2018年7月10日火曜日

Backpacker ke Luang Prabang & Vang Vieng, Laos

NEGARA KE - 27


LAOS 
( LUANG PRABANG & VANG VIENG ) 



Assalam dan Salam Sejahtera,


Salam Lebaran Maaf Zahir Batin (al maklum Bulan Syawal masih tinggal lebih kurang 3 hari saja lagi )...

Dipendekkan cerita,...

Negara Laos (Luang Prabang dan Vang Vieng) adalah Negara Ke 27 telah ku terokai secara solo uollllsss...Haha...
Rase nervous tu memang ada sebab bila review artikel/blog kawan yang dah ke Negara Laos ni agak mencabar jugak la ceritanya..Tapi Niat baik tu ada Maka Tawakkal jerla...Aamin.


Perjalanan / Aktiviti di Laos secara ringkasnya meliputi;


Luang Prabang, Laos;

1). Luang Prabang International Airport

2). Sunset Hunting di Sungai Mekong

3). Pasar Malam Luang Prabang

4). Jambatan Buluh (Bamboo Bridge - Crossing
 Nam Khan River)

5). Pasar Tani (Morning Market)

6). Phousi Mountain 

7). Morning Alms

8). Dara Market

9). Phosy Market

10). Pakej 1 hari (Slow Boat, Whisky Village, Elephant ride, Cave, Kuang si Waterfall)

11). National Museum 

12). National Library

13). Wat Ho Pha Bang (Royal Palace Museum)

14). Nisha Restaurant

15). Joys Friend Hostel, Luang Prabang, Laos


Vang vieng, Laos:

1). Nazim Guest House, Vang Vieng, Laos

2). Vang Vieng 1 day Tour (Kayakking, Zipline, Tubing cave, Blue Lagoon, Jump Point)

3). Pasar Malam Vang Vieng, Laos

4). Walking Street

5). Nazim Restaurant


24/06/2018 (Hari Pertama)


Untuk makluman semua, dengan budget sedikit ni, aku nak share lah idea, budget Ringgit serta kaedah nak bahagi masa serta peluang yang ada untuk pelbagai aktiviti dan destinasi....

Kos Penerbangan AA (Pergi-balik)termasuk makan minum = RM 221.90
Bekal duit USD = 250.00
Bekal duit RM = 800.00
Tukaran Duit RM- KIP = RM 100/1,903

Penerbangan Airasia dari Kuala Lumpur - Luang Prabang, International Airport (lebih kurang 3 jam). Seperti selalu menu wajib menggunakan perkhidmatan Airasia semestinya.."Nasi Lemak Pak Nassier" menu kegemaranku.

  
Tiba jer di balai ketibaan Luang Prabang, Laos haha...
aktiviti wajib adalah declare barang serta beratur panjang untuk cop Imigresen Laos. 
Disebabkan aku xda apa yang nak di declare (bawak diri jer)...
Senangla lepas imigresen ni.
Jadi tugas utama adalah tukar duit. Memandangkan hanya ada dua kaunter tukaran wang di Luang Prabang, Airport..dan nampaknya harga pun tak menentu. Maka aku mengambil keputusan untuk menukar RM 200.00 (RM100=1903 kip). 
Mata Wang KIP, Laos
Plan tukar sedikit jer kat Aiport dan nanti sampai di Bandar Luang Prabang, Laos tukar banyak sikit dan difahamkan dari Blog sebelum ni ada banyak kaunter tukaran wang di bandaraya.


Perjalanan dari Luang Prabang Airport ke Pusat Bandar tidaklah jauh lebih kurang dalam 10-15 minit. Dengan menaikki mini van harga standard (USD 6), van kongsi tau.... Kalo bijak sikit bayar guna Kip 50,000.


Sampai jer bandar Luang Prabang, minta diturunkan di lokasi pasar malam. Lokasi ni strategik. Xkan sesat punyer.
Masalah kat sini, penggunaan bahasa Inggeris kurang sikit, dan bolehla kalo rajin tanya kat kedai besar sikit mereka boleh berbahasa Inggeris.

Ronda2x sambil mencari hostel, maka untuk hari pertama ni aku menginap di Joys Friend Hostel.

Harga semalam bilik 100,000 Kip (Private Room)...Menarik biliknya (AC, Kipas, 2 katil dan ada bilik mandi). Nice...

 Lokasi Joy Friends Hostel ni memang di pusat bandar. Dalam lingkungan pasar malam, pasar tani (pagi), berdekatan dengan Sungai Mekong (jalan lebih kurang 5 minit) dan jugak lokasi menarik untuk ke mana2x.


Tapi ada jer dorm (katil 8 biji/kongsi pulak ngan 8 orang)..meriah pulak bilik tu nanti...(tak nak)..



25/06/2018 (Hari kedua)

                                                 

26/06/2018 (Hari Ketiga)
Hari kedua di Vang Vieng ni, aku telah mengambil pakej untuk aktiviti satu hari (kayak, zipline, tubing cave, jump point dan blue lagoon) dengan harga 210,000 Kip (RM 110.35).
Haha....Untuk pengetahuan dalam 40 orang yang turut serta dalam aktiviti seharian ni, hanya 5 orang termasuk aku yang bukan pelancong korea. ertinya kami ja yang macam asing la dalam team ni...
1 day Tour Vang Vieng, Laos

27/06/2018 (Hari Keempat)


Seawal jam 0900 pagi dari Vang Vieng dengan menaiki Mini Van ke Luang Prabang, Laos, perjalanan dianggarkan sekitar 4-5 jam. Dengan jalan yang berliku serta pemandangan indah (pergunungan) amat sejuk sekali. Nak dibandingkan cuaca di Luang Prabang (Panas) manakala Vang Vieng (Sejuk). Kos pengangkutan ni 100,000 Kip. 
Untuk menjimatkan wang ringgit, aku telah menempah awal/booking balik hostel yang sama iaitu Joy Friends Hostel untuk dua malam terakhir di Luang Prabang, Laos. Kadar selepas minta diskaun 92,000 Kip x 2 malam. Oklah tue lebih kurang RM 97.74/ 2 malam...


28/06/2018 (Hari Kelima)


Aktiviti di Luang Prabang, Laos ni aku panjangkan dengan ....

Ambik pakej sehari (Slow Boat, Elephant Riding, Whisky Village, Cave, Kuang Si Waterfall)
Harga 380,000 Kip = RM 199.68


Bagi Whisky Village dan Gua..
Bagi aku xla menarik sangat ..huhu terpaksa ambik pakej ni dah xda pilihan.
Selesai jer aktiviti tersebut, aku meneruskan aktiviti di sebelah petang, kena habiskan jugak aktiviti hari ni disebabkan esok dah nak balik Malaysia.
Nak panjat bukit, g lawat national museum, national library, bamboo bridge, dan nak nengok sunset atas bukit (banyak nyamuk ler)...


29/06/2018 (Hari Keenam)

Untuk hari terakhir ni, sempatlah nengok ....

Morning Giving Alms Ceremony (tetapi sempat menyapu pulak)




Alhamdulillah dengan perjalanan Melancong Solo ke Luang Prabang, Vang Vieng Laos ni (dua daerah yang berlainan agak jauh) perbelanjaan keseluruhan adalah RM 1,307.083.

Alhamdulillah dengan Izin Allah maka, Destinasi yang ke -27 ni selesai diterokai.

Terima kasih kerana membaca blog ini. Diharap itinery ni boleh sedikit sebanyak membantu yer.
Sekiranya ada pertanyaan lanjut bolehla ditulis diruangan komen.

Sekian. Jumpa lagi Moscow, Istanbul dan Balik semula ke Japan 



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<