PAGES

2018年10月7日日曜日

" 3 KEDAI KEK LAPIS SARAWAK YANG ORI PASTI SEDAP "




See the source image
Siapa tak kenal kalau berkunjung ke Sarawak mesti dalam plan ataupun catitan ingin membawa pulang sama ada ke Semenanjung, Sabah, Labuan ataupun luar negara Kek Lapis Sarawak. Apa yang pasti Kek Lapis Sarawak menjadi pujaan serta keenakkan yang tiada tandingan.

“Kek Lapis Sarawak” adalah satu resepi yang menjadi trademark untuk masyarakat di Sarawak lebih-lebih lagi jika hendak menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kepelbagaian kaum yang ada di Sarawak iaitu lebih kurang 52 suku kaum telah menjadikan budaya untuk menyambut perayaan yang pelbagai ini telah menjadikan sajian utama mereka adalah dengan “Kek Lapis Sarawak”. Tidak Percaya ??? Tanyalah sama ada rakan ada berbangsa Cina, Iban, Bidayuh, Selipar, Penan, Kayan, Lun Bawang, Kenyah, Melanau dan lain-lain pasti akan menyajikan kek lapis sebagai di antara menu ataupun hidangan sempena perayaan yang disambut mereka.

Ianya menjadikan tradisi sajian “Kek Lapis Sarawak” sejak turun temurun popular sehingga kini. Bahkan masyarakat Sarawak yang hidup aman damai tidak mengira agama, bangsa serta adat menjadikan kehidupan seharian di Sarawak Terkenal di Seluruh Dunia. Maka, “Berbanggalah Anda Anak Jati Sarawak”.

Jika berkunjung ke Bandaraya Kuching, Sarawak, jangan lupa untuk mengunjungi lokasi kek lapis. Saya senaraikan beberapa kedai Kek Lapis Sarawak yang popular Pasti SEDAP!!!.




Senarai Kedai Kek Lapis Sarawak Popular 



a). Kek Lapis Zaharah

>> Kedai Kek Lapis Zaharah adalah di antara kedai kek lapis yang popular di Bandaraya Kuching kini. Ianya terletak di Bandaraya Kuching berdekatan dengan Pasar Kubah Ria. Lokasi yang strategic ini menjadikan ianya popular sehingga kini.

>> Saya turut menjadikan hidangan dari Kek Lapis Zaharah sebagai hidangan utama dan sering menempah kek lapis darinya setiap kali perayaan Aidilfitri. Harga yang berpatutan, kek lapis yang sedap, penggunaan butter serta jenis kek yang memang menarik menjadikan lebih kurang 5 tahun keluarga saya tetap untuk menempah kek di kedai ini.

>> Di antara kek lapis yang senantiasa menjadi tumpuan dan panas tempahannya di kedai kek lapis ini adalah :-


i)                Kek Lapis Angkasawan



ii)            Kek Lapis Idola

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



iii)         Kek Lapis Oreo

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


iv)         Kek Lapis Marble Cheese

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


v)            Kek Lapis Lumut

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



vi)            Kek Lapis Sisik Ikan


See the source image
https://www.jacknjillcute.blogspot.com/



b). Mira Cake House

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

>> Kedai Kek Lapis Mira Cake House kini popular di Bandaraya Kuching. Lokasi yang strategik, pemandangan yang menarik menjadikannya begitu sinonim dengan budaya masyarakat Kuching yang cintakan Kek Lapis Sarawak.

>> Hanya menyeberangi Sungai Sarawak melalui Waterfront Kuching menggunakan perahu – Tambang RM 0.50/orang, pemandu perahu akan membawa penumpang terus menuju ke pengkalan Kampung Boyan, Kuching.

>> Hanya meneruskan perjalanan di samping jika berkunjung ke Kedai Kek Lapis Mira Cake House waktu malam, anda akan lihat pemandangan Sungai Sarawak yang menarik di samping pancaran lampu sepanjang Sungai serta Waterfront. Pasti menyebabkan anda kagum keindahan Bandaraya Kuching. Berjalanlah tidak sampai 5 minit akan kelihatan Kedai Mira Cake House yang tersergam indah “berwarna putih merah”. Amat exclusive.!!!

>> Kini Kedai Mira Cake House telah membuka sebuah cawangan yang strategik iaitu berhadapan dengan Pasar Kubah Ria, Kuching. Pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan souvenir di Pasar Kubah Ria, Ikan Terubok Masin, Buah Tangan Dari Sarawak malah turut boleh membawa pulang Kek Lapis Mira Cake House.

>> Amat Mudah!!! Di antara kek lapis Mira Cake House yang popular adalah :



i). Kek Lumut

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



ii) Kek Awan Nano

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



iii). Kek Lapis Blue Berry

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


iv). Kek Idola

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



c). Kek Lapis Dayang Salhah

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

>> Kedai Kek Lapis Dayang Salhah adalah salah satu kedai kek lapis yang sudah lama dan jika pengunjung masih ingat, kek lapis Dayang Salhah inilah yang pertama menempah nama ke Seluruh Dunia.

>> Lokasi kedai Kek Lapis ini adalah berdekatan dengan Kedai Mira Cake House iaitu pengunjung hanya perlu menyeberangi Sungai Sarawak dari Waterfront Kuching menggunakan perahu – Tambang RM 0.50/orang. Dengan pemandangan yang menarik sepanjang sungai, anda akan melihat bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak serta sebuah Jambatan yang tersergam indah melalui Sungai tersebut.

>> Hanya perlu melepasi Kedai Mira Cake House, jalan ke hadapan dalam 10 minit melepasi gerai makan “terdapatnya deretan penjual ikan terubok” – anda akan dapat melihat tanda nama Kedai Kek Lapis Dayang Salhah di Sebelah Kiri jalan dan berdekatan dengan Masjid sebelum selekok ke kiri jalan. Amat Mudah!!!.

>> Malah Kek Lapis Dayang Salhah mempunyai cawangan kedai kek lapis di Luar Negara sehingga kini.

>> Pembuatan kek lapis ini secara asli dan telah menempah nama bukan sahaja di Bandaraya Kuching, tetapi cukup terkenal namanya di Negara Brunei, Indonesia malah di Kota London.

>> Di antara jenis kek lapis Dayang Salhah adalah seperti:

i). Kek Lumut


ii). Kek Holiday Inn

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
iii). Kek Lapis Oreo

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
iv). Kek Rolls

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
v). dlll


Alhamdulillah, inilah beberapa contoh lokasi menarik pengunjung yang ingin membawa pulang kek lapis dari Sarawak untuk buah tangan kepada keluarga, teman serta sahabat handai.

Sebelum membeli, cubalah dulu merasai keenakkan kek lapis yang tersedia untuk dicuba.

Dengan harga yang berpatutan yang membolehkan semua pengunjung tidak rugi untuk membelinya.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan pengalaman menarik tuan/puan ke Bandaraya Kuching, Sarawak.

Negeri Sarawak Tiada Bandingannya!!!

Terima kasih!




See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Sekiranya berkunjung ke Negeri Sarawak terutamanya Bandaraya Kuching, jangan lupa untuk menerokai serta melawati beberapa lokasi menarik yang lain. 

Selain itu, jika ingin mendapatkan perkhidmatan pengangkutan juga anda boleh menghubungi saya melalui emails: jackjillscute@gmail.com ataupun letakkan komen tuan/puan pada ruangan yang disediakan.
Untuk mendapatkan info lokasi ini, silalah berkunjung ke blog saya menerusi link yang telah disediakan ini.


CLICK PAUTAN INI >>>







@ Jackie San




0 件のコメント:

コメントを投稿