2018年10月23日火曜日

" 6 CARA HILANGKAN BULU DENGAN CEPAT "

Bulu pada badan terutama di bahagian muka, badan serta kaki menyebabkan ramai di antara kita tidak berasa selesa. Pelbagai cara dan kaedah untuk membuang bulu pada masa kini tetapi adakalanya kaedah yang ditawarkan di pasaran boleh menyakitkan ataupun memberi kesan negatif kepada pengguna.

Dikongsikan di sini beberapa kaedah mudah untuk menghilangkan atau menanggalkan bulu pada bahagian badan, muka mahupun kaki dengan cepat.


1. KAEDAH TEKNOLOGI KEKAL

a). Elektrolisis

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dengan sains dan teknologi di bidang perubatan pada masa kini boleh membantu dalam mengurangkan masalah kehadiran bulu pada bahagian badan. Melalui kaedah elektrolisis, instrumen kecil digunakan untuk menanggalkan folikel-folikel kecil di bahagian badan menerusi penggunaan kuasa frekuensi radio gelombang pendek dan ianya tidak menyakitkan. Selepas pemancaran frekuensi ini, bulu akan dicabut menggunakan alat pencabut bulu. Kaedah ini adalah terbaik dan ianya tidak menyakitkan serta bulu yang dicabut akan mengambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Manfaat penggunaan kaedah ini memungkinkan bulu tidak akan tumbuh semula sebanyak 60 %. Kos kaedah ini adalah tinggi berikutan ianya adalah salah satu kaedah yang cepat untuk menanggalkan bulu. 


b). Penggunaan Laser


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pada masa kini, kaedah pembuangan bulu pada badan terutamanya di bahagian muka dengan kaedah laser amat menyakinkan terutamanya bagi pelanggan perempuan. Kaedah ini menggunakan sinaran laser yang berkuasa tinggi yang dipancarkan terus ke bahagian folikel bulu dan kemudiannya bulu tersebut akan tertanggal ataupun hancur. Hasil yang maksima akan terbukti sekiranya membuat rawatan menggunakan laser 5 hingga 7 kali rawatan seumpama. Namun kos kaedah laser ini agak mahal namun ianya berkesan. 

2. KAEDAH HANYA DARI DAPUR RUMAH


a). Penggunaan Gula

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kaedah ini seperti penggunaan bahan kosmetik yang lebih dikenali dengan "wax". Dengan menggunakan gula pasir yang dicampurkan dengan air panas dan digaul sebati seakan "wax". Selepas sebati, kemudian segeralah untuk meletakkan campuran gula dengan air tadi ke bahagian bulu yang ingin ditanggalkan. Biarkan sehingga kering. Selepas itu tekan kain yang bersih di permukaan lapisan bulu dan gula campuran tadi. Tarik cepat! Anda juga boleh mencampurkan gula, madu atau lemon. Kelebihan cara ini adalah ianya mudah, murah serta hanya boleh didapati dari dapur rumah anda. Semestinya ianya memberikan kesan yang baik tanpa bahan kimia.


 b). PenggunaanWax

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kaedah sememangnya amat ditakuti kerana ianya amat menakutkan. Kaedah ini selalunya dilakukan untuk menanggalkan bulu di bahagian tengkuk/dagu, misai, dada, ketiak serta di bahagian kemaluan. Tetapi ia amat menyakitkan dan memerlukan kelembutan untuk melakukannya. Kaedah ini selalunya digunakan oleh mereka yang mempunyai keadaan bulu yang tebal dan hitam. Seeloknya, pergilah untuk berjumpa dengan pakar kosmetik ataupun pusat rawatan yang memberikan perkhidmatan wax ini agar ianya lebih meringankan kesakitan anda. 

 c). Cabut Bulu Dengan Benang

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kaedah ini adalah menggunakan benang yang selalunya digunakan untuk mencabut bulu. Kaedah ini hanya untuk mencabut bulu dengan jumlah yang sedikit sahaja. Serta di lokasi bulu yang tidak menyenangkan barulah seseorang itu akan menggunakan kaedah cabut bulu yang sensasi ini dan kaedah ini terkenal di Turki. Kaedah ini memang cepat dan tidak menyakitkan.



 d). Krim Penanggal Bulu 

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Penggunaan  krim penanggal bulu pada masa kini adalah kaedah termudah dan hanya perlu untuk membeli di pasaran ataupun gunakan perkhidmatan online belian. Hanya sapu krim ini ke badan ataupun tempat bulu yang hendak ditanggalkan, biarkan ianya dan bulu akan tanggal dengan sendirinya. Tetapi, sebelum membeli dan menggunakan produk sebegini, haruslah diperhatikan kandungan bahan yang digunakan bagi krim tersebut agar ianya memberi manfaat kepada kita dan bukannya memudaratkan kelak.



AKHIR KATA, SELAMAT MENCUBA TIPS INI. SEKIAN TERIMA KASIH!

Dikongsikan beberapa tips kesihatan di dalam artikel pada blog ini. 

Jika berminat, Silalah CLICK pada LINK di bawah ini >>>





















@ Jackie San 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<