2018年2月3日土曜日

BACKPACKER KE MALDIVES - SYURGA KEINDAHAN ALAM


DESTINASI KE - 26




DESTINASI SETERUSNYA
NEGARA MALDIVES
Lihat imej sumber
Pemandangan Kepulauan Maldives



TARIKH : 23 HINGGA 30 JANUARI 2018


Yeah… alhamdulillah akhirnya perjalanan melancong seorang diri ke Negara yang mempunyai Pulau di antara 10 Tercantik di dunia tercapai. Syukur Alhamdulillah.

          Ingin ku kongsikan itenari percutian ku ke Negara Maldives seorang diri “Travel Alone” selama 7 Hari 6 Malam pada 23 hingga 30 Januari 2018. Destinasi Maldives adalah Negara Ke – 30 yang telah aku jelajahi. Alhamdulillah. Percutian ini adalah percutian bajet bagi aku yang mana semua itinerary dan penginapan aku book sendiri tanpa melalui mana-mana agensi pelancongan dan juga secara walk-in aktiviti. HEHE..Kena Cukup Berani Kat Negara Orang UNTUK HIDUP!!!.

Bajet perbelanjaan keseluruhan akan diterangkan dengan details nanti yang merangkumi tiket penerbangan pergi dan balik (termasuk makanan dalam kapal terbang), pengangkutan, makan dan minum, penginapan, segala aktiviti serta souvenirs untuk insan tersayang. KONON…Sapa la yang mahu kat aku ni….



Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Melancong Ke Maldives aku sempat melawat beberapa Kepulauan yang begitu cantik dengan perbezaan warna airnya bahkan pasirnya sekalipun amat berbeza. Kepulaunan yang sempat dilawat adalah Hulhumale, Male, Maafushi, Difushi, Bikini Beach dan Sand Bank. Suhu di Maldives sewaktu berada di sana lebih kurang 40 darjah celcius. Sejuk kan….hmmmmmm Hitam Aku Balik Malaysia (akak aku cakap lepas balik kerja kontrak yer kat Maldives) nangis yo…buat facial jerla.

Pantai yang paling dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Male (Valena Int Airport) adalah Hulhumale Beach. Dengan menggunakan bas dari Airport – Hulhumale Beach dengan harga 20 Rufiyaa sehala. Lokasi Hulhumale adalah bagi pelancong yang sampai ke Maldives pada waktu malam kerana Negara ini semua lokasi nya di kelilingi air maka pelancong harus tidur di Hotel berdekatan dahulu dan keesokan harinya barulah menuju ke mana-mana pulau yang telah ditempah.
Dataran Male, Maldives (Banyaknya Burung)
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Mata wang Negara Maldives adalah Rufiyaa (MVR/ Maldives Rufiyaa). Tukaran bagi USD 1 = 15 Rufiyaa. Bagi pembelian di mana-mana market atau aktiviti makan-minum lebih elok kiranya menggunakan Rufiyaa. Manakala bagi tujuan penginapan serta aktiviti mereka akan meminta dibayar USD.


HARI PERTAMA (23/01/2018)


Bekalan Wang    – USD 2,000.00
Ringgit                 - RM 1,246.00
Tiket Penerbangan AirAsia Return – RM 781.00 (Meals Incl).

          Penerbangan dari Kuala Lumpur – Maldives mengambil masa selama 4 jam 30 minit. Dengan menggunakan Penerbangan AirAsia AK 72 (1855 pm) dan sampai di Male (Velana International Airport) pada jam 2010 malam waktu Maldives. Aku rasa tidak berapa ramai orang Malaysia yang melancong ke Maldives mungkin kurang daripada 10 orang termasuk aku. Rata-ratanya di dalam Kapal Terbang ini pelancong dari China. Sesampainya di balai ketibaan, aku tercari2x sepanduk kot yang mana aku memesan agar pihak hotel menghantar staf nya untuk membawa ku ke hotel Male city. Selepas agak lama menunggu iaitu 1 jam 30 minit, aku mengambil keputusan menggunakan telefon yang terdapat di Kaunter Pertanyaan Male International Airport menghubungi Off Day Inn Hotel, Male City. Rupanya dijanjikan 10 minit lagi ada staf mereka akan datang. Menghampiri 2 jam, dan kali kedua aku telefon barulah ada staf Hotel tersebut menyapa ku.

Ok.. Untuk malam pertama aku menginap di transit hotel Male iaitu (Off Day Inn Hotel). Dengan kadar semalam RM 291.00 termasuk Continental Breakfast. Masalahnya wifi hotel ni slow nak mampossss…Nak cepat kena duduk dan online dalam tandas…x kan duk semalaman kan…Setibanya di hotel aku diberikan bilik yang telah ditempah. Biliknya amat besar, menarik dan cukup sesuai tetapi hanya malalah wifi lah. Betul jugak aku baca dekat review mengenai Melancong ke Maldives…digalakkan jika transit dari hotel menginaplah di KOtaraya Male semalam pun cukuplah. Kerana kos nya lebih mahal jika menginap terus di Kepulauan Maldives. Good Idea.


          Aku mengambil keputusan untuk menginap di Male selama 2 malam untuk menghilangkan kepenatan. Lagipun aku belum menempah bilik seterusnya bagi hari2x berikut.


HARI KEDUA ( 24/01/2018)


          Untuk hari keduanya berada di KOtaraya Male, 9.00 pagi aku bangun dan bersiap untuk sarapan di Café Hotel. RUpanya bersebelahan dengan Off Day Inn Hotel terdapat Café mereka. Sarapan pagi yang disediakan tiada pilihan. Menunya Roti Bakar + Sosej + Telor + Teh Panas. Jika nakkan kopi kena caj pulak dah…


CONTINENTAL BREAKFAST DISEDIAKAN DI OFF DAY INN HOTEL

          Selepas sarapan, aku lepak bermain wifi online di lobi hotel dekat sofa. Sambil menunggu hampir jam 12 tengahari, selesai membuat pembayaran untuk menyambung penginapan di Off Day Inn dengan bilik yang sama. Untuk malam kedua aku dikenakan USD 61.00 / semalam/ sarapan berbanding malam pertama tempahan secara online dikenakan USD 71.00 (Perbezaan USD 10).

PANTAI BUATAN DI KOTARAYA MALE, MALDIVES

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


          Selesai jer pembayaran bilik, aku bergerak pusing2x bandaraya Male jalan kaki jer. Kerana maklumat yang aku dapat daripada staf hotel yang menyatakan jalan kaki akan dapat melawat lebih banyak tarikan yang ada di Kotaraya Male. Dari Off Day Inn aku sempat melawat Masjid Tertua Male, Maldives, Museum Maldives, Universiti Kebangsaan Maldives, Pejabat Presiden Maldives, Tasik Buatan Maldives, Melawat beberapa Terminal Pelabuhan, Dataran Burung, Tugu Tsunami dan banyak lagi.

          Jalan – Jalan di bandar Male, Sempat aku singah ke Kedai Souvenirs dan hasilnya..membeli belahlah sedikit sebagai buah tangan untuk di bawa balik ke Malaysia. Harga di Bandar Male lebih mahal jika dibandingkan jika membeli Souvenirs di Pulau2x. Masalah yang dihadapi di Kotaraya Male ni adalah dari semalaman dah hujan yang menyebabkan kesukaran aku nak lepak kat bandaraya Male ni. Sempat jugak aku jenguk Stadium Bola Sepak Male, Maldives. Rupanya sekarang adalah waktu dan perasmian bagi Kejohanan FIFA Worldcup 2018. Wauuuu best nyer..merasa jugak aku..


HARI KETIGA (25/01/2018)


          Dari Off Day Inn Hotel Male, Maldives bertolak ke Jetty No.6 (Bank of Maldives/ Ceylon) Terminal menggunakan teksi. Kadar tambang Rufiya 40. Dengan menaikki pengangkutan Boat Laju (Speedboat) dari Male – Pulau K. Guraidhoo, Maldives) USD 30 perjalanan selama 45 minit. Penuh dengan penumpang. Hanya 3 orang jer warga asing (Aku dan 2 orang pelancong China). Perbezaan harga 150 Rufiyaa (warga Maldives) USD 30 (Warga Asing) huhu..Melampauuuu.


          Sampai di Pulau K. Guraidhoo, Mr Shammy (Empunya Rabool Inn, Hotel) menjemput ku menggunakan motosikal. Al Maklum kepulauan kan, amat panas sekali, dan keadaan kediaman dekat pulau ni memang berpasir serta kebanyakan rumah penduduk Nampak kurang siap/tak berapa nak siap. Kesian kan…


          Aku menginap di Rabool Inn Hotel, Guraidhoo selama 4 malam dengan kadar USD 150/ 4 malam termasuk sarapan dan 3 jenis GST Tax..Jika kat Malaysia kita kena 6% jer GST dah mengamuk…Kat Maldives ada 3 jenis GST Tax..Nak Mamposss Dahlah Cekik Darah…

          Aku ambik pakej penginapan untuk makan tengahari dan malam dikenakan USD 10/sehari. Tat mean keseluruhan hampir USD 200 aku dikenakan dalam tempoh 4 malam di Guraidhoo Pulau. Best.

          Sebelum masuk ke bilik, diberikan Welcoming drink (Air Jus Nenas) fresh pulak tu. Sedap dan Sejuk Masa Panas di Pulau ni. Layanan dari En Shamy dan Pakcik (Chef) Hotel ni memang best…Puas Hati just cara masakan mereka buat aku asyik ke Tandas jer…Mungkin banyak guna kari dan daun kari kott.


Mata wang Maldives Rufiyaa dan USD 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com



          Rehat sebentar dan seterusnya aku menuju ke Jalan utama untuk mengunjugi kedai Souvenir serta lawatan tapak Pulau Guraidhoo. Sempat membeli beberapa helai Baju untuk (Mama dan Aku) serta Fridge Magnet + Keychain untuk teman seperjuangan di Kampung Halaman…


HARI KEEMPAT (26/01/2018)


          Hari ni aku mengambil pakej USD 80.00 (Snorkeling, Penyu, Dolphin dan Sand Bank). Bagi hari pertama ni, dengan menggunakan 2 buah speedboat (aku termasuk beberapa pelancong mat salleh dari German, Rusia, UK dan Scotland) bersama ku dan ditemani oleh En Shamy (Amat bagus kerana beliau memang menjaga dan menemani sepanjang semua aktiviti yang aku bayar di Pulau Guraidhoo). Tat mean…beliau prihatin dan amat bertanggungjawab. Al maklum beliau bekas guru.

          Lokasi pertama adalah berenang dan snorkelling di lokasi hidupan laut dan terumbu dengan warna air laut kebiruan. Lokasi kedua pulak, kami disuruh untuk berenang di lokasi penyu. Akhirnya sempat jugak mengambil video dan berenang kejar mengejar penyu. Terdapat 3 ekor penyu yang dijumpai. Air laut kelihatan biru + kehijauan. Lokasi ketiga adalah berenang dan Snorkelling di Banana Reef. Lokasi ini adalah lokasi terbaik untuk aktiviti melihat hidupan laut. Dengan air yang sangat jernih, pelbagai ikan serta banyak terumbu karang yang menyebabkan badan serta kaki aku cedera berdarah.

          Dari Jam 0930 pagi hingga 1500 petang barulah balik ke Raabol Inn Hotel. Rehat sebentar, aku santai dan bergerak ke Pantai untuk melihat sendiri (Manta dan Jerung). Lokasi di tuju adalah Bikini Beach. Jarak Bikini Beach dari Raabol Inn lebih kurang 10 – 15 minit jika cepat berjalan macam aku ler. Haha…Lokasi nya senang jer…

          Jalan terus di persisir pantai, selepas melewati padang bola / mini stadium Guraidhoo, jalan terus hingga menjumpai jambatan. Akan Nampak satu pulau kecil. Itulah Bikini Beach. Laut dan pantai yang cantik dan jikalau nak lihat dengan lebih dekat di Private Beach ni orang berbikini di sinilah lahir nya……

Lihat imej sumber
Bikini Beach

https://www.jacknjillcute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
          Ronda punya ronda di Bikini Beach, aku sempat berkenalan dengan anak2x jati pulau Guraidhoo yang menyapa ku. Adik ni Aaisssh dan Sharoff.. Baik orang nya 14 Tahun jer tu…tapi mereka ni kira boleh berhasa Inggeris. Sambil selfie dan berborak di atas jambatan Bikini Beach, rupanya di situlah laluan hidupan laut yang nak kembali ke Laut setibanya waktu air pasang. Akan jelas kelihatan Eagle Ray, StingRays, Ikan todak, Ikan Jerung (Baby Shark) dan lain2x Ikan. Menarik…


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                 


Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                               


HARI KELIMA (27/01/2018)


          Hari ini, just ronda2x pantai serta menjenguk kembali ke Bikini Beach untuk mengambil video hidupan laut di sana.


HARI KEENAM (28/01/2018)



Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                                     


          Seawal 0930 pagi, aku bersama En. Shammy bergerak ke Pantai sambil menunggu En Salam bersama Speedboat beliau serta ditemani pelancong dari German dan UK bagi aktiviti Snorkelling lagi, Dolphis trip, Sand Bank dan juga Banana Reef Snorkelling aktiviti. Trip ini adalah termasuk trip yang pertama berikutan belum habis pakej nya.

Kami sempat melihat lebih kurang 5 ekor dolphins di kawasan lokasi dolphin reef. Tetapi hanya lebih kurang 10 minit jer kot…lepas tu gone….g mana entah dolphins tu…dah melayang USD bayar ba…
Tapi amat bersyukur la…sebelum ni di New Zealand aku sempat melihat dan mempunyai video Ikan Paus, Ikan Lumba2x, Anjing laut dan sekarang di Maldives, berenang bersama Penyu dan juga Dolphins. Syukur Alhamdulillah.



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com





Sand Bank Beach


Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                                
HARI KETUJUH (29/01/2018)

          Aku mengambil keputusan untuk join couple dari Republic Chech untuk menaiki feri dari K. Guraidhoo PUlau – Male seawal jam 0700 pagi. Dengan kadar tambang feri 30 Rufiyaa (USD 2/sehala/seorang). Sempat jugak berkenalan dengan Felix dan Amy (Pelancong dari Filipina) yang sama dengan ku melihat Dolphin dan jugak Bikini Beach. Perjalanan menggunakan feri dari K. Guraidhoo Pulau – Male mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dan sempat berbual dengan kawan yang mempunyai kedai souvenir yang pertama ku beli di pulau Guraidhoo.

          Setibanya di Male Jeti Terminal, hanya berjalan kaki dari Jeti Pelabuhan menuju ke Pusat Bandaraya male. Tidak Payah untuk menaiki Teksi, jika malas berjalan atau luggage berat bolehlah naik teksi. Aku just jalan kaki jer dengan backpack.

Lihat imej sumber
Dataran Bandaraya Male, Maldives



          Pusing2x bandar dan snap gambar..Agak bosan sebab panas maka aku mengambil keputusan untuk bergerak ke Male Velana International Airport. Dengan menggunakan mode Ferry dari pelabuhan dengan kadar tambang 10 Rufiyaa / Sehala/Seorang. Tidaklah jauh perjalannya. Di Velana International Airport, Maldives aku sempat membeli Souvenirs (T Shirt Manta, Dolphins Poskad, gelang tangan Maldives, Flag, Map Hidupan Laut Maldives, dll). Harga lebih kurang 3 kali ganda jika dibandingkan harga di Kepulauan. Di Pulau Harga lebih kurang USD 10-15, di Male International Airport USD 20-30….mampusss.



Lihat imej sumber
Deretan Kapal Terbang Menunggu Penumpang Untuk Ke Private Island



          Laparnya…mengambil keputusan untuk merasa harga makanan di Airport Male katanya…Makan jerla di Thai Express Male Airport dan dikenakan caj makanan USD 14.00..lebih kurang jer harga jika nak makan di Burger King Male. Huhu berlipat2x kali ganda harga yo..Rasa makanan macam biasa jer…better makan kat kaki lima jika di Malaysia.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


          1730 petang, beratur untuk check in bagi keberangkatan kembali ke Malaysia pada jam 2055 pm (waktu Maldives) dan mendarat di KLIA pada jam 0430 am (waktu Malaysia)… awalnya sampai…ngantok siot…

Lihat imej sumber
Velana International Airport, Maldives

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Syukur Alhamdulillah..Beginilah coretan aktiviti melancong ke Destinasi Ke – 30 Ku Ke Negara Maldives. Semoga dipanjangkan Umur dan Kita Akan Bertemu Lagi di Coretan Negara Berikutnya.

Coretan dan perkongsian ini bukanlah yang terbaik dari aku, hanyalah sebagai perkongsian bagi yang berminat untuk menggunakan itineri seperti ini. Dengan bajet yang sedikit tetapi bersyukur kerana tercapai jugak menjejakkan kaki ke Negara Orang terutama melihat kehidupan dan beramah mesra bersama Anak-Anak Maldives menjadikan aku kenal erti hidup Senang Dan Susah.

Banggalah Kita Anak Malaysia. Bersyukurlah dengan Diri Kita.
Moga Kita Sentiasa Tenang, Sukses dan Mengecapi Apa Ertinya Hidup Ini. Senyumlah…..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA CORETAN KU..



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com

         
   
@ Jackie San


         

2 件のコメント:

  1. Langkah Buat Duit Mudah..layari

    www.jacknjillscute.com

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2018/02/melancong-tahun-2018-negara-maldives.html

    返信削除

Featured post

Akiyoshido Cave (秋芳洞, Akiyoshidō) Sightseeing Mode Summer Break

   https://youtu.be/cPJqWJOvoag?si=DNWCqX5_Ax3yiTH9 >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<