PAGES

2018年12月9日日曜日

4 Cara mudah membentuk badan sasa dan tegap

Bentuk Tubuh Badan Lelaki



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


a). Bahagian Perut

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tidak dinafikan, ada orang yang suka bahagian perut lelaki tidak kira sama ada lelaki itu mempunyai perut rata, kempis ataupun besar semacam mengandung (perut buncit)!!! Ianya sebenarnya bergantung kepada kehendak seseorang pemerhati kerana manusia ni tidak semuanya sama dan mempunyai macam-macam ragam haha...

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menurut seorang pakar terapi seks dari bahan bacaan (Dr Ava Cadell, seseorang yang menyukai bahagian tengah tubuh lelaki ini melambangkan seorang yang ingin menguasai si lelaki. Mereka juga seorang yang suka dan inginkan diri mereka menjadi fokus utama si dia. Pendek kata, mereka ingin diri mereka dianggap segala-galanya bagi lelaki itu!...Keburukannya, sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak teragak-agak untuk berpaling tadah dan meninggalkan lelaki itu. 


b). Bahagian Bibir

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bibir lelaki juga mempunyai tarikan tersendiri bagi seseorang perempuan. Menurut pakar, hanya menerusi bibir, personaliti lelaki itu juga boleh diketahui. Misalnya sekiranya bibir di bahagian bawah agak menonjol sedikit, ia memberikan gambaran bahawa lelaki itu seorang yang sensitif dan prihatin terhadap perasaan orang sekeliling mereka. Namun secara amnya, bagi seorang perempuan yang menyukai bibir seseorang lelaki melambangkan bahawa dia mementingkan komunikasi di dalam perhubungan. Tiap apa juga yang berlaku, mereka lebih suka berterus terang. Jejaka yang mampu menarik minat mereka sudah tentunya lelaki yang senantiasa mencuba untuk memahami mereka.


c). Bahagian Bahu dan Lengan

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bahagian bahu dan lengan adalah antara bahagian yang paling diminati oleh golongan seseorang wanita itu apabila melihat susuk tubuh seseorang jejaka. Menurut pakar dari bahan bacaan saya, bahu yang lebar dan tegap adalah sama tarikan dengan saiz payu dara seseorang perempuan. Seperti juga bahagian dada, bagi perempuan, bahagian bahu memberikan perasaan selamat kepada seorang perempuan bila tangan tegap dan kukuh itu melingkari tubuh mereka.


d). Bahagian Punggung Lelaki

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bahagian punggung yang pejal dan cantik menjadi perhatian perempuan terhadap lelaki. Malah ada yang mendakwa kononnya, sekacak manapun lelaki itu jika tidak mempunyai punggung yang cantik seolah-olah akan hilang sedikit kekacakan mereka. Apapun, perempuan yang meminati bahagian penuh kontroversi ini seorang yang senantiasa ceria dan inginkan perhubungan yang penuh dengan keseronokan biarpun perhubungan itu mungkin tidak berpanjangan. Selain tiu, mereka juga seorang yang lebih terbuka dan sukakan sesuatu yang mencabar.


e). Bahagian Tangan yang Sasa

Tidak dinafikan tangan yang kasar dan juga sasa itu mempunyai tarikan yang tersendiri. Bagi seseorang perempuan yang meminati bahagian tangan lelaki, bermakna mereka itu meminati lelaki yang boleh diharapkan dan mereka suka bergantung kepada lelaki itu di dalam hidup mereka nanti.


f). Bahagian Dada

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Rata-rata perempuan sukakan dada lelaki yang bidang itu...Ada yang menggemari lelaki dada berbulu dan ada yang sebaliknya. Terpulanglah kepada diri individu itu sendiri. Apakah sikap seseorang yang menyukai bahagian tubuh ini? Mereka dikatakan seorang yang manja dan mengharapkan lelaki yang mendampingi mereka itu boleh bertindak sebagai pelindung kepada yang boleh membuatkan diri mereka rasa selamat bila berada di sisinya. Menurut pakar, perempuan yang menyukai bahagian ini lebih mementingkan kestabilan hidup berbanding dengan seks bila berkahwin nanti. Sekiranya mereka tertarik kepada jejaka yang berbulu dada, bermakna mereka inginkan lelaki yang bersifat kejantanan dan sekiranya dada tanpa bulu, mereka lebih sukakan lelaki bersifat agak keanak-anakan.


g). Bahagian Peha

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sama seperti seorang lelaki, perempuan juga memuja lelaki yang bertubuh cantik. Jadi sudah tentu mereka yang berpotongan V, menjadi pilihan!!!
Mereka yang menggemari bahagian peha lelaki yang pejal melambangkan bahawa mereka itu sukakan kehidupan yang mencabar dan gemar berkongsi aktiviti mencabar dengan si dia. Dalam hal ini kebarangkalian anda juga sukakan kejutan di dalam kehidupan sendiri.


Nah....
Selepas kita tahu bahagian tubuh badan diri lelaki yang boleh memukau si mata pemandang, mari pula kita aktifkan dan praktikkan gaya hidup sihat bagaimana membetuk badan yang secantik itu.

Dikongsikan sedikit tips membentuk bahagian tubuh kita agar senantiasa cantik, sihat serta mengagumkan!!!


a).Gym Training

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Cara ini antara latihan yang paling sukar. Di samping mengeluarkan duit yang banyak, kita harus juga melatih badan dengan pelbagai alat berat yang pastinya membuatkan badan kita menjadi seperti badan seorang atlet.


b).Push Up Training

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selain Sit Up, lakukan juga push up setiap hari di rumah dan minimum 20 kali sehari untuk melatih otot lengan dan juga otot perut.


c).Sit Up Training

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Cara ini agak mudah kerana kita hanya perlu melakukan latihan sit up setiap hari. Minimum 20 kali sehari akan membantu melatih otot perut dan membentuk perut menjadi six pax dengan cepat.


d).Minum Susu atau Supplement Yang Betul

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Rajin-rajinlah mengamalkan pengambilan meminum susu setiap hari, minimumkan pengambilan susu 2 kali sehari. Namun untuk membantu kita mendapatkan badan seperti atlet dan tentunya six pack, anda perlu kerap mengambil susu dan juga protein supaya badan terbentuk dengan lebih mantap. 

Teknik dan kaedah yang dikongsikan di atas adalah kaedah mudah dan cara sederhana untuk membentuk badan anda supaya lebih tegap dan menghilangkan lemak berlebihan dengan cepat tanpa memudaratkan!!!

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Artikel lain dalam membentuk tubuh badan yang menarik boleh dibaca di dalam blog saya ini. Hanya dengan 
CLICK LINK di bawah ini...>>>>

CLICK LINK 





@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿