2019年2月15日金曜日

10 Cara Mudah Tingkatkan Tenaga Batin Tradisional

Tingkatkan Tenaga Batin Mudah Kaedah Tradisional


Terdapat berbagai amalan bagi menjaga kesihatan tenaga batin terbaik untuk diamalkan oleh lelaki terutamanya yang yang berkeinginan untuk berumahtangga. Antara amalan yang boleh dipraktikkan dikongsikan di sini dan Insya Allah membantu meningkatkan prestasi serta Gah Kelakian Pasti Terserlah! Bagi lelaki yang normal ada dua masalah yang mungkin terjadi apabila jimak iaitu :

a). Pancutan air mani sebelum masanya atau Ejakulasi Pramatang. Gejala terjadi dari rasa sensitif yang melebihi normal pada saraf-saraf kelamin atau nafsu jimak yang tinggi dan tidak mampu mengawalnya. Rasa ngilu yang berlebihan itu terjadi apabila lelaki banyak makan makanan sejuk.

b). Zakar tidak cukup ketegangannya atau Disfungsi Erektil akibat tidak menjaga makan, tidak berpantang dan tidak melakukan senaman. Zakar yang lembik mungkin tidak dapat menusuk ke faraj, tidak mampu untuk memuaskan isteri dan mungkin akan memanuctkan air mani sebelum tiba masanya.

Nafsu jimak yang tinggi terjadi bila terlalu banyak makan makanan yang panas. Cara paling baik untuk mengatasi dua ekstrem ini ialah dengan latihan fizikal dan jika di Barat menerusi konsultasi psikologi. Ini bermakna, lelaki teruna bukanlah semestinya tahan dalam jimak malah kemungkinan berlakunya pancutan mani sebelum masa adalah lebih besar.

Ini mungkin timbul dari dua faktor penting bagi terunan iaitu rasa ghairah yang tinggi yang sukar dikawal kerana 'barang yang haram menjadi halal' dan juga kerana kurang pengahuuan yang mengakibatkan sukar bagi menyesuaikan tempo jimak, rangsangan jimak, posisi jimak, masa jimak serta kawalan psikologi untuk mendatangkan hasil yang dihajatkan.

Gejala zakar lembik mungkin terjadi pada semua peringkat umur. Ia paling mudah terjadi di kalangan lelaki yang suka memakan makanan sejuk dan berat badan melebihi normal. Bagi lelaki lain ia mungkin bersebab dari kurang senaman dan cara tidur malam yang tidak betul. Kes yang lebih gawat dari itu ialah tulang belakang yang terhentak atau saraf tunjang yang tersekat, menyebabkan saraf penegangan zakar tidak berfungsi penuh.

Aspek-aspek psikologi sebagai ubat tidak dibincangkan secara amat terperinci di Timur, tidak seperti di Barat. Kaedah rawatan di Timur lebih banyak menekankan aspek fizikal. Aspek psikologi banyak dibincangkan di Barat mungkin kerana di sana ramai manusia mengalami tekanan jiwa kehidupan metropolitan dan rasa marah atau benci atau cemburu kepada pasangan kerap berlaku kerana gejalan kebebasan seks.

Di Timur pada masa dahulu, perkara ini jarang berlaku. Namun satu perkara perlu diingat iaitu 'Percaya bahawa anda boleh menjayakannya maka anda boleh melakukannya dengan izin Allah'. Keyakinan dapat mengubati kelemahan yang ada. Di samping usaha-usaha fizikal yang dicatatkan maka paling baik agar berdoa kepada Allah agar dikurniakan kekuatan dan ketahanan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Dikongsikan di sini 10 cara mudah bagi menjaga kesihatan tenaga batin. 

1). Cara Tidur
Semasa mahu tidur, duduk di atas kedua telapak kaki (seperti duduk antara dua sujud) dan dengan perlahan cuba rebahkan badan lurus ke belakang. Kemudian dari posisi itu, cuba bangun semula dengan perlahan tanpa pertolongan tangan. Kemudian baringlah. Sambil meletakkan kedua tangan hampir dengan mulut, baca Surah Al-Fatihan, Surah An-Nas, Surah Al-Falaq dan Surah Ikhlas kemudian sapu dengan tapak tangan itu anggota badan yang tercapai oleh tangan selain dari kemaluan hadapan serta belakang.

Ketika tidur, adalah lebih baik memakai kain sarung dan tidak memakai celana dalam (seluar dalam). Ini adalah bagi membolehkan darah mengalir dengan lancar di sekitar zakar serta pinggang semasa tidur. Tidurlah dengan mengiring di atas lambung kanan kerana ia mempunyai faedah kesihatan.


2). Cara Makan
Tenaga berkurangan dan tidak bertambah tetapi ada cara bagi membangkitkan semula tenaga dan melambatkan proses berkurangnya tenaga. Menurut orang Melayu lama, mula-mula makan sebuku kecil garam, ia dapat menghindarkan berbagai penyakit. Setiap kali mahu mula makan kepalkan sebanyak 3 kepal nasi. Semasa mahu menyuapkan nasi ke mulut maka baca:

- Bagi suapan pertama : 'Bismillah'
- Bagi suapan kedua : 'Bismillahir rahmaan'
- Bagi suapan ketiga : 'Bismillahir rahmanir rahiim' - untuk suapan ketiga itu, hembuskan atau tiup tiga kali hingga air ludah memercik sambil mengucapkan Syifa' (ertinya ubat) sebanyak 3 kali.

Ketika makan, kunyah makanan sehingga lumat dan jangan berulam air di antara suapan melainkan jika tercekik. Apabila selesai makan maka ambil dan makan sebiji kecil garam. Kemudiannya, tunggu hingga nasi turun ke perut barulah minum air.

Nota: Bacaan Bismillah bagi tiga suapan pertama itu adalah serupa sebagaimana yang diajarkan oleh Imam Al-Ghazali tetapi mengepal nasi dan kemudian menghembuskan sambil membaca Syifa'.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

3). Sarapan Pertama
Diajarkan oleh orang Melayu lama supaya mengamalkan makan Kulit Kayu Manis (kira-kira seinci panjangnya) atau sebiji Cengkih sebelum sarapan pagi. Ini bagi mengeraskan zakar.


4). Cara Mandi
Ampu atau pegang buah zakar dari bawah ke atas, sebaiknya menekup hingga seluruh batang zakar agar tidak terkena air siraman pertama. Sirami dahulu dua kepala lutut dengan air kemudian barulah sirami kepala, lantas teruskan mandi dengan menekup zakar secara yang tersebut.


5). Cara Buang Air Besar
Di katakan bahawa cara ini patut diamalakan terutama pada ketika pagi. Buang air kecil dahulu hingga habis dan kemudian baharu buang air besar. jangan ditahan diri dari buang air besar kerana ini akan memudaratkan badan. Bila hendak buang air besar maka kepilkan kedua belah tangan dicelali pelipat antara betis dan paha. Jongketkan kaki kanan, kaki kiri tetap seperti biasa. Dengan cara ini makan berat badan akan tertumpu ke sebelah kiri. Semasa meneran maka kacipkan gigi bawah ke gigi atas. Cara di atas mirip kepada apa yang diajarkan oleh Islam.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

6). Cara Buang Air Kecil
Buang air kecil di kala awal pagi mengakibatkan perubahan suhu yang mendadak pada pundi kencing lamas pada zakar. Cara yang dinyatakan ini di katakan dapat mengelakkan angin pasang dan membantu memanaskan serta mengeraskan  batang zakar. Caranya ialah, cari buluh yang mana lubangnya lebih besar dan panjang dari saiz zakar ketika tegang keringkan dan simpan buluh tersebut. Bila mahu buang  air di kala pagi maka masukkan batang zakar ke dalamnya dan buang air di dalam buluh tersebut. Biarkan zakar berendam di dalam buluh sekadar 10 saat, barulah basuh zakar serta buluh tersebut sebersih-bersihnya. Di katakan juga, jika tiada buluh maka memadai menadah air kencing itu dengan tangan kiri dan kemudian mandikan batang zakar dengan air itu dan basuh. Ada juga petua bahawa semasa melepaskan air kencing itu, jangan dilepaskan sekaligus, tapi lepaskan sedikit dahulu, tahan dan kemudian baliani dilepaskan semuanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

7). Cara Meminum Air Waktu Pagi
Air yang diminum ialah Air Masak Sejuk, diminum di kala pagi dalam kedudukan seperti orang mahu merangkak. Sebelum minum tarik nafas. Tahan nafas ketika meneguk (jangan dihembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya, bukan menunggangkan gelas. Minum cara ini dikatakan dapat melegakan kerongkong serta berupaya membersihkan usus perut dari kekotoran dan kahak yang terkumpul semasa tidur. Ia dibersihkan sebagai penyediaan untuk keesokkan harinya.


8). Mengesatkan Kepala Zakar
Praktik ini bertujuan untuk mengurangkan sensitiviti pada kepala zakar dan memberi latihan kepada saraf-saraf yang berhubung dengannya agar biasa dengan rasa kengiluan yang tinggi. Rasa ngilu adalah antara sebab mengapa mani boleh terpancut lebih awal. Kepala zakar yang lebih kesat juga akan menambahkan kelazatan kepada isteri. Caranya ialah, mulakan dengan duduk seperti mahu bersila tetapi kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kiri memegang kaki kiri dan tangan kanan memegang batang zakar (paling baik ialah bila zakar tegang di waktu pagi). Tarik nafas, kemutkan otot zakar, dekatkan kaki kiri ke kepala zakar dan geselkan telapak kaki ke kepala zakar ke arah lubang kencing, satu hala saja. Ulangilah hingga 3 kali geselan. Boleh juga diulangi hingga terasa ngilu barulah berhenti.


9). Menajamkan Zakar
Biji zakar yang keras akan menambahkan nikmat kepada isteri dan menegangkan zakar serta melambatkan pancutan mani. Untuk itu, zakar harus ditajamkan untuk mengeluarkan Biji Zakar hingga dirasakan ia menonjolkan ke hujung kepala zakar apabila zakar tegang. Cara menajamkannya ialah apabila bangun tidur, duduk dan temukan kedua-dua tapak kaki. Sebaiknya zakar masih tegang semasa melakukan latihan ini. Tarik nafas dalam-dalam sambil menekan kedua-dua lutut dengan tapak tangan. Cuba tekan lutut itu hingga jejak ke lantai tapi jangan dipaksa. Pada masa itu, kendalikan otot zakar (otot-otot pengemut kencing) dengan mengemutkannya. Jika zakar masih tegang maka pastikan bahawa kepala zakar menjadi besar dan berkilat apabila otot itu dikemutkan. Cara kedududkan semasa melakukan ini ditunjukkan di dalam Senaman Harimau Langkah Yang Kdua. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

10). Cara Mengurut Zakar
Bila bangun pagi sebelum buang air kecil, sebaiknya semasa zakar iaitu masih tegang, ambillah air liur basi dari langit-langit menggunakan ibu jari kanan. Kemudian Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. tiga kali berturut-turut. Bawa perut ibu jari itu ke kepala zakar lalu urut sekali lalu dari kepala zakar menghala ke lubang kencing. Gerakan ini membantu menyegarkan kepala zakar dan agar tidak mudah ngilu ketika jimak.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tip Kesihatan Lain Juga Boleh Di Baca Di Laman Blog Ini. Hanya CLICK LINK di Bawah Ini >>>

CLICK LINK 







https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. 10 Cara mudah tingkatkan tenaga batin kaedah tradisional

    返信削除
  2. Hai, nak tanya makan sebiji cengkih tu maknanya telan terus ya?

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<