PAGES

2018年9月29日土曜日

5 CARA MUDAH ELAK KEKEJANGAN OTOT KAKI

 
Kekejangan pada otot kaki adalah masalah yang sering berlaku dan juga dihadapi oleh seseorang atlet dan juga pada ibu yang sedang mengandung. Ianya adalah sesuatu keadaan yang cuba dielakkan oleh seseorang. Selalunya kerap kali mereka yang sering atau pernah mengalami kekejangan pada otot akan menggunakan krim pencegahan bagi meringankan sakit ataupun mengelakkan sama sekali kekejangan otot.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Haruslah difahami bahawa keadaan yang dialami seperti kekejangan otot bukan hanya setakat masalah yang tertumpu pada bahagian otot kaki sahaja, malah mungkin keadaan yang dialami lebih berat kesakitannya. Ini bermakna kekejangan otot hanya satu simptom biasa dan ianya bukannya satu penyakit kronik. Adalah dinasihatkan sekiranya mengalami kekejangan otot secara berulang dan lambat sembut maka, segeralah berjumpa dengan doktor anda.



Jenis Kekejangan Otot

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
a). Kekejangan Otot Kaki Pada Atlet

Kekejangan otot kaki di kalangan atlet selalunya disebabkan oleh regangan yang keterlaluan atau disebabkan oleh terseliuh. Sekiranya kita mengalami keadaan kecederaan akibat terseliuh atau regangan itu, sebenarnya otot kita akan cuba memperbaiki diri dengan keadaan mengecut. Kecutan yang tidak terkawal itulah yang akan menyebabkan kekejangan otot berlaku.

Selalunya perimbangan kandungan mineral dalam badan kita adalah amat penting. Adalah dinasihatkan bagi tujuan beriadah, pengambilan air minuman mineral hendaklah seimbang kerana punca pengambilan terlalu banyak ataupun terlalu sedikit boleh menyebabkan punca kekejangan otot.

Keadaan ini dilihat apabila otot kita mengalami dehidrasi, otot akan mudah menyebabkan kekejangan yang bepunca daripada kepekatan mineral dalam badan yang telalu tingi. Sementara bila kita minum terlalu banyak air pula, kepekatan mineral dan badan akan mencair, dan akan menyebabkan hyponatremia. Maka kesimpulannya keseimbangan mineral di dalam badan seseorang atlet adalah amat penting.

Pengumpulan lactic acid yang terlalu tinggi dalam otot seseorang juga boleh menyebabkan kekejangan otot berlaku. Apabila seseorang itu melakukan riadah yang berpanjangan tanpa rehat, pembakaran glucose tanpa oksigen akan menyebabkan tenaga dihasilkan bersama lactic acid. Otot akan berasa penat mahupun akan terasa seperti terbakar. Akhirnya ianya menyebabkan kekejangan pada otot berlaku.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

b). Kekejangan Otot Kaki Di Waktu Malam

Kekejangan otot kaki di waktu malam dikenali sebagai “nocturnal leg cramps”. Ianya juga didefinisikan sebagai pengecutan pada otot secara tidak terkawal yang berlaku di waktu malam hari dan selalunya ketika seseorang sedang tidur.  Lokasi badan yang sering mengalami kekejangan ini adalah di bahagian otot betis.

Kesakitan akibat kekejangan ini mampu mengejutkan seseorang yang sedang lena tidur. Ia berlangsung beberapa saat hingga beberapa minit.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kekejangan otot kaki di waktu malam. Antara penyebabkan adalah kekurangan unsur mineral seperti potassium, calciu, sodium dan magnesium, dehidrasi serta kurangnya pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki semasa tidur yang tidak baik.

Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan kekejangan otot ini adalah dengan cara berdiri dan berjalan untuk merenggangkan otot kaki yang terlibat.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
c). Kekejangan Otot Kaki Pada Wanita Yang Sedang Mengandung

Kekejangan otot kaki juga boleh berlaku pada wanita yang sedang mengandung/hamil. Ia dirasai pada umur kehamilan pada trimester kedua apabila rahim semakin membesar. Kaki yang penat membawa lebihan berat akan mudah untuk mendapat kekejangan otot pada kaki.

Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga boleh mengakibatkan perjalanan darah ke bahagian kaki terganggu di samping memberi tekanan pada saraf kaki seseorang wanita hamil.

Bagi wanita yang hamil ini adalah dinasihatkan agar tidak berdiri ataupun duduk sambil menyilang kaki dalam keadaan terlalu lama. Adalah dinasihatkan agar senantiasa merenggangkan otot kaki pada waktu siang ataupun sebelum tidur. Gerakkan sendi pergelangan kaki dan sendir jari kaki ketika sedang duduk menonton TV, makan malam ataupun duduk berbual.

Dinasihatkan juga agar berjalan pada jarak yang dekat kecuali dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian oleh doktor ataupun dari jururawat bidan.  Jika kepenatan dan mahu berbaring, cuba berbaring ke sisi kanan untuk mengelakkan tekanan kuat pada rahim pada saluran darah dan juga saluran saraf.

Dengan memastikan pengambilan air kosong yang cukup, maka ianya boleh dan dapat mengurangkan kekejangan otot kaki berlaku. Jika kekejangan pernah berlaku dan bimbang ianya berlaku semula, segeralah untuk mandi dengan air sederhana panas sebelum tidur. Selain itu, cara mudah untuk mengurangkan serta mengelakkan berlakunya kekejangan otot kaki bagi wanita hamil adalah dengan meletakkan tuala panas pada kaki sebelum tidur. Kaedah ini boleh membantu otot kaki untuk berehat.


Cara Mencegah Kekejangan Otot Kaki

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

a). Berhenti dari melakukan apa sahaja kerja ataupun aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya kekejangan otot.

b). Lakukan regangan dan urutan dengan berhati-hati terhadap otot yang terlibat. Posisi regangan hendaklah dikekalkan sehingga otot pulih sepenuhnya daripada kekejangan.

c). Berikan rawatan haba sekiranya otot terasa ketat, ataupun letakkan ais pada otot yang sakit itu.

d). Untuk elak kekejangan otot kaki berulang, berusalah untuk meningkatkan kecergasan diri. Latih diri untuk sentiasa melakukan regangan sebelum dan selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal lebih-lebih lagi bagi otot yang sering mengalami kekejangan.
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

e). Lakukan aktiviti pemanasan badan sebelum melakukan regangan. Antara contoh terbaik aktiviti memanaskan badan adalah berlari setempat atau berjalan selama beberapa minit.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


TIPS MENJAGA KESIHATAN DIRI JUGA ADA DI DALAM BLOG INI. SILALAH BERKUNJUNG KE ARTIKEL LAIN DENGAN CLICK PADA PAUTAN LINK DI BAWAH INI. >>>

SILA CLICK  >>>





Berkunjunglah ke blog saya dan jangan lupa untuk memberikan komen serta perkongsian ilmu ataupun tips kesihatan. Sebarang komen boleh lah di emailkan kepada saya di jackjillscute@gmail.com atau terus komen diruangan komen di bawah ini.

Terima kasih. 


@ Jackie San





0 件のコメント:

コメントを投稿