PAGES

2018年10月22日月曜日

' 15 KEBAIKAN BUAH KURMA '


Buah kurma atau dalam Bahasa Arab dikenali dengan nama “Tamar” adalah dari jenis pohon palm seperti pokok pinang atau kelapa sawit. Pokok kurma akan menghasilkan buah kurama bertangkai seakan sama buah pinang. Kurma memang terkenal dengan kandungan khasiat yang tinggi sebagaimana pemakanan seperti kismis dan apricot kering. 

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
                            

Antara kandungan terbaik kurma ialah ianya tinggi dengan kandungan protein, serat, vitamin C dan A, serta zat mineral seperti kalsium, sodium, besi dan juga zat protein. Kandungan zat protein di dalam sebiji buah kurama dianggarkan lebih kurang 2%, serat hampir 4% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57% glukosa. Kesimpulannya, kandungan gula di dalam buah kurma telah ditukar secara semulajadi dan ianya bermakna apabila seseorang memakan buah kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu ataupun gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus ke dalam badan seseorang. Ia terpaksa dipecahkan oleh enzim sebelum ianya ditukarkan menjadi glukosa dan akhirnya diserap oleh badan sebagai sumber tenaga.


SEJARAH BUAH KURMA ?

Buah kurma telah menjadi makanan harian bagi penduduk Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun. Pohon kurma ini dipercayai berasal dari Sekitar Teluk Parsi dan telah ditanam sejak zaman silam dari zaman Mesopotamia ke Zaman Mesir prasejarah iaitu seawal 4000 SM. Terdapat bukmi arkaeologi tentang penanaman kurma di Arabia Timur pada tahun 6000 SM (Alvarez-Mon 2006). Pada zaman berikutnya, suku Arab menyebar Kurma di sekitar Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk ke Sepanyol dan juga Afrika Utara. Buah Kurma diperkenalkan di california dan Mexico oleh orang Sepanyol pada Tahun 1765 sewaktu Misi San Ignacio.




JENIS BUAH KURMA ?


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


  • KURMA KHOLAS
  • KURMA SEKKI
  • KURMA BARHI
  • KURMA NABI / AJWA 
  • KURMA MACTOUMI
  • KURMA KHIDRI
  • KURMA SOKARI
  • KURMA MONIEF
  • KURMA MAJOL
  • KURMA SIRAJ

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


KEBAIKAN BUAH KURMA ?


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


  1. Sebagai makanan pencuci perut.
  2. Amat penting untuk memberikan tenaga dan membaiki bahan buangan perut.
  3. Baik untuk rawatan lemah tenaga batin.
  4. Mengandungi khasiat yang tinggi dalam membantu menyembuhkan penyakit sembelit. Ianya boleh merangsang pergerakan usus yang perlahan.
  5. Mencegah penyakit kronik seperti serangan penyakit jantung dan juga kencing manis.
  6. Mengurangkan dan mencegah dari berlakunya barah usus besar, sengal-sengal pada badan, lemah otot serta keadaan lesu.
  7. Merangsang dan memudahkan kehamilan.
  8. Boleh meredakan penyakit darah tinggi.
  9.  Meningkatkan kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran kanak-kanak.
  10. Meningkatkan kesihatan badan, otak, serta mencegah dan mengurangi masalah jerawat/jeragat.
  11. Banyak khasiat dan menjadikan buah kurma sebagai sumber makanan utama seharian. 
  12. Boleh mencegah obesiti.
  13. Awet muda.
  14. Membantu mengurangkan kolestrol.
  15. Mengurangkan migrain dan meredakan stress.
ARTIKEL MENJAGA KESIHATAN DIRI BOLEH TURUT DIDAPATI DI DALAM BLOG SAYA INI. HANYA CLICK PADA PAUTAN DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN INFO TERBAIK DARI SAYA.
SEKIRANYA PEMBACA INGIN MEMBERIKAN KOMEN, PANDANGAN SERTA BERKONGSI ILMU TIPS MENJAGA KESIHATAN, PEMBACA BOLEHLAH EMAILS KAN KEPADA SAYA : jackjillscute@gmail.com atau tulis komen terus ke blog saya https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
SEKIAN TERIMA KASIH
CLICK LINK DI BAWAH >>> 





  1. See the source image
    https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

0 件のコメント:

コメントを投稿