PAGES

2017年3月11日土曜日

" Backpacker ke Lombok Indonesia "

Destinasi Percutian Seterusnya ke...


LOMBOK, INDONESIA 
( 11 HINGGA 18 FEBRUARI 2017 )


 11 / 03 / 2017


Untuk makluman, tiket penerbangan yang ditempah atau dibeli lebih kurang 6 bulan yang lepas memang amat berbaloi dengan kos RM 270.00 (return) termasuk makan pergi dan balik. Penerbangan ku menggunakan Airasia dari Kuala Lumpur ke Lombok International Airport mengambil masa selama 3 jam 10 minit. Menu utama jika menaikki pesawat AirAsia semestinya Nasi Lemak Pak Nassier. Memang sedap.

Oh ya.. mengenai bekalan wang IDR, bekalan wang telah pun ditukar awal-awal di Kaunter Tukaran Asing Bank Islam berdekatan Pavillion.. Boleh la.. murah gitu.RM 1,500.00 yang telah ditukar.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok...inilah ia...


Selepas selesai urusan imigresen serta pengistiharan barang yang dibawa, bersama sepupu rapat bergerak dan telah mengambil keputusan untuk menginap di Bandar Sengigi untuk malam yang pertama. Ianya berikutan penerbangan kami agak lewat sampai di Bandaraya Lombok iaitu pada waktu tempatan 7 malam. Difahamkan jugak semasa di dalam Pesawat, cuaca di Lombok yang beberapa hari hujan tidak berhenti serta keadaan ombak besar untuk menuju ke Pulau Gili Trawangan. 


Oh ya..mengenai penginapan di Hotel Puri, Sengigi (IDR 350,000 / semalam beserta sarapan pagi untuk dua orang).

 12 Februari 2017 (Hari Kedua)


 Hari Kedua ni, kita telah  menggunakan pakej dengan harga IDR 435,0000 / org untuk ( Gili Trawangan return / Batu Bolong/ Taman Narmada / 5 Air Terjun / Rumah Adat Sasak / Pantai Kuta ). Tetapi untuk hari kedua ni just kita bayar dahulu untuk pengangkutan menuju destinasi tersebut. Manakala perjalanan hari ini adalah dari Puri Hotel, Sengigi dengan menaiki van/bus mereka untuk ke Bangsal (lokasi perhentian menuju ke Gili).  Selepas sarapan di Hotel Puri, Sengigi, bertolak ke Bangsal pada jam 0730 pagi. Penuh van yang kami naikki beserta pelancong yang ingin ke Pulau Gili. Kebanyakannya adalah dari golongan pelancong Mat Salleh. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit ke Bangsal.






Terdapat 3 buat Pulau Gili iaitu  Pulau Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. Jadi kami telah bersetuju untuk menuju ke Gili Trawangan yang mana ianya Pulau yang lebih besar serta meriah. Perjalanan ke Gili Trawangan lebih kurang 20 minit. 


Peta Lombok
 
 Sesampainya di Pulau Gili Trawangan, kami telah membuat tempahan penginapan di Emy Homestay untuk 3 malam (IDR 180,000 / semalam beserta sarapan dan bilik aircond).  




Emy Homestay

 13  - 14 March 2017 (Hari Ketiga & Keempat)


Untuk hari ketiga ni,  pusing2x menggunakan basikal dengan kadar sewa IDR 30,000 / hari. Di Gili Trawangan ni ok jer pusing2x menggunakan basikal kerana senang bergerak, mudah dan semestinya murah.  Nak naik kereta kuda maheyyyy.  Dari pangkalan Gili Trawangan - Ombak Sunset - Pantai Escape - Pantai Pandawa Wedding - habis pusing satu pulau.  Best nyer sempat bermain buaian dan melihat matahari terbenam. Pusingan penuh satu Pulau Gili Trawangan lebih kurang 1 jam.





Ombak Sunset







 15 March 2017 (Hari Kelima)


 Seawal 0730 pagi bergerak dari Emy Homestay ke pangkalan Gili Trawangan untuk menaikki bot laju ke Bangsal. Dengan menggunakan tiket ulang alik agak senang tidak perlu untuk membuat tempahan atau membeli tiket. Selama 20 minit lebih kurang di dalam bot laju sampailah sudah ke pangkalan tebingan Bangsal. Omm kami telah sedia menunggu untuk bergerak ke destinasi pakej yang telah ditempah dan dibayar. Sebelum bergerak, kita sarapan dulu di tebingan Bangsal. Selesai sarapan destinasi pertama kami adalah menuju ke Batu Bolong. Tiada bayaran dikenakan hanya sebagai sumbangan untuk yuran masuk. Manakala lokasi keduanya adalah Taman Narmada dan diikuti dengan pakej 5 buah air terjun ( Air Terjun - Benang Kelambu dll dengan pakej termasuk mobil dan pemandu pelancong yang memberikan maklumat IDR 155,000.00 ). Pemandu pelancong kami adalah Mas Edi. Orangnya baik sekali kokkkkkkkkkkkk. Lokasi seterusnya adalah Rumah Adat Sasak dan akhir sekali adalah Pantai Kuta Mandalika ( Untuk menyaksikan Festival Bau Nyale 2017 ).











16 March 2017 (Hari ke Enam)


Pada 15 - 18 hb March 2017 kami berdua menginap di Pantai Kuta Mandalika. Tujuan untuk menginap di sini adalah bagi menyaksikan Festival Bau Nyale 2017 di Lombok Indonesia. Festival ini menarik perhatian dengan lebih dekat di mana masyarakat di sini akan bangun seawal 0430 pagi - 0700 pagi semata-mata untuk menangkap cacing yang pelbagai warna terutamanya merah, kuning, hijau dan macam-macam warna. 

Yang menarik semasa festival ini adalah pelancong asing terutama Mat Salleh akan menggunakan pakaian tradisional iaitu menyarungkan kain serta berpakaian batik Indonesia. haha menarik sekali.
Tetapi setiap lokasi tersebut akan dikenakan bayaran masuk untuk mobil IDR 5,000. 
Di Pantai Kuta Mandalika, penginapan ku adalah di Homestay Anda yang berhadapan dengan Pantai Kuta. Penginapan IDR 200,000 / semalam beserta sarapan pagi. Biliknya tidaklah mewah hanya menggunakan kipas angin. 







Pantai Aa'n
18 March 2017 (Hari Ke Kelapan)


 Sebenarnya dari tarikh 15 hinggalah ke tanggal 18 hb March 2017 kami menetap di Pantai Kuta Mandalika Lombok. Hari ini adalah hari terakhir ku di Kotaraya Lombok Indonesia.  Selamat Tinggal Bandaraya Lombok hingga Berjumpa Lagi.

Wassalam.