikki Skycable (turun) |
huhu...
ni jadikan masalah la pulak,
nak menuruni dari puncak GH ke kawasan rata apartment kami pulak, kau tengok beratur panjang.
Seakan 2 jam beratur berbaris barulah selamat menaikki skycable car untuk turun ke tanah rata "apartment".
Letih berdiri, bukan apa toleh kiri kanan amat kesian ada warga emas yang keletihan berdiri beratur untuk menunggu giliran.
Pemandangan semasa di dalam Skycable (Kabus Tebal) |
Alhamdulillah...selamat kembali selepas bercuti.
Saya akhiri ke coretan kali ini buat yang terakhir di bulan April 2016. Hingga kita berjumpa lagi untuk pengisian seterusnya nanti. K...Bye..
Wassalam dan Terima kasih kerana membaca.
Indoor tidak boleh main lagi ye?
返信削除https://www.jacknjillscute.com/2016/04/genting-highlands-kuala-lumpur-21-25.html
返信削除