2018年9月22日土曜日

5 CARA HIDUP DENGAN BERSYUKUR





See the source image


“ Hidup ini akan merasa indah sekiranya kita dapat melakukan perkara yang kita sukai. Perkara yang disukai menjadikan hidup begitu bermakna. Dengan pulangan bayaran setimpal oh begitu indahnya.

Namun, tidak kurang pula dalam kalangan kita yang dihantui masalah kebosanan kerjanya.

Andai diberi pilihan, kemungkinan mereka akan memilih untuk berhenti kerja.

Tetapi, resam hidup …
Kerjaya tersebut harus diteruskan kerana terikat dengan kontrak, tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga serta fikirkan hutang sedia ada”.


MAKA BERTABAHLAH!!!



SESUNGGUHNYA, Islam mengajar umatnya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih mempunyai pekerjaan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Kita juga harus kreatif menzahirkan cinta ke atas sesuatu pekerjayaan yang kita lakukan. Agar kezahiran hati kepada sesuatu yang dibuat membuahkan hasil yang baik, niat itu penting, dari niat yang baik akan dianugerahkan pahala yang begitu besar dari Yang Maha Esa. 


Bagaimana Untuk Bahagia Dengan Kerja Yang Dilakukan Setiap Hari???


1ELAKKAN MENGELUH
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
 www.jacknjillscute.com


Tanpa sedar kita sering mengeluh dalam sindiran atau gurauan yang akhirnya menjadi “VIRAL” dalam otak kita. Keluh kesah yang senantiasa mengangui pemikiran dan tidak berpuas hati dengan apa yang kita perolehi akan merosakkan segala amalan seharian kita.


Oleh yang demikian, kita haruslah bersyukur dan sedar bahawa ganjaran upah daripada majikan dan ganjaran pahala yang diberikan oleh Allah S.W.T. adalah atas apa yang telah kita usahakan. Ingatlah mendapat Keredhaan Allah S.W.T. itu lebih penting daripada yang lain. Pahala akan tersekat jika lidah kita senantiasa mengeluh seolah-olah tidak redha dengan pemberian dan anugerah yang Allah limpahkan kepada kita. Redha lah dengan Allah.



2BETULKAN NAWAITU “NIAT”

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
 www.jacknjillscute.com


Niat umpama navigasi yang menjadi tunjang utama terhadap misi pekerjaan seseorang. Yakin kepada ketentuan dan balasan Allah S.W.T. bahawa kerja yang sedang dibuat itu untuk mendapat keredhaan Allah. Kemampuan anda untuk berusaha mencari rezeki merupakan suatu natijah usaha untuk mencapai apa yang dihajati.

        “Sesungguhnya semua tindakan kita didorong oleh niat dan bagi setiap insan adalah aapa yang diniatkan di dalam hati”. 




3MOTIVASIKAN DIRI

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Jika tahap motivasi anda rendah ataupun diri dilanda kebosanan, berpaling kepada perkara lain yang mampu memotivasikan diri kita. Tetapkan sasaran, cabar diri dan tetapkan matlamat baharu untuk mencapai cita-cita tinggi pada setiap hari.

        Kejar dan lestarikan cabaran baharu dengan tekun, belajar menggunakan setiap masa dengan cara yang paling produktif, dan memastikan setiap hari kita mempunyai sasaran atau matlamat baharu untuk ke tempat kerja.




4LAKUKAN PERUBAHAN WALAUPUN BEGITU KECIL MAKNANYA

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 

Kebosanan antara punca rasa tidak puas hati di tempat kerja. Justeru cabarlah diri untuk melaksanakan tugas dengan cara yang berbeza. Jika sebelum ini diri kita menyelesaikan tugas secara berseorangan, bertukarlah dengan cara berkumpulan. Semakin ramai, semakin banyaklah idea dan pendapat yang boleh dikongsikan bersama. Secara langsungnya, ianya telah memberikan penambahan nilai pada diri dan juga kumpulan. Kuasa kita adalah untuk mengubah diri kita sendiri.



5BERGAUL DENGAN ORANG BERFIKIRAN POSITIF

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 


Carilah rakan, teman yang senantiasa berfikiran positif kerana mereka ini senantiasa berpandangan jauh dan tidak mudah putus asa. Berdampinglah dengan mereka yang berkeyakinan dan berusaha menjadi lebih baik setiap hari. Bukan bermaksud memutuskan persahabatan dengan rakan ataupun teman yang sebaliknya, tetapi perlahan-lahan berusaha membantu mereka untuk mengubah sikap dan persepsi supaya jua lebih positif demi kejayaan kehidupan seharian hinggalah ke akhir hayat.

        Sangat penting untuk diri kita menjarakkan diri daripada mereka yang senantiasa merungut tentang kerja dan berpandangan negative tentang segala-galanya. Mereka akan merasakan ketidakpuasan hati setiap masa, walaupun masih bekerja di tempat yang sama. Merekalah “Pekerja Bertoksik”. Beracun dan merbahaya yang boleh merosakkan pemikiran orang lain dan persekitaran tempat kerja.



Maka berubahlah !!!


“Tidak Rugi Jika Kita Berubah Demi Masa Depan, Kerjaya Serta Kesuksesan Diri Kita”.


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 



SILALAH BACA NUKILAN SEBELUM INI YANG BERKAITAN DENGAN PERKONGSIAAN ILMU KEHIDUPAN >>>




LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA PERKONGSIAAN ARTIKEL SEPERTI DI BAWAH.

CLICK PADA LINK INI >>>








@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Akiyoshido Cave (秋芳洞, Akiyoshidō) Sightseeing Mode Summer Break

   https://youtu.be/cPJqWJOvoag?si=DNWCqX5_Ax3yiTH9 >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<