2018年12月3日月曜日

5 Tips Cara Penjagaan Gigi Dengan Betul

Apa Itu Gigi ?

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sekurang-kurangnya ada di antara kita pening memikirkan bagaimana untuk menjaga dan mencantikkan gigi. Gigi adalah faktor utama membuahkan suatu senyuman serta keindahan terhasil bila bersemuka dengan seseorang.

Secara umumnya, fungsi gigi kita selain bertujuan alat untuk memproses mencerna makanan, berkomunikasi, faktor kecantikkan wajah seseorang mahupun riak wajah terhasil dari sebuah senyuman. Namun adakah kita tahu apakah kegunaan gigi susu?

Semuanya milik Tuhan. Tuhanlah yang telah menganugerahkan seseorang dengan adanya gigi. Tanpa gigi maka, kuranglah kegembiraan yang terukir di wajah seseorang. 

Ok!!!


Apa itu Gigi Susu?
Gigi susu adalah gigi terpenting sebagai penunjuk jalan gigi tetap yang mana gigi ini akan tumbuh di atas gigi asal ataupun gigi permanent. Jika disedari gigi nampak tersusun rapi bukan dan ianya akan tumbuh dengan tersusun cantik melalui peringkat pertumbuhan terancang. Susunan yang terancang bermula dengan tumbuhnya gigi susu, gigi tetap, gigi geraham susu dan seterusnya gigi geraham susu akan digantikan dengan gigi geraham besar tetap buat pertama kalinya. Untuk itu, semua gigi yang tumbuh mempunyai lokasi tersusun dengan semulajadinya.


Penjagaan Gigi ?
Dari berbagai hasil penelitian menunjukkan bahawa seseorang yang kurang memperhatikan ataupun menjaga kesihatan gigi boleh menyebabkan mereka lebih mudah diserang penyakit yang serius. Gigi adalah merupakan salah satu bahagian yang sangat penting pada tubuh seseorang manusia. Jika gigi seseorang itu mempunyai masalah maka, ia merumitkan kehidupan seharian seseorang pengidap.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Pengabaian penjagaan gigi membolehkan mulut seseorang menjadi sarang kuman di dalam rongga mulut dan akhirnya boleh merosakkan gigi. Kerosakan dari kuman mulut seperti akan berlakunya karies gigi dan peradangan yang awal dari sisa-sisa makanan yang seseorang itu makan akibat daripada membiarkan ianya tersangkut di gigi, tidak mencuci mulut dengan bersih. Selain itu, bakteria mulut akan terhasil jika sisa makanan yang masih tertinggal di dalam mulut dan tersangkut di gigi yang dibiarkan lama tanpa membersih. Bakteria ini akhirnya akan menyebabkan infeksi pada jaringan gusi sehingga masuk ke dalam badan seseorang dan boleh menyebabkan keradangan pada bahagian tubuh- ginjal, sendi, sakit kepala yang berpanjangan dan pada organ tubuh badan yang lain.


TIPS - Penjagaan Gigi ?


1 # STEP : Gosok Gigi Dengan Teknik Yang Betul

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Adalah penting untuk menggosok gigi dengan cara yang betul iaitu pastikan berus gigi dapat mencapai setiap permukaan gigi seterusnya dapat membersihkan gigi daripada plak (tempat berkumpulnya bakteria). Frekuensi menggosok gigi pula adalah sekurang-kurangnya 2 kali seheri, terutama selepas bangun tidur dan sebelum tidur pada waktu malam. Adalah disarankan agar setiap kali lepas makan untuk terus mencuci gigi. Disarankan untuk menggunakan dental floss sehari sekali bagi membersihkan celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi. (Pastikan anda tahu cara menggunakan dental floss dengan betul). Antara tips penting mengelakkan mulut berbau adalah dengan memberus permukaan lidah dengan berus gigi yang sama tapi tanpa ubat gigi.


2 # STEP : Mengamalkan Makan Sayur Dan Buah-Buahan

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Buah-buahan seperti oren, anggur, strawberry, betik dan sayuran seperti bayam, kobis dan tomato adalah sangat kaya dengan Vitamin C. Vitamin C bukan sahaja bertindak sebagai antioksidan dan mencantikkan kulit malah ianya membantu memelihara kesihatan gusi supaya sihat dan boleh memegang gigi dengan baik. Ada orang tidak suka makan buah-buahan dan juga sayur-sayurang. Jangan risau, dewasa ini terdapatnya Vitamin C dalam bentuk suplemen yang boleh diambil setiap hari untuk keperluan kita.  



3 # STEP : Berjumpa Doktor Gigi 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

 
Disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya kita tahu bagaimana keadaan gigi kita, sebab dan rawatan yang sewajarnya untuk mendapatkan kesihatan gigi yang optima. Sebagai contoh, plak yang terkumpul semakin lama akan menjadi karang gigi yang keras dan hanya boleh dibersihkan denan rawatan 'scaling' atau pencuci gigi. Jika tidak, karang gigi akan menyumbang kepada pembentukan penyakit gusi dan berkemungkinan menyebabkan gigi terpaksa dicabut.



4 # STEP : Berhentilah Merokok

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Merokok adalah faktor penyumbang kepada gigi berkarat, nafas dan pakaian kita terlekat bau rokok, mengurangkan respon terhadap rawatan gigi, malah penybab kanset mulut. Jadi jika anda seorang perokok tegar, maka berusahalah untuk berhenti ataupun kurangkan pengambilan rokok dari sekarang. Kerana mencegah lebih bagi dari mengubati!!!


5 # STEP : Katakan Tidak Pada Minuman Berkarbonat

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Minuman berkarbonat diketahui umum tidak baik untuk kesihatan dan buah pinggang kita. Tahukah anda bahawa ianya juga boleh menghabis permukaan gigi dan menjadi penyebab gigi sensitif? 



Inilah tadi beberapa tips penjagaan gigi kita. Diharap ianya memberikan manfaat kepada semua.
Di blog ini juga dikongsikan tips artikel penjagaan kesihatan yang lain. Bacalah agar ianya berguna kepada semua.
Hanya Dengan...


CLICK Pautan Di Bawah Ini >>>










@ Jackie San



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<