2018年9月6日木曜日

11 Cara kempiskan perut buncit dengan cepat !


Perut Buncit

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com

Pasti ramai di kalangan lelaki yang kurang menyenangi masalah perut puncit / boroi. Ianya bukan sahaja akan menjejaskan penampilan lelaki tapi akan menyebabkan keyakinan diri seseorang itu menurun. Faktor usia seseorang sebenarnya bukan faktor utama masalah sedemikian. Tidak semestinya faktor utama kejadian perut buncit/boroi disebabkan oleh umur meningkat seseorang. Jika diperhatikan kini, ramai di kalangan anak muda umur lingkungan bawah 25 tahun sudah mengalami masalah perut boroi/buncit.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                  
Merujuk kepada pakar kesihatan, mereka menjelaskan bahawa banyak di antara faktor penyebab perut menjadi buncit. Antara penyebab perut buncit/boroi adalah

·      Keturunan
·      Genetic
·      Faktor penuaan
·      Disiplin ketika menjamah makanan
·      Penyakit yang dihidapi
·      Masalah cacing
·      Masalah penghadaman
·      Stress


Cara Atasi Perut Buncit/Boroi :


Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
1Senaman Badan      

Senaman ringan, berjalan, berjogging pada awal pagi ataupun petang selepas balik kuliah/kerja adalah salah satu kaedah mudah mengelakkan perut buncit/boroi. Selain itu, kita juga dapat mengeluarkan peluh dari badan. Badan akan terasa nyaman serta tidur lebih baik di malam hari. Selain itu, senaman ringan juga penting bagi membina stamina yang lebih mantap pada diri dan ianya juga semestinya memberikan impak maksima bagi menanggani masalah perut buncit/boroi. Sebaiknya lakukan jogging, berjalan lebih kurang 1 jam dua kali seminggu (sebaiknya lakukan selang 2 hari untuk mendapat keputusan yang terbaik).

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
2Air Lemon Kosong    

Amalkan minum air lemon kosong pada waktu pagi ianya sebelum sarapan pagi. Air lemon kosong tanpa gula tau. Ianya bertujuan untuk membuang sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal di dalam perut anda. Amalkan air lemon kosong ini yang semestinya boleh menghilangka masalah perut buncit/boroi yang dihadapi. Insya Allah.

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
3Air Masak              

Amalkan meminum air masak. Seperti yang sedia maklum, mana-mana penyakit cara atasi yang terbaik adalah mengamalkan minuman air masak. Ianya semestinya kaedah terbaik. Mengamalkan air masak dapat mencairkan sodium (garam) yang terdapat di dalam badan dan akan menyebabkan kadar air dalam badan seseorang untuk keluar. Hasil daripada minuman air masak ini, ianya akan membantu untuk proses pembuangan air dari dalam badang dengan lebih mudah. Maka secara tidak langsung keadaan perut buncit/boroi akan mula susut.

4Rutin Tidur    

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
      
Tidur yang baik adalah dalam jangka masa 8 jam dan 6 jam adalah terbaik bagi seorang pelajar / mahasiswa. Kurangnya tidur seseorang akan menyebabkan kadar metabolisme dalam tubuh seseorang menurun dan menyebabkan kesukaran proses pembakaran lemak. Disebaliknya jika tidur yang melebihi 8 jam pula akan menyebabkan senang untuk pening kepala, tubuh menjadi lebih pasif dan akan menyebabkan keadaan terbiasa untuk pergerakan. Kesimpulannya tidur yang lebih atau kurang boleh mengakibatkan lemak akan berkumpul dengan lebih cepat dan akhirnya menyebabkan perut buncit/boroi.

5Kurangkan Minuman Berkarbonat   
Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
                                                                                  
Pengambilan minuman berkarbonat boleh menyebabkan seseorang itu cepat gemuk/buncit. Ianya disebabkan penggunaan pemanis tiruan yang terdapat di dalam air karbonat yang mengakibatkan perut menjadi cepat buncit dan seterusnya simptom cepat lapar akan berlaku lebih cepat. Jadi sebaiknya amalkan meminum air kosong bagi mengantikan air berkarbonat ataupun mengamalkan air lemon kosong.

6Kurangkan Pengambilan Telor

Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
               

Telor sebagai makanan utama juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit/boroi. Pengambilan berterusan terutama 5 kali seminggu boleh menyebabkan simptom buncit yang cepat. Elakkan untuk mengambil makanan berasaskan telor dalam jangka masa berlarutan. Cuba selang selikan telor dengan makanan yang berasaskan tanpa minyak ataupun amalkan makanan bersup.


Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
7Minuman Yakult   

Minuman Yakult adalah kaedah terbaik membantu masalah perut buncit/boroi. Amalkan pengambilan minuman Yakult 2 kali sehari ( pagi dan malam ). Minuman Yakult mengandungi 30 billion kultur probiotik hidup Lactobaciullus casei Shirota strain dari Jepun yang membantu meningkatkan fungsi usus dan mengelakkan usus bermasalah. Ianya memberikan impak kepada kesihatan terbaik.


Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
                      
8Minuman Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa dan banculah ia dengan segelas air suam. Biarkan semalaman. Keesokannya, minumlah air asam jawa tadi. Amalkan minuman ini. Air asam jawa tadi juga boleh disimpan di dalam peti sejuk dan amalkan meminumnya sama ada selepas makan tengahari serta selepas makan malam. Petua ini membantu menyegarkan badan, meredakan sakit kepala serta menurunkan semestinya berat badan.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

9Teh Hijau, Madu Lebah & Serbuk kayu Manis
Dengan pengambilan Teh Hijau yang dicampurkan dengan sedikit madu lebah dan juga serbuk kayu manis adalah petua tradisional bagi masyarakat cina untuk menurunkan berat badan, kolestrol serta cara mudah untuk mengempiskan perut buncit. 

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

               
10Kurangkan Memandu/Duduk Terlalu Lama
Jika anda kerap memandu dan memandu dalam keadaan yang agak lama, maka kurangkanlah. Elakkan memandu dalam tempoh yang agak lama. Jika perlu, amalkan pemanduan dalam tempoh yang singkat tetapi, keraplah untuk berhenti rehat, buatlah senaman sedikit untuk melegakan otot, pergerakan kaki, pinggang serta tangan anda. Disebabkan pemanduan yang lama serta dalam tempoh yang agak panjang adalah salah satu punca seseorang akan mudah mengalami masalah perut buncit. Selain itu, bergilir-gilir memandu dengan teman atau rakan di dalam sesebuah kenderaan membantu mengurangkan masalah perut buncit.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

11Makan Buah-Buahan
Gantikan pengambilan snek dengan memperbanyakkan makan buah-buahan segar. Buah-buahan semula jadi yang kaya dengan vitamin adalah lebih baik untuk kesihatan kita. Ianya bukan sahaja boleh membantu kesegaran tubuh badan, malah menambahkan kandungan vitamin ke dalam badan seseorang. Pengambilan buah-buahan sebagai penganti makanan snek mempercepatkan masalah perut buncit serta sistem penghadaman tubuh badan kita.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Semoga Tips ini boleh membantu menurunkan keadaan perut buncit / boroi.

Sila lah berikan komen, tinggalkan emails tuan/puan, mohon likes dan kongsikan. Agar ianya membantu mengurangi permasalahan yang dihadapi.

Terima kasih di atas pembacaan.


@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

ARCHBISHOP OF TOKYO KIKUCHI BECOMES A CARDINAL IN CATHOLIC CHURCH - TOKYO

ARCHBISHOP OF TOKYO KIKUCHI BECOMES A CARDINAL IN CATHOLIC CHURCH - TOKYO @Jr_Paku Midin Channel ROME Pope Francis on Saturday held a ceremo...