PAGES

2019年3月3日日曜日

10 Hobi yang boleh dilakukan seorang diri

APA ITU HOBI ?


HOBI adalah suatu kegiatan reakreasi yang dilakukan pada waktu terluang bagi tujuan untuk menenenangkan fikiran seseorang ataupun bagi melengkapkan minat diri masing-masing. Perkataan HOBI itu sendiri berasal dari suatu kata Bahasa Inggeris iaitu "Hobby"

HOBI dengan kata lain bermaksud sebagai 'kegemaran seseorang'.


TUJUAN HOBI 

Tujuan HOBI adalah untuk memenuhi keinginan dan bagi tujuan untuk melengkapkan aktiviti yang digemari. Terdapat pelbagai jenis hobi yang amat sinonim pada masa kini. Pada kali ini saya kongsikan hobi yang boleh dilakukan seorang diri seperti melancong, mengambil gambar, bermain alat muzik, berenang, menyanyi, menulis blog, menyelam, mendaki, bermain bowling dan joging.


10 HOBI DILAKUKAN SEORANG DIRI

1 - MELANCONG

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Hobi melancong adalah sesuatu yang menyeronokkan. Percaya tak ? Melancong bukan sahaja aktiviti yang menyeronokkan untuk melihat dunia luar, melihat kehidupan semula jadi, tempat orang, mendidik untuk hidup berdikari serta sesuatu di luar batasan. Luar batasan bermaksud seseorang yang mampu untuk hidup seorang diri, berteman, suka untuk rapat dengan masyarakat, mempunyai disiplin diri yang tinggi serta mudah mesra dengan masyarakat. 

Hasilnya nanti, walaupun pergi melancong seorang diri dengan adanya sifat kebaikan ini maka, seseorang itu mudah diterima masyarakat dan mudah didekati.

Hobi ini seringkali disalah tafsirkan seseorang yang suka melancong akan membelanjakan sejumlah wang yang besar!!!

Siapa yang berkata begitu...Cubalah...

Kebanyakan pengemar aktiviti melancong sebagai hobi ini boleh dikatakan hanya membelanjakan wang yang seminima mungkin. Perbelanjaan yang besar bergantung kepada niat diri sendiri untuk membeli ataupun hanya sebagai hobi yang boleh dicoretkan di dalam Pasport kita...(Maksudnya travel hanya untuk ke imigresen dan dapatkan cop Negara yang dilawati sesingkat mungkin masanya).


2 - MENGAMBIL GAMBAR

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kini kita amat sinonim dengan aktiviti mengambil gambar sendiri atau lebih gemar dikenali dengan 'berselfie'.

Tahukah anda bahawa, dengan hobi mengambil gambar boleh dilakukan hanya berseorang diri? Ianya tidak memerlukan ramai kawan, kenalan hanyalah duduk seorang diri pun menjadi.

Hobi mengambil gambar terutamanya dikaitkan dengan aktiviti melancong boleh dijadikan duit sekiranya diri kita ini pandai untuk berniaga. Saya pernah ditawarkan harga yang lumayan hasil daripada mengupload gambar melancong saya di laman sosial. Bayangkan sekeping gambar yang boleh dikatakan simple bernilai RM 800.00. Pasti tak percaya bukan?

Dari itu, saya syorkan ambil lah gambar semenarik mungkin, mana tahu anda boleh menjana pendapatan daripada hobi mengambil gambar ini.


3 - BERMAIN ALAT MUZIK

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Hobi bermain alat muzik sudah pasti hobi ini boleh dilakukan seorang diri. Tidak perlu ramai-ramai untuk bermain gitar, bermain piano, violin ataupun sebagainya.

Saya salah seorang yang mempunyai hobi untuk bermain alat muzik. Alat muzik kegemaran saya adalah piano dan juga violin. Saya kerap bermain violin jika kelapangan. Bermain alat muzik ini bukan sahaja menghiburkan tetapi boleh memadamkan jika terdapatnya kegusaran di hati, stress serta mengisi masa lapang saya.


4 - BERENANG

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Aktiviti yang seterusnya yang boleh dilakukan seorang diri adalah berenang. Sebenarnya aktiviti berenang ini menjadi kegemaran saya sejak kecil lagi. Sikap yang selalu ingin mencuba dan mencari peluang untuk mempelajari sesuatu yang jarang orang lain boleh buat menjadikan hobi berenang ini menjadi satu hobi utama diri saya. Sehinggakan hobi berenang ini telah menyumbangkan banyak pingat dalam setiap pertandingan renang saya sertai. 

Sikap saya yang kurang minat sekiranya rakan-rakan ingin berniat turut serta dan akhirnya tarik diri di saat akhir memberikan keputusan kepada hati saya untuk menyatakan hobi berenang ini adalah aktiviti terbaik yang boleh dilakukan seorang diri.

Pengalaman saya bagi aktiviti berenang adalah suatu aktiviti yang boleh dengan cepat untuk menurunkan berat badan. Terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah perut buncit. 

Selain itu, bagi tujuan untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik, terutamnya 6 pack, dengan aktiviti berenang pengalaman saya, selama 1 -2 minggu hasilnya amat cepat sekali.


5 - MENYANYI

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Hobi seterusnya yang semestinya dilakukan seorang diri adalah semestinya aktiviti menyanyi. Tahukah anda bahawa pusat hiburan karaoke sekarang ni lebih kurang umpama kulat tumbuh selepas hujan. Bererti di mana-mana kita boleh menjumpai pusat hiburan untuk berkaraoke/menyanyi. 

Bahkan dewasa ini semestinya kebanyakan pusat karaoke menyediakan bilik untuk seorang, ataupun berkumpulan.

Bererti hobi menyanyi bolehlah dilakukan dengan berseorangan. Saya kerap menyanyi seorang diri dengan harga yang berpatutan dan semestinya memuaskan hati. Bukan itu sahaja, kerunsinga, stress, bosan ataupun sekadar hobi telah menjadikan menyanyi di antara hobi yang amat saya gemari.


6 - MENULIS BLOG

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Aktiviti melancong, berenang, bermain alat muzik, menyanyi dan sebagainya saya kerap untuk menyajikannya di dalam diari personal saya. Bahkan sekarang ini, saya akan kongsikan segala aktiviti yang menarik mengenai diri di dalam blog personal saya. 

Dengan kata lain, saya amat gemar untuk menulis blog serta dikongsikan kepada rakan-rakan laman sosial, google+ serta kepada sesiapa yang memerlukan maklumat yang diperlukan di dalam lokasi carian.

Tujuan coretan blog adalah sebagai perkongsian, panduan kepada pembaca lain serta memberikan sedikit ilmu agar ianya bermanfaat kepada semua pembaca. Tidak rugikan ???


7 - MENYELAM

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Hobi yang seterusnya saya rasakan ianya boleh dilakukan seorang diri adalah aktiviti menyelam.

Saya jadikan aktiviti menyelam sebagai hobi kerana ianya bagi melihat keindahan alam semula jadi di dasar laut terutamanya di samping menjadikan aktiviti / hobi melancong tidak merugikan dan disimpan sebagai kenang-kenangan. 

Menyelam di kepulauan yang saya pernah jelajahi - Kepulauan Maldives, Mabul, Sipadan dan sebagainya adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Saya sanggup untuk mengeluarkan modal untuk mendapatkan lesen menyelam. Jadi mengapa anda tidak???


8 - MENDAKI

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Hobi seterusnya jika dilihat boleh dilakukan seorang diri adalah aktiviti mendaki. Tidak semestinya aktiviti mendaki perlu untuk ke bukit yang tinggi ataupun ke pergunungan. Tidak sama sekali.

Saya pernah mendaki 'Mount Cook' yang bersalji seorang diri. Tanpa guide.

Sememangnya jika hobi atau aktiviti ini dilakukan seorang diri tanpa guide ianya membahayakan tetapi yakinlah pada diri sendiri jika kita mampu Insya Allah ianya akan menjadi kenyataan.


9 - BERMAIN BOWLING

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Hobi seterusnya yang boleh dilakukan seorang diri adalah bermain bowling.

Permainan bowling ni saya amat teruja sama sekali. Bahkan sekiranya mendapat kelapangan, saya akan ke pusat bowling untuk bermain seorang diri.

Jangan salah tafsir, untuk bermain bowling tidak semestinya permainan ini memerlukan kos atau wang yang banyak.

Jika kita hadir dan ingin bermain bowling, datanglah pada hari (Isnin - Khamis) selalunya pada hari biasa ini harga yang ditawarkan amat murah berbanding hari (Jumaat - Ahad). 

Sebagai contoh, harga 4 games (Isnin - Khamis, 1030 am - 1730 pm, berharga RM 14.00 purata) berbanding harga untuk 4 games (Jumaat - Ahad) berharga RM 24- 28.00.

Satu lagi, peralatan seperti kasut, bola bowling serta lanes bolehlah ditempah di pusat bowling. Manakala, untuk penjimatan berganda, bawalah stokin anda sendiri agar tidak perlu membelinya di pusat bowling.


10 - JOGING

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selalunya saya amalkan aktiviti berjoging setiap petang jika kelapangan. Sewaktu di Universiti saya kerap untuk melakukan larian 10 km atau lebih setiap hari. Kekadang selepas berenang sebelah pagi, saya akan teruskan aktiviti joging sebelah petang dalam 10 km. 

Aktiviti joging ni saya jadikan sebagai aktiviti yang menghiburkan bukan sahaja boleh menambahkan stamina saya bahkan boleh mengurangkan stress ketika belajar.

Tahukah anda, berlari/jogging ni boleh dilakukan seorang diri.

Cubalah kerana aktiviti ini amat menyeronokkan. 

Peluh yang mengalir keluar adalah sesuatu yang pasti melegakan diri anda kerana badan akan terasa ringan, tidur akan lena serta stress anda akan hilang.


Artikel ini adalah sebagai perkongsian pengalaman serta panduan jika perlu bagi mereka yang ingin melakukan sesuatu aktiviti ataupun kepada mereka yang masih mencari hobi yang seakan sama seperti yang dialami oleh saya.

Diharap ianya bermanfaat kepada semua pembaca budiman.

Sekiranya anda mempunyai komen ataupun mempunyai cadangan adalah digalakkan agar tuan/puan boleh memberi maklumbalas kepada saya melalui emails : jacknjillscute@gmail.com ataupun menulisnya di ruangan komen di bawah ini. Sekian terima kasih.


@ Jackie San

1 件のコメント: