2018年9月1日土曜日

5 Cara Mudah Lebatkan Rambut



RAMBUT
See the source image

Rambut yang cantik, sihat dan lebat menjadikan kita lebih yakin serta gembira selalu. Berbanding mereka yang tampil botak, kekurangan rambut serta menghadapi masalah rambut gugur lebih kurang keyakinan diri. Dewasa ini, banyak kedapatan pengusaha produk rambut yang menjanjikan rambut anda akan cepat tumbuh, lebat dan sihat (KONONNYA)…. Dengan pembelian produk tersebut di pasaran. Tahukah anda, pembelian produk seumpama kekadang tidak membuktikan apa2x kepada pengguna. Ramai yang menghabiskan Ribuan Wang Ringgit untuk penumbuhan rambut mereka. 

Tetapi hasilnya masih Negatif!!! Saya kongsikan juga beberapa kawan saya yang telah menemui pakar rambut dan telah menghabiskan lebih RM 5,000.00 untuk mendapatkan rambut yang lebat, cantik serta macam2x. Sehingga kini saya merasakan tiada hasilnya!!!

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
Jadi buat apa kita menghabiskan wang Ringgit sedemikian rupa??? Maka,


>>> Saya akan kongsikan gaya hidup sihat dan tips penjagaan rambut agar rambut senantiasa sihat, lebat dan berkilau. Cara tradisional dan amat mudah!!! Tanpa belanja yang banyak kita boleh mengekalkan kesihatan rambut kita. Cubalah tips ini Insya-Allah rambut kekal sihat dan lebat.



Rambut Kekal Cantik

Kaedah # 1 – Atasi Masalah Rambut Kering



Ø    Cuba elakkan dari rambut menjadi kering.

Ø    Bahan – bahan yang digunakan untuk mengatasi masalah rambut kering (minyak sayuran dan dibalut dengan tuala yang bersih).

Ø    Cara penyediaan – panaskan minyak sayuran;

Ø    Lumurkan minyak sayuran tadi pada rambut. Ramaskan rambut (beserta dengan minyak sayuran lumurkan hingga kesemua rambut). Tekupkan rambut dengan tuala bersih 30 minit. Selepas itu bilas rambut dengan bersih.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
         

Kekalkan Kecantikan Rambut Tradisional

Kaedah # 2 – Atasi Masalah Rambut Kering

Ø    Gunakan syampu + Kuning Telor

Ø    Kaedah Penyediaannya;

Ø    Campurkan sedikit syampu + kuning telor (dlm semangkuk air suam).

Ø    Kaedah mengguna;

Ø    Cuci rambut terlebih dahulu, cuci dengan menggunakan campuran syampu dan kuning telor tadi. Amalkan 2 kali seminggu. Selepas mencuci pastikan rambut tadi dibilas dengan air bersih.

Ø    Amat mudah dan ringkas!!!

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                        


Petua Tradisional Kekal Harum

Kaedah # 3 – Rambut Kekal Lembut dan Harum

Ø    Bahan2x yang digunakan hanya dari rumah.

Ø    Campuran air asam jawa + Santan Kelapa + Bunga Kenanga/ Bunga yang berbau wangi (Elakkan menggunakan bunga yang berduri).

Ø    Kaedah Penyediaannya;

Ø    Campurkan semua bahan-bahan semulajadi tadi dalam satu bekas.

Ø    Guna;

Ø    Basuh rambut terlebih dahulu. Selepas itu basuh rambut dengan campuran bahan tadi.

Ø    Rambut anda akan lembut dan harum.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Kekalkan Kecantikan Rambut Tradisional

Kaedah # 4 – Atasi Rambut Gugur

Ø    Bahan- bahan yang diperlukan – beberapa helai daun lidah buaya (Aloe Vera) & Tuala Bersih.

Ø    Kaedah Penyediaannya Mudah;

Ø    Ambil lidah buaya (Aloe Vera) dan buang kulitnya (isinya sahaja yang digunakan) dan tuala bersih.

Ø    Kisarkan isi lidah buaya (Aloe Vera) / isi lidah buaya ramaskan di atas kepala (rambut).

Ø    Lebih bagus pada kawasan yang kekurangan rambut ataupun seluruh kepala.

Ø    Balut / Tekup kepala menggunakan tuala bersih.

Ø    Tekup selama 30 minit.

Ø    Bilaslah rambut/ kepala anda.

Ø    Amat mudah!!!

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Kekalkan Kecantikan Rambut Tradisional

Kaedah # 5 – Atasi Rambut Gugur & Lebatkan Rambut

Ø    Bahan- bahan yang diperlukan – beberapa helai daun Bunga Raya & Tuala Bersih.

Ø    Kaedah Penyediaannya Mudah;

Ø    Ambil daun bunga raya dan tuala bersih.

Ø    Kisarkan daun bunga raya dan ramaskan di atas kepala (rambut).

Ø    Lebih bagus pada kawasan yang kekurangan rambut ataupun seluruh kepala.

Ø    Balut / Tekup kepala menggunakan tuala bersih.

Ø    Tekup selama 30 minit.

Ø    Bilaslah rambut/ kepala anda.

Ø    Amat mudah!!!

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Inilah petua kecantikan rambut yang saya kongsikan kepada semua. Cubalah…

Berharap agar ianya bermanfaat serta memberikan diri kita lebih yakin, rambut sihat dan lebat. Insya Allah

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Selamat Mencuba!!!



@ Jackie San










0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<