PAGES

2018年10月14日日曜日

"BACKPACKER KE BANDUNG"

See the source image 

Haryoto Kunto menulis bahawa, nama Bandung berasal dari perkataan Bandong. Ianya atas penemuan sebuah negeri kecil oleh seorang Mardijker yang bernama Julian de Silva. Manakalah pemilik kebun kopi terluas di daerah Bandong ketika itu, Dr. Andries de Wilde dijadikan cerita telah berkahwin dengan seorang anak gadis yang berasal dari Kampung Banong ( di daerah Dago Atas ).


KOTARAYA BANDUNG 

adalah sebuah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali dengan nama Parijs Van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam Bahasa Belanda. Disebabkan Kotaraya Bandung terletak di dataran tinggi, Bandung terkenal dengan iklim yang sederhana panas dan telah menyebabkan ianya satu destinasi pelancongan yang popular sehingga kini.

Bandung buakn sahaja terkenal dengan destinasi pelancongan malah ianya mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kotaraya yang penuh dengan bijak pandai di Indonesia.


Terdapat banyak lokasi menarik di bandaraya ini:


a). Gedung Sate

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Gedung Sate adalah sebuah bangunan dan bukannya berbentuk sate ataupun tempat menjual sate. Sebenarnya gedung ini adalah sebuah bangunan bersejarah yang masih kekal di Bandar Bandung. Nama bangunan ini diberikan berdasarkan bentuk ornamen bahagian sate yang juga melambangkan 6 juta Gulden yang digunakan bagi mendirikan gedung berwarna putih ini. Kini, dengan keindahan landskap, bentuk yang menarik serta persekitaran yang indah menjadikan lokasi Gedung Sate bagi tumpuan pelancong serta masyarakat di Bandar Bandung untuk beriadah, lepak, jogging serta mengambil gambar. 


b). Gunung Tangkuban Perahu

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Gunung berapi ini terletak dengan jarak 1 jam perjalanan dari Bandaraya Bandung. Sebaiknya jika hari pertama anda sampai di Bandar Bandung, seeloknya untuk datang terus ke Gunung Tangkuban Perahu ini. Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda akan dapati setiap kali turun dari pengangkutan sama ada kereta mahupun bas rombongan, anda akan didekati oleh rakyat di daerah ini dengan barangan jualan mereka. Cubalah elakkan dari awal-awal untuk membeli ataupun jika hendak juga membeli (untuk membantu mereka dengan niat) pastikan anda bijak tawar - menawar. Sepanjang saya berada di Negara Indonesia, saya merasakan lokasi pembelian sebaiknya di pasar-pasar ataupun di gedung membeli belah yang amat murah berbanding dengan kaedah jualan seumpama ini. Lagipun mereka akan terus mendesak pelanggan untuk membeli barangan mereka. Haruslah diingat. 

Di atas pergunungan anda akan melihat banyak deretan kedai serta akan terpandang bermacam-macam warna kuda yang terdapat di atas puncak gunung ini.

c). Sari Alter Hot Spring 

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kolam air panas ini adalah tarikan pengunjung di Kotaraya Bandung. Ianya adalah keindahan yang terpelihara dan semulajadi. Kejadian bentuk muka bumi di Bandar Bandung ini dengan suasana suhu yang sejuk melihatkan perbezaan ketara jika dibandingkan dengan Hot Spring yang ada di Malaysia. Lokasi Bandung yang sejuk dengan adanya Hot Spring memang mengujakan!!!


d). Vila Isola, UPI

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Vila Isola ini adalah dikaryakan oleh Prof. Walf Scheomaler dan ianya berkai rapat dengan zaman perang dunia yang berlaku di daerah Bandung. 

e). Balai Cerap Bosscha di Lembang

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Balai Cerap Bosscha di Lembang ini sinonim bagi pengemar ataupun sainstis untuk membuat cerapan bintang. Ianya terletak lebih kurang 15 km dari utara Bandar Bandung. 

f). Muzium Wangsit Mandala Siliwangi

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Muzium Wangsit Mandala Siliwangi adalah sebuah muzium ketenteraan yang terletak di Bandar Bandung, Jawa Barat. Manakala Siliwangi adalah merupakan nama komander daerah militar TNI-AD di Jawa Barat dan Banten yang sebenarnya berasal dari raja berketurunan dari Kerajaan Sunda yang berpusat di Pakuan Pajajaran yang amat berkuasa pada masa itu.


g). Situ Patengang

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Situ Pategang adalah lokasi tanah tinggi yang sinonim samanya dengan keadaan umpama di Malaysia - Genting Highland. Lokasi dengan keindahan teresan bentuk bukitnya yang kehijauan dengan tanaman teh. Selain itu, terdapatnya di kaki bukit tasik yang membolehkan pengunjung untuk menyewa bot, bermain kayak serta duduk rehat sekeliling tasik membuatkan pengunjung berasa tenang, aman serta santai sambil menghirup udara yang menyegarkan. Suhu di sini adalah amat sejuk berikutan ianya berada di atas pergunungan tanah tinggi. 


h). Muzium Geologi Bandung

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Muzium Geologi Bandung terkenal dengan koleksi fossil, mineral serta tempat penyimpanan barangan berharga yang ditemui di daerah Bandung.

i). Lembang, daerah beriklim sederhana di Bandung Utara

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

j). Pusat membeli-belah Dago, Cihampelas dan Cibaduyut

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Cibaduyut yang terkenal dengan barangan kulit adalah lokasi bagi pengemar mengumpul barangan berkualiti ini. Ianya adalah sinonim dengan mereka yang gemar sama ada pengumpul koleksi barangan kulit bagi wanita dan juga lelaki. Jenama terkenal selain barangan kasut serta sepatu adalah terkenal di sini. Lagipun di pintu masuk terdapatnya replika kasut yang menjadikan lokasi ini sebagai tarikan pelancong. Jarak dari Pusat Bandar Bandung ke kawasan ini tidaklah jauh hanya 30 minit perjalanan. 


k). Istana Plaza

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Istana Plaza adalah sebuah gedung membeli belah di antara terbesar di Bandaraya Bandung. Ianya terletak di lokasi strategik di Bandar Bandung. 


l). Kawah Putih Ciwidey Bandung

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kawah putih ini adalah suatu yang jarang dijumpai di dunia ini. Ianya sememangnya amat menarik!!!

Ianya terletak di kawasan tanah tinggi dan perjalanan menggunakan kenderaan dari Bandar Bandung lebih kurang 2 jam perjalanan. Jika anda pernah ke New Zealand, maka ianya tidak jauh beza. Kawah putih juga adalah hasil daripada sulphur yang ada di dalam tasik kawah putih ini. Kawah akan berasap dan pengunjung harus senantiasa berwaspada untuk mengelakkan dari senantiasa menyedut gas sulphur tersebut. 


j). Floating Market Bandung

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Floating Market Bandung - Lembang berbeza sedikit jika dibandingkan dengan yang kita lihat di Thailand. Jika di Thailand kebanyakan floating market terletak di pinggir-pinggir sungai tetapi di Bandung sebenarnya floating market mereka adalah berasal dari sebuah tasik buatan. Selain itu sepanjang tasik yang menempatkan pusat jualan di Floating Market ini juga terdapatnya taman haiwan yang membuatkan pengunjung terutama yang membawa kanak-kanak akan mengemari lokasi ini. Apa yang menarik di sini adalah, sebelum masuk ke kawasan Floating Market Lembang ini, semua pengunjung dikenakan untuk menukar mata wang Indonesia kepada bentuk syiling (syiling lama) perumpamaan pengunjung berada di suatu zaman yang lampau. Amat menarik sekali!!!


k). Makan Malam di Restoran Kampung Daun

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

 Restoran Kampung Daun juga terkenal di daerah Bandung. Restoran ini menyajikan makanan tradisional masyarakat Indonesia. Ramai pengunjung serta pelancong dari luar negara berkunjung dan menikmati makanan menu yang lazat di restoran ini. Pemandangan seumpama berada di kampung halaman dengan persekitaran yang menyejukkan terutama dengan hiasan tanaman pokok buluh, bunga - bungaan semulajadi serta keindahan untuk beriadah di air terjun mengamit kenangan untuk santai makan di restoran Kampung Daun ini.


l). The Valley -  Makan Malam

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

 Lokasi yang popular di Bandung untuk menikmati suasana makan malam yang disajikan dengan menu yang lazat adalah bertempat di The Valley. Lokasi yang strategik dengan pemandangan pergunungan yang menarik serta pemandangan di waktu senja untuk melihat matahari terbenam membuatkan ramai pengunjung untuk bersantai di restoran di atas puncak bukit ini. Restoran The Valley terkenal dengan sajikan menu Western. Harga pun berpatutan.

m). Pasar Baru Bandung

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pasar Baru Bandung memang terkenal di daerah Bandung. Ianya memang besar dan jika menjejakki ke sana pastikan diri anda tidak sesat. Pasar ini terkenal untuk membeli belah fabrik, kain serta souvenir kenang-kenangan berkungjung ke Bandar Bandung. Pasar Baru Bandung sebenarnya tidaklah jauh berbeza dengan pasar yang ada di Negeri Perlis, Malaysia. Ianya seperti Pasar di Padang Besar, Perlis. Perbezaan yang ketara adalah masyarakat nya adalah warga Indonesia serta mata wang yang digunakan. Harus diingat jika mengunjungi pasar ini pastikan anda bersama rakan dan bukannya bergerak berseorangan kerana pasar ini padat, dan jika keluar ataupun masuk sudah pasti ramai penjual akan cuba untuk mendekati anda dan juga memujuk untuk membeli barangan mereka. Jangan lupa juga pastikan barangan peribadi terutama dompet serta lain-lain berharga disimpan dengan elok.



n). Factory Outlet JI Riau

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Factory Outlet ini terkenal dengan barangan berkualiti dan ianya sinonim dengan FOS Malaysia. Selain itu, ianya adalah salah satu outlet termurah dengan kualiti barangan yang tiada tandingannya. Jika anda berkunjung ke sini, anda akan perhatikan kebanyakan pengunjung ataupun pelanggan adalah rakyat Malaysia. haha....memang masyarakat kita yang datang ke Bandar Bandung ni memang bawa duit ringgit yang banyak hanya untuk membeli belah di Factory Outlet Bandung.

o). Farm House Susu Lembang

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Senibina yang terdapat di lokasi yang menarik ini iaitu FarmHouse Susu Lembang seumpama yang berada di Eropah Bukit Tinggi di Negeri Pahang. Disebabkan ianya sinonim dengan keadaan dan kepelbagaian masyarakat di Negara Eropah, pengunjung yang datang ke sini bolehlah untuk menyewa dan mengenakan pakaian semacam anda berada di Eropah!!!

Suasana yang menarik ini seumpama pengunjung berada di Hobitton Movies Sets, New Zealand selain pengunjung boleh bergambar dan bersantai dengan haiwan ternakan di sini.

p). Glamping Rancabali

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Glamping Rancabali ini terkenal dengan keindahan yang memukau dan amat sejuk kerana suasana nyaman serta kehijauan alam semula jadi yang terpelihara. Jika ke sini, pengunjung boleh untuk menyewa basikal untuk berbasikal di lereng-lereng bukit, memancing, bermain rakit di tasik, memetik daun teh di lereng-lereng teres bukit, dan juga memetik buah strawberri yang ada di lokasi ini. 
q). Saung Angklung Udjo

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Saung Angklung Udjo adalah dari Suku Kaum Budaya Sunda yang terdapat di Daerah Bandung. Angklung sebenarnya adalah alat muzik bagi masyarakat suku kaum sunda dan alat ini diperbuat dari buluh. Jika berkunjung di sini, pengunjung akan disajikan dengan tarian, persembahan angklung serta wayang golek dan juga pengunjung dijemput untuk bermain angklung. 


r). Kopi Luwak Cikole

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Jika berkunjung ke Negara Indonesia, semestinya Kopi Luwak adalah tarikan utama bagi pengemar minuman kopi eksotik ini. Biji kopi ini dari sejarahnya adalah hasil dari seekor musang yang memakan buah kopi dan menghasilkan najis yang sinonim dengan hasilnya kopi setelah najis tersebut dibersihkan. Kopi ini sebenarnya telah diberikan sijil Halal dan mengikut proses pembersihan yang teliti serta diiktiraf. 


s). Trans Studio Bandung

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Trans Studio Bandung adalah taman tema yang terkenal di Bandung dan jika anda berkunjung ke sini anda akan senang untuk berjumpa dengan artis dari Indonesia. Kebanyakan artis Indonesia akan mengunjungi kawasan ini berikutan taman tema ini adalah lokasi strategik serta berada di dalam kawasan pusat membeli belah terkenal di Bandung iaitu "Bandung Supermall". Jika anda ingin untuk beriadah terutamanya ingin mencuba permainan dalam taman tema Trans Studio Bandung ini bayaran masuk dikenakan bagi setiap pengunjung adalah IDR 180,000.00.


t). Rumah Mode

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Rumah Mode adalah sesuai bagi pengunjung yang hobinya shopping. Rumah Mode adalah lokasi seperti Pasar Baru kerena di sini pengunjung akan mendapatkan barangan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Jangan khuatir, bawalah wang IDR yang mencukupi jika anda merancang untuk membeli belah barangan berjenama kerana lokasi inilah syurga membeli belah anda!!!

 
Jika Ke Bandung, Pengangkutan Tersedia :

Di dalam bandaraya Bandung, para penduduk Bandung biasanya menggunakan pengangkutan awam, biasanya angkor berbanding dengan menggunakan perkhidmatan teksi yang lebih tinggi kosnya. Selain itu juga, terdapat pengangkutan bas awam yang kebanyakannya berada di jalan-jalan besar dan juga bagi perjalanan yang jauh. 

Bandung mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa iaitu Lapangan Terbang Husein Sastranegara yang menghubungkan Bandung dengan bandar-bandar besar di Indonesia termasuklah Kuala Lumpur, Malaysia.

Selain itu, stesen keretapi juga disediakan dan perkhidmatan pengangkutan ini menghubungkan Bandung - jakarta (Gambir), Surabaya dan Semarang setiap hari.



Jika Ke Bandung jangan lupa untuk melihat keindahan semula jadi nya selain menikmati pemandangan hebat ini.

Terima kasih di atas pembacaan. Silalah berkunjung dan membaca artikel di dalam blog saya ini dan banyak lagi info menarik tentang kehidupan.
Hanya CLICK pada Link di bawah ini...>>>

CLICK LINK  










Jangan lupa untuk tinggalkan komen serta perkongsian ilmu tuan/puan di dalam blog saya. Tuan/puan juga boleh berkongsi dengan menghantar emails melalui : jackjillscute@gmail.com

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San 


 


0 件のコメント:

コメントを投稿