2018年7月22日日曜日

Backpacker ke Johor Baharu dan Singapura

Destinasi
Dari Johor Bahru Ke Singapore
Tarikh : 16 - 18 Februari 2018


Dataran Pantai Sentosa
(Screen besar, pentas utama dan lokasi lepak)


Terminal Bersepadu Selatan (TBS yang lebih dikenali) ...
Perjalanan dari Kuala Lumpur dengan menggunakan mode bas Transnasional (kos yang murah) menuju ke Kota Tinggi, Johor Bahru. 

Bas dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Tinggi, JB ni dalam sehari tidaklah banyak dan perlu memeriksa jadual perjalanan terlebih dahulu. Jangka masa perjalanan lebih kurang 4 - 5 jam perjalanan. Hentian yang bas akan berhenti adalah hanya sekali iaitu di Yong Peng, JB kelak.

Tuan/puan boleh semak atau download aplikasi ini kerana senang menyemak perjalanan dan harga tiket.

https://my.busonlineticket.com/

Sesampainya di Kota Tinggi, Johor Bahru, kawan telah menunggu dan kami sempat untuk berehat sarapan dahulu di Mamak Restaurant berhampiran dengan Terminal Bas, Kota Tinggi.

Untuk makluman, 
Terminal Bas, Kota Tinggi ni sesak jugak jika di waktu siang berbanding setibanya aku di KT ni, subuh harinya.


Selesai minum pagi, bergerak ke rumah kawan yang tidak berapa jauh dari Terminal Bus Kota Tinggi (lebih kurang 10 - 15 minit jer).
Rehat sebentar....

Bersiap lebih kurang jam 10 pagi,

Aktiviti pertama hari ni adalah ?
mandi manda di Kota Tinggi Air Terjun.

Kemungkinan disebabkan waktu ataupun jadual aktiviti kami ni adalah cuti umum, maka ramai sungguh penduduk Johor Bahru bahkan luarnya (termasuk aku) berkunjung ke air terjun ni.

Air Terjun Kota Tinggi ni, kali pertama pergi adalah sewaktu bersama team abang semasa belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dahulu..lama sungguh.
Kali ni jengguk balik..

Dahulu dari UTM Skudai ke Kota Tinggi dengan menaiki motosikal sahaja. Al maklum waktu tu semua masih belajar... 

Pintu Masuk ke Air Terjun, Kota Tinggi
(gambar bersama fai)

Nak bawa kenderaan kat Air Terjun ni mudah tetapi,
pelancong akan dikenakan bayaran masuk dan juga kadar tempat letak kereta.
Masa melalui pintu masuk kawasan air terjun akan diberikan pas masuk dan tangan kita akan diikat dengan gelang (penanda) yang sudah berbayar.

Laluan pertama,
Akan lihat ramai pengunjung mandi manda dan ada kawasan meluncur/terowong macam Sunway Lagoon tu. Best jugak...

Apabila naik menerusi anak tangga menuju ke atas, akan kelihatan banyak orang serta terlihatlah air terjun yang amat tinggi.

Tetapi kawasan air terjun yang tinggi (puncaknya) tidak dibenarkan pengunjung ke kawasan tersebut (disekat menggunakan jaring).

Tetapi tidak mengapa, 
kerana lokasi mandi manda tuan/puan pun best...
Kedalaman tidak terkira dan boleh jugak melompat tau (jump point). Itupun jikalau berani la.


Menyelam bersama Gopro (Air Terjun, Kota Tinggi)

Air Terjun, Kota Tinggi
(Ramai Pengunjung, air pun deras)
Sewaktu mandi manda, rupanya ada kawan memerhati kite...


Rupanya, ada pengunjung dari Sarawak yang berkhidmat di Johor Baharu sedang memerhati.

Tengah syok berselfie dan menyelam, disapa oleh abang askar..
Beliau memaklumkan yang ramai pengunjung dan group dari Sarawak yang datang bersama beliau. Wau meriahnya Rakyat Sarawak di Johor Baharu rupanya.!!!


Aktiviti Kedua di Johor Baharu,

Seawal jam 10 pagi;

Bersama 2 orang kawan (fai dan syafiq) kami memulakan perjalanan dari Kota Tinggi - Pusat Bandar Johor. Parking kereta dan bergerak menuju ke Johor Bahru Check Point untuk menaiki bas menuju ke Singapore. 

HAHA...
NI KALI KE - 4 BERJIMBA KE 
NEGARA SINGAPORE.
TERIMA KASIH KAWAN KITE DARI JOHOR BAHARU.

Rupanya, amat senang dari Johor Baharu ke Negara Singapore. 
Dari Check Point, Cop Pasport Malaysia (ikut jer orang), terus menaiki bas di bawah bangunan...
Selepas itu, dapatkan bas Johor Baharu ke Singapore (Check Point).
Perjalanan hari tu amatlah sesak kerana rupanya ramai rakyat Malaysia bercuti ke Singapore.

Disebabkan kesesakan lalu lintas, perjalanan yang kiranya mengambil masa lebih kurang 1 jam telah menghampiri 2 jam 30 minit.



Oh ya, tambang dari Johor Bahru - Singapore (bus) adalah RM 3.50 (murahkan)...Manakala jika dari Singapore - Johor Baharu ($ 3.50) haha...

Seterusnya, 
Penumpang bas ataupun semua penumpang dari Malaysia yang hendak memasuki Negara Singapore harus
Mengisi borang Ketibaan (boleh diperolehi sebelum menuju Kaunter Imigresen Singapore)..Perlu diisi dengan betul.

Jika sudah dicop oleh pihak Imigresen Singapore,...
Ikut saja penumpang / pengunjung lain untuk turun atau menuju ke lokasi bas/pengangkutan di bawah bangunan.

Yang menariknya...

Hanya simpan tiket bas dari Johor Bahru - Singapore,
Ikut anak panah (lorong bas dan destinasi yang hendak kita pergi),
Jangan lupa Q tau...sebab kat negara orang ni lain peraturan dan caranya..
Tunggu bas (destinasi yang kita pilih),
Bas sampai (naik dan terus menuju ke destinasi kita).


Ok yer;
Untuk trip kami ni, kami menggunakan mode pengangkutan bas dari Check Point Imigresen Singapore menuju ke Pusat Bandar.

Setibanya di Pusat Bandar,
iaitu Bangunan Bugis, Bas berhenti maka turunlah...

Menuju ke MRT Singapore (plan meneruskan perjalanan ke Sentosa menggunakan Keretapi).
Aktifkan dan reload Easylink (Singapore) dalam $ 20.00 (lebih kurang RM 60.00),
Pengaktifan easylink ni menyenangkan untuk menggunakan mode keretapi (MRT) dan jugak sewaktu kelaparan kelak.

Mujur ada Easylink tau...

(Kat Negara Singapore ni x yah kita bawak banyak duit cash, just reload Easylink (macam menggunakan debitcard ataupun saya suka menggunakan dan membayar menggunakan Touch n Go).

Dengan adanya Easylink pergi makan di restaurant Singapore, tunjukkan dan swep kad Easylink).


Dah Dah...Ni dia lokasi menarik yang sempat kami kunjungi dan ambil gambar di Negara Singapore ni..


Hard Rock Cafe Singapore
(Sempat Beli Souvenirs-Keychain, Fridge Magnet & T Shirt)

Pantai Sentosa
(Jalan Kaki sahaja melalui Pantai dan menaikki jambatan gantung)

Universal Studio, Singapore

Singapore ni (Terkenal dengan Singa)
Dataran ni penuh dengan warga Bangladesh


Jika berkunjung di malam hari,
Sesuai sangat tengok dan menonton lampu 




PAKEJ KAMI NI AMAT MURAH TAU!!!
Janji korang sanggup ikut rentak kami;

Dipendekkan cerita dan jugak tips berjalan bersama kami...


a). Jalan Kaki Jer
b). Budget Murah Giler = $ 10 - 20 
c). Bawa minuman dan roti dari JB = Budget katakan
d). Souvenir = Duit sendiri mau kira

Alhamdulillah...
Dengan ini saya kongsikan destinasi ringkas bersama tips mudah dan murah melalui kaedah jalan2x dari team kami!!!

Sampai Jumpa lagi ya.

Tunggu Destinasi Seterusnya!






0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano @Jr_Paku Midin Channel IZUMISANO Kansai International Airpo...