2018年10月3日水曜日

" 11 Cara Cepat Buang Angin Dalam Badan "








ANGIN DALAM BADAN

Angin adalah penyebab kebanyakan kesihatan seseorang terjejas tanpa mengira usia seseorang. Angin disifatkan berpunca daripada sendawa, kembung perut, mudah senak, usus, sakit kepala, sengal otot dan juga badan serta berkait rapat dengan keadaan perut seseorang memulas. Jika masalah angina pada seseorang tidak dapat dikawal, ataupun keadaan dibiarkan, masalah angin akan menjadi parah dan ianya boleh melarat kepada diri sendiri. Ini membuatkan anda rasa tidak selesa pada seluruh badan kerana ia berada dari hujung kaki hinggalah ke kepala seseorang.


Punca Angin Dalam Badan


# Pertama : Tidak Kawal Nafsu

Nafsu adalah tenaga kepada angina badan. Jika seseorang tidak mengawal nafsunya dengan baik, angin badan akan menyerang seluruh badan anda. Contohnya nafsu makan. Jika seseorang tidak mengawal nafsu makan dengan baik, angin dalam badan akan terus mempengaruhi seseorang untuk makan dengan gaya yang tidak sihat. Dengan mengamalkan pengawalan nafsu yang baik dengan kaedah berpuasa ianya akan mendidik seseorang untuk mengurangkan perbuatan keji/jahat.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


# Kedua : Keadaan Hidup Tertekan

Perasaan tertekan akan menyebabkan angin badan wujud di dalam badan. Apabila seseorang berasa tertekan, mereka akan lebih banyak berfikir. Berfikir tanpa tindakan akan menyebabkan seseorang mudah mengalami sakit pada badan yang berpunca dari angin badan. Dengan menghapuskan perasaan tertekan dengan mengamalkan senantiasa melakukan sesuatu. Buatlah sesuatu pergerakan, pekerjaan ataupun sentiasa tersenyum untuk menyelesaikan ataupun mengurangkan tekanan. Jika merasakan duit kita semakin berkurangan, maka segeralah untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh menghasilakan duit kerana pekerjaan itulah yang akan memberikan kita duit. Jangan cuba menekan diri ataupun memberi tekanan kepada diri kerana punca sebenar adalah diri sendiri.

 
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/




# Ketiga : Sikap Negatif

Pemikiran negatif adalah punca sebenar dan boleh menyebabkan punca utama kepada berlakunya angin badan. Pemikiran negatif sebagai contoh selalu memikirkan diri tidak mampu melakukan, mudah buruk sangka, selalu memikirkan keburukan dan kejahatan, tidak yakin kepada diri sendiri dan selalu menyalahkan orang lain dan akhirnya cuba lari dari masalah. Jadi, kita harus sentiasa positifkan diri sendiri agar masalah angin badan akan tidak menghampiri kita.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

# Keempat : Gangguan Makhluk Halus

Hasutan makhluk halus seperti jin dan syaitan akan menyebabkan seseorang mengalami serangan angin pada badan. Serangan dari makhluk halus biasanya akan berterusan dan akan menyebabkan seseorang mengalami masalah tekanan disebabkan oleh serangan angin pada badan dalam tempoh 24 jam.

Kuatkan semangat, senantiasa ingat Tuhan, mendisiplinkan diri untuk kawal nafsu dan dekatkan diri dan dapatkan bantuan dari ustaz yang lebih arif dengan makhluk halus untuk memutuskan hubungan mistik dengan diri sendiri.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


# Kelima : Ego Diri Sendiri

Sikap ego dan suka meninggi diri adalah salah satu punca seseorang dihampiri penyakit. Sikap ini akan menghukum diri sendiri. Hukuman kepada seseorang yang mempunyai sikap sebegini adalah datangnya penyakit angina badan. Antara sikap ego adalah suka menggunakan kuasa yang berlebih-lebih, memarahi orang, suka melabel orang lain, menyeksa diri sendiri untuk kepentingan peribadi serta tidak puas dengan apa yang ada dan menyebabkan diri tertekan kerana inginkan kelebihan dari orang lain.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Angin Dalam Badan Akan Menyebabkan

1). Insomnia (masalah tidur seseorang penghidap), mata bengkak serta mata gelap

2). Masalah sistem pencernaan – kembung perut serta sembelit

3). Masalah sendi – lenguh-lenguh badan

4). Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, bau badan

5). Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan mudah cepat cemas

6). Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah

7). Terasa senak perut, tidak lalu makan dan mual

8). Seluruh badan, mata dan kepala rasa menyucuk-nyucuk

9). Toksin dalam badan membuatkan seseorang cepat rasa letih, lesu dan mengantuk

10). Kelihatan terganggu – akibat cahaya terang, lampu, bacaan serta cahaya tv

11). Tiada selera makan, mual serta terasa senak perut.



Cara Cegah Angin Dalam Badan

1). Kurangkan minum minuman berkafein (Kopi atau teh)

2). Kurangkan minum minuman beralkohol

3). Banyakkan makan makanan yang berserat tinggi dan makanan mudah dihadam

4). Elak memakan sayur yang berwarna putih (bunga kobis, taugeh, baby corn)

5). Kurangkan makanan yang tinggi lemak

6). Buang air setiap hari dan jangan ditangguh

7). Amalkan senaman setiap hari

8). Kurangkan makan buah-buahan (nangka, cempedak, sengkuang dan makanan yang sejuk)

9). Makan secara perlahan

10). Amalkan minum banyak air kosong (dewasa 2 – 3 liter/hari, remaja 2 ½ liter/hari)

11). Amalkan bekam, bertungku ataupun sekali  sekala pergilah urut badan

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Semoga tips kesihatan diri ini bermanfaat kepada semua. Silalah kongsikan artikel ini kepada teman serta keluarga. Diharap pembaca dapat berkongsikan tips kesihatan yang lain serta memberikan sebarang komen di blog saya ini. Emailskan sebarang idea, perkongsian di emails : jackjillscute@gmail.com





Terima kasih.


Artikel kesihatan lain juga boleh diperolehi di blog ini. Silalah berkunjung dan baca sedikit tips untuk memelihara kesihatan kita.
Hanya click pada link di bawah ini >>> 


CLICK LINK










@ Jackie San


0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<