2018年12月6日木曜日

8 Cara mudah merawat resdung

Resdung ?


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Resdung dikenali sebagai sinusitis atau jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada sinus yang menunjukkan gejala atau sesuatu tanda. Tanda dan gejala yang biasa terdiri dari lendir tebal dalam hidung, menyebabkan hidung tersumbat dan sakit pada bahagian muka. 

Tanda dan gejala lain akibat dari kehadiran resdung adalah seperti demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan juga batuk. Batuk sering lebih teruk keadaannya pada waktu malam. Komplikasi yang serius jarang berlaku. Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu.

Resdung ("Sinusitis") boleh berpunca daripada jangkitan, alahan, pencemaran udara atau disebabkan masalah struktur dalam hidung seseorang. Dalam kebanyakan kes, ia adalah berpunca dari jangkitan virus. Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejalan bertahan lebih dariapda sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi bertambah baik. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, cystic fibrosis, dan fungsi imun yang lemah. X-ray biasanya tidak diperlukan melainkan sekiranya komplikasi disyaki. Dalam kes-kes kronik, ujian pengesahan adalah disyorkan sama ada melalui visualisasi langsung atau tomografi berkomputer. 


Gejala Penyakit Resdung (Sinusitis)

a). Hidung selalu tersumbat
b). Lender dari hidung dan juga tekak
c). Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
d). Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
e). Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
f). Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Petua Hilangkan Resdung

a). Hidrasi
Minum banyak air kosong/mineral tanpa diberi gula. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar dengan cara mengencerkannya. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan elakkan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


b). Memampatkan Muka Dengan Air Panas
Anda boleh mencuba dengan memampatkan bahagian pipi dengan air panas.

  1. Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat
  2. Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya.
  3. Letakkan tuala untuk menutupi wajah anda.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

c). Menyedut Wap Air Panas
Petua hilangkan resdung pertama ialah dengan menghirup wap air panas.
  1. Pertama, panaskan air sebanyak satu bekas, lalu campurkan dengan air garam.
  2. Matikan api selepas air bergelojak
  3. Letakkan kepala pada 30 cm di atas air, lalu hidup wap panas sambil rileks.
  4. Bila ingin lebih berkesan, anda boleh menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas hingga terkumpul.
  5. Hirup selam 15 minit. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung reda.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


d). Gunakan Daun Lidah Buaya
Mungkin sepanjang ini kita hanya mengetahui bahawa khasiat getah ataupun daun lidah buaya untuk merawat rambut sahaja. Namun faktanya, lidah buaya boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ianya kaya dengan sifat semulajadi antiseptiknya. Cara menggunakan lidah buaya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara teratur/konsisten.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

e). Gunakan Daun Pandan dan Limau Nipis

https://www.jacknjillcute.blogspot.com/

Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya adalah dengan menggunakan campuran limau nipis dan juga daun pandan.

  • Siapkan 8 biji buah limau nipis dan 10 helai daun pandan.
  • Hiriskan halus-halus daun pandan.
  • Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, tapiskan ia untuk memisahkan bijinya.
  • Campurkan air perahan limau tadi dengan daun pandan
  • Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan.
  • Tapiskan sampai tertinggal air saja.
  • Basuh atau cuci muka terlebih dahulu
  • Basuhkan air campuran tadi ke wajah anda, cuba elakkan terkena mata ataupun bibir.
  • Tunggu wajah anda kering dan teruslah lagi menyapukannya.
  • Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang terbaik.
  • Selepas berakhir, cuci wajah anda dengan air biasa.

Kaedah ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Anda harus tahan sebab berkesan pedih yang maksimum namun ianya terkawal bagi seseorang dewasa. Juga ada kesan berbeza pada setiap individu yang mengamalkannya dan keadaan bergantung tahap penyakit resdung seseorang. Jika terdapat kesan sampingan, segeralah berjumpa doktor anda.



f). Gunakan Kunyit Atau Halia
Rempah ini biasa dijumpai di Negara India dan beberapa negara di Timur Tengah. Buah kunyit terkandung tinggi sifat anti-inflamasi semulajadi dan anti-oksidannya. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah boleh melegakan sakit perut.

https://www.jackjillscute.blogspot.com/

g). Cuka Epal dan Madu
Petua menghilangkan resdung semulajadi selanjutnya adalah menggunakan cuka epal dan juga madu semulajadi.

  • Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh.
  • Tambahkan limau dan juga madu lebah secukupnya, lalu minumlah campuran ini bagi tiga kali sehari.

https://www.jackjillscute.blogspot.com/


h). Neti Pot
Neti Pot mirip dengan teko kecil yang biasa dipakai untuk minum teh. Yang berbeza adalah pada hujung corongnya berukuran lebih kecil lubangnya, sebab neti pot memang dibuat khusus untuk mengubati masalah pada hidung seperti sinus. Biasanya menggunakan larutan garam.

  • Siapkan neti pot.
  • Ambil dua gelas air hangat, lalu masukkan satu sudu teh garam, aduk.
  • Campurka air garam anda masukkan ke dalam neti pot.
  • Letakkan hujung muncung neti pot pada satu lubang hidung.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Petua hilangkan penyakit resdung tradisional ini boleh anda cuba salah satunya. Selain itu, banyak lagi petua lain yang boleh dicuba dan juga usahalah untuk mendapatkan pendapat orang lain yang pernah mengalami, mengubati mungkin anda boleh mendapat maklumat terbaik. Jangan kita abaikan masalah penyakit resdung, sebab ada komplikasi pada penyakit resdung akut seperti asma berulang, terjadinya resdung kronik atau jangka pajang, jangkitan akan merebak ke dinding otak yang akhirnya boleh menyebabkan meningitis, merosakkan organ penglihatan kita, serta boleh menyebabkan berlaku jangkitan pada telinga.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Selain dari Petua Terhadap Penyakit Resdung, terdapat artikel lain berkaitan penjagaan, menanggani serta mengubati penyakit lain dikongsikan dalam blog saya ini. Anda boleh melayari, membaca serta kongsikan kepada kawan-kawan anda dengan hanya KLIK Pautan di Bawah ini.


CLICK LINK >>>>>











@ Jackie San


0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<