2018年10月10日水曜日

6 CARA BELI TIKET FLIGHT MURAH





Assalam dan Salam Sejahtera.


Jika hobi tuan/puan adalah kaki melancong, maka artikel kali ini adalah amat sesuai bagi anda!

Kebanyakan rakan saya mensasarkan untuk melancong sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Sama ada untuk melancong dalam negeri ataupun ke luar negara. Percaya tak???

Dengan kos hidup sekarang ni tanpa pengetahuan, perancangan mahupun wang secukupnya, hobi melancong ni terkuburla...Tak caya ker?

Tepuk dada tanya lah diri anda!!!
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Untuk pengetahuan tuan/puan semenjak saya dibangku sekolah lagi dan sehingga kini saya telah mempunyai 4 pasport antarabangsa dan telah menjejakkan kaki ke 26 Negara secara solo. Kebanyakan penerbangan saya dengan berstatuskan tiket perjalanan yang amat murah. Sama ada penerbangan dari Negeri kelahiran mahupun antarabangsa. Jika tuan/puan masih ragu dengan saya, anda boleh lah mengunjungi dan membaca artikel yang telah ditulis di dalam blog saya ini. Hanya click pada pautan link tersebut anda akan menjumpai pelbagai destinasi travel solo yang saya kongsikan kepada pembaca.


See the source image https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com



Artikel kali ini saya akan kongsikan tips bagaimana cara mengesan dan membeli tiket flight murah.




# CARA 1 - BULAN MARCH SETIAP TAHUN

Airasia selalu mengadakan promosi #Free Seat mereka pada bulan March bagi setiap tahun. Saya masih ingat lagi pada Tahun 2016 saya telah membeli tiket penerbangan pergi dan balik (dalam negeri iaitu penerbangan dari Kuching - Kuala Lumpur - Kuching hanya dengan harga RM 34.00 MURAH KAN!!!) dan untuk makluman tiket yang saya beli bukan hanya 1 tiket malah saya mempunyai 4 kali perjalanan dengan harga demikian.

Bukan itu sahaja, malah saya turut mempunyai tiket penerbangan dari Kuching - Kota Kinabalu - Kuching dengan harga RM 54.00 WOW!!!

Haha... itula tips mendapat tiket murah yang pertama!


 See the source image
 
# CARA 2 - HARI SELASA

Kaedah seterusnya diamalkan oleh kebanyakan pelanggan AirAsia. Terutamanya rakan travel saya. Kebanyakan mereka akan mengamalkan pencarian tiket murah dan seterusnya membeli tiket penerbangan AirAsia pada hari Selasa. Sesungguhnya saya tidak berapa gemar untuk melakukan searching kerana bukan setiap masa saya akan berada di depan Laptop saya!!!


Maka, tuan/puan cubalah kaedah ini mana tahu rezeki anda semua!




# CARA 3 - MINGGU PEGAWAI KERAJAAN TERIMA GAJI

Kaedah seterusnya adalah cuba nasib anda untuk mendapatkan tiket penerbangan murah sama ada melalui website AirAsia, Malaysia Airlines ataupun Malindor Air.


Kebanyakan tiket penerbangan murah akan ditawarkan pada penghujung setiap bulan ( 23 - 25 hb ). Banyak kali dah saya mencuba Insya Allah tiket memang murah jika dibandingkan dengan pembelian tiket pada awal bulan mahupun pertengahan bulan.

Sebagai contoh jika,
a). Beli tiket penerbangan pada awal bulan dengan harga RM 99.00 
b). Beli tiket penerbangan pada penghujung bulan (tarikh penerbangan yang sama ( RM 49.00 ).
c). Amat jauh perbezaan harganya ( RM 50.00 ) RUGIKAN!!!


Maka cuba search tiket penerbangan murah pada penghujung bulan.



# CARA 4 - PROGRAM KESETIAAN SYARIKAT PENERBANGAN
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Kaedah ini amat berbaloi jika kita mencuba!
Sepanjang saya menyertai penerbangan sama ada melalui Syarikat Penerbangan AirAsia ataupun Malaysia Airlines, saya turut menjadi dan mengikuti program kesetiaan mereka. Kerana apa???
Melalui program ini banyak kebaikannya. Sebagai contoh.


AirAsia ( BIG MEMBERS )


a). Keahlian akan diberikan mata ganjaran dengan setiap nilai pembelian.
b). Mata ganjaran terkumpul boleh ditebus dengan harga tiket penerbangan termasuk sejumlah wang tambahan.

Malaysia Airlines ( Enrich Members )


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



a). Malaysia Airlines menawarkan program kesetiaan Enrich

b). Nilai tiket penerbangan akan diberikan mata ganjaran Enrich

c). Enrich mempunyai 5 jenis keahlian - Blue, Silver, Gold dan Platinum

d). Keutamaan menaikki pesawat akan diberikan kepada pelanggan kesetiaan.

e). Bagi keahlian Enrich Gold, akan menikmati layanan istimewa, boleh makan dan minum + seorang teman di Golden Louge Malaysia Airlines (Domestik dan Antarabangsa).

f). Berat luggage hingga 30 kg.

g). Mendapatkan mata ganjaran melalui nilai tiket penerbangan, pembelian online MAS, Butik yang terlibat dengan program Enrich, penginapan di hotel serta Syarikat Penerbangan yang turut sama mengikuti program kesetiaan ini.








# CARA 5 - TEBUS MATA GANJARAN + TAMBAH RINGGIT


Kaedah seterusnya dengan program kesetiaan di atas, kita hanya perlu tambahkan dengan nilai sedikit Ringgit Malaysia untuk setiap kali penerbangan.


Sebagai contoh,

Saya telah menggunakan mata ganjaran Enrich Malaysia Airlines saya untuk penerbangan ke ...

a). Kuching - Kuala Lumpur - London (mata ganjaran) dan tambahan Ringgit Malaysia (RM 1,000.00)
b). Berbanding jika membeli tiket RM 3,000.00 hingga RM 5,000.00

Saya turut melakukan penebusan mata ganjaran Enrich Gold saya pada penerbangan ke ;

b). Kuching - Kuala Lumpur - Auckland New Zealand (return tiket)
c). Hong Kong - Kuala Lumpur - Kuching



# CARA 6 - KETAHUI MUSIM


Tips ini anda kena bijak!!!

Sebelum melakukan pencarian, pembelian ataupun terbang ke destinasi yang ingin dituju, anda perlu bijak merancang seadanya.

Maksudnya di sini, walaupun kiranya di sini ....???

a). Anda banyak duit ke ?
b). Ramai rakan yang turut serta ke ?
c). Dah mendapat kelulusan cuti ke ?
d). Dah dapat tiket murah ke ?
e). dan lain - lain ke ?

Kesimpulannya tanpa mengetahui dahulu situasi musim destinasi yang ingin dituju boleh menyekat pergerakan mahupun niat anda mungkin terbantut.

Apa maksudnya KETAHUI MUSIM ?

Saya bagi beberapa keadaan yang boleh dijadikan panduan mudah bagi mengesan, mendapat dan membeli tiket flight murah sesangat!!!

i). Musim perayaan

ii). Musim di destinasi

iii). Musim cuti sekolah

iv). Musim cuti semester

v). Musim orang gemar melancong


Semua yang di atas adalah keadaan yang boleh menganggu pergerakan perjalanan anda!


Jika kita sering melakukan pencarian tiket flight cuba anda perhatikan di mana situasi untuk membeli tiket dalam keadaan begini yer!

i). Musim Perayaan

Perbandingan mudah yang ingin saya kongsikan adalah,

> Untuk penerbangan dari Kuala Lumpur - Kuching (pergi balik ) Beli tiket 3 - 6 bulan awal iaitu sebelum Perayaan Aidilfitri dengan harga RM 150.00 (return). 

Berbanding anda cuba beli tiket sebulan sebelum Perayaan Aidilfitri destinasi yang sama telah menjangkau harga RM 400.00. 

Jadi Mahal Ke Murah ????


 ii). Musim di Destinasi

Situasi ini saya ingin jelaskan di sini adalah berkaitan sekiranya merancang untuk bermain salji sebagai contoh.

Lokasi yang ingin dituju adalah Hokkaido, Sapporo, Tokyo mahupun Osaka, Japan.

Jika ingin bermain salji ataupun menikmati pemandangan pergunungan yang cantik semestinya anda mesti pergi ke lokasi tersebut sama ada pada penghujung Disember ataupun paling lewat penghujung Februari sebelum terbitnya musim bunga Sakura!!!


Oleh yang demikian adalah disarankan agar anda mesti bersedia dan bijak memilih tarikh, tiket mahupun harga yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan.

Selalunya pada musim sejuk ini, harga tiket penerbangan pada bulan Disember hingga Februari lebih murah.

Saya pernah membeli tiket penerbangan dari Kuching - Kuala Lumpur - Osaka (return ) pada bulan Januari dengan harga RM 600.00 termasuk makan dan minum dalam kapal terbang AirAsia X. 

Harga jauh berbeza jika anda terbang ke destinasi yang sama pada bulan March - April penerbangan sehala menjangkau harga RM 500 - 700.00 sehala. Percaya Atau Tidak???

Selain itu, masyarakat luar yang sering ke Negara Jepun ini sememangnya bukan sahaja ingin menikmati pemandangan salji bahkan ingin merasai musim sederhana sejuk yang mana ianya menghampiri musim bunga Sakura.

Bahkan adalah disarankan jika ingin melihat dan merasai keindahan panorama musim bunga silalah terbang ke Negara Jepun mulai penghujung bulan March hingga April setiap tahun. 

Bunga Sakura!!! ( Penghujung March - April setiap tahun )

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


              
ii). Musim Cuti Sekolah, Cuti Semester atau Masa Orang Gemar Melancong

Ketahuilah pada musim ini semuanya akan menjadi mahal!!

Kerana kebanyakannya ingin pulang ke destinasi serta akan bercuti.

Cubalah elakkan untuk membeli tiket kurang dari sebulan untuk tujuan ini.


YANG PASTI MAHAL BA!!! 




Maka, itulah kelebihan menjadi ahli syarikat penerbangan!!!



See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Alhamdulillah inilah penulisan artikel yang dapat saya kongsikan kepada tuan/puan untuk travel ke luar negara mahupun dalam negara.
Pencarian tiket murah ni telah saya amalkan semenjak waktu sekolah lagi hinggalah sekarang yang masih menuntut di Universiti.
Jika mendapat keraguan dan ingin membaca serta mendapatkan info lanjut, bolehlah melakukan dan melawati blog artikel yang telah saya tulis.

Hanya CLICK PAUTAN  di bawah ini saya kongsikan beberapa itinery serta kos perbelanjaan yang telah saya travel secara solo ke 26 NEGARA!!!

>>>














Terima Kasih di atas pembacaan



@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<