PAGES

2019年3月18日月曜日

Backpacker Travel Alone ke Tawau - Lahad Datu -Kunak - Semporna - Kota Kinabalu, Sabah

Travel solo dari Kuching - Tawau - Lahad Datu - Kunak - Semporna - Kota Kinabalu, Sabah



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Nak dimulakan cerita sebenarnya percutian ni dirancang kurang dari 3 bulan dari penerbangan. 

Perancangan awal sebenarnya adalah untuk ke Pulau Perhentian, Negeri Terengganu. Memandangkan tempoh perjalanan yang dijangka akan kena pada bulan (hujan) maka difahamkan adalah tidak digalakkan untuk ke Pulau di bahagian timur Semenanjung Malaysia. Menyebabkan aku mengambil keputusan untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Tawau, Negeri Sabah (kerana destinasi ini belum pernah dijejaki).

Ok kita mulakan dengan kos penerbangan. 

Suka dimaklumkan kepada semua bahawa sememangnya untuk berholiday ni aku akan memikirkan kos perbelanjaan sama ada yang berkaitan dengan tiket penerbangan, penginapan dan juga pengangkutan. Jujurnya ingin dinyatakan bahawa setiap perkara sikap aku akan direkodkan ke dalam diari "Travel" agar ianya menjadi bukti dan juga boleh dikongsikan kepada sesiapa yang memerlukan tips.

Tiket Penerbangan (Termasuk makan dalam pesawat) :

1). Penerbangan Kuching - Tawau                         = RM 43.84
2). Penerbangan Tawau - Kota Kinabalu, Sabah   = RM 33.00
3). Penerbangan Kota Kinabalu, Sabah - Kuching = RM 104.58 (beli buah tangan dll)
                                             Jumlah Keseluruhan = RM 178.42


Selepas dicoretkan budget untuk tiket penerbangan maka aku akan mulakan dengan belanja perjalanan dan aktiviti di/ke destinasi.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

20 Februari 2019 (Hari Pertama)

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menuju ke Tawau (AK6108) mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit penerbangan. Aku merasakan bahawa boleh dikatakan bahawa pesawat ini memang penuh dengan pelancong ataupun penduduk Sabah sendiri yang pulang atau berkunjung ke Tawau/destinasi terdekat melalui jalan Tawau ini (Sektor Terdekat). Sememangnya setiap kali aku menaikki penerbangan AirAsia meals yang pasti ditempah adalah "Nasi Lemak Pak Nassier" menjadi kegemaranku. Pasti penerbangan pergi dan balik akan disajikan dengan meal ini. Tahniah AA menjadi pilihan utama ku untuk Travel dengan kos minima!!!

Sebelum penerbangan ke destinasi selalunya aku akan mengumpul maklumat sama ada mengenai tiket penerbangan, pengangkutan sampai ke destinasi dari Airport dan juga penginapan serta makan minum dan tidak lupa aktiviti menarik.

Setibanya di Lapangan Terbang Tawau, ianya sebuah lapangan terbang yang kecil tetapi bertingkat. Jika kita turun dari pesawat akan melihat penumpang lain jelas sedang beratur untuk terus menaikki pesawat. Tetapi jangan risau kerana lapangan terbang ini dipermudahkan dengan mencukupi dan memenuhi kehendak semua dari segi perkhidmatan mesin ATM, teksi dan Grabcar.


Dipendekkan cerita melalui perkongsian blog sebelum menjejak kaki di Tawau ni, difahamkan terdapatnya kaunter bas ekspress ke destinasi berdekatan atau yang sewaktu dengannya...

Kesedihan dirasai rupanya perkhidmatan bas ekspress dari Tawau Airport - destinasi luar tidak lagi ditempatkan di sini.  Alternatif adalah perlu ke Terminal bas di Bandar Tawau / ke Terminal Bas Bandar Seri Indah Tawau (perjalanan lebih kurang40 minit menaikki Grabcar dengan kos RM 16.00). Pemandu Grabcar juga memaklumkan bahawa Lapangan Terbang Tawau adalah yang paling jauh sekali lokasinya di Negeri Sabah berbanding dengan Airport lain.

Seimbas lalu...

Bandar Tawau bukanlah destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Bermakna jarang sekali untuk pelancong berkunjung ke Tawau. 
Tetapi ingin dikongsikan beberapa lokasi menarik yang boleh dikunjungi seperti:

a). Pasar Tanjung Tawau

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

b). Taman Bukit Tawau


c). Maliau Basin

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

d). Hutan Simpan Bukit Gemok

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

e). Central Market Tawau

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

f). Balung River Eco Resort

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

g). Menara Jam Tawau

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

h). Monumen Menara Loceng

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

i). Tugu Peringatan Tentera Jepun

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

j). Tugu Peringatan Kalabakan

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

k). Taman Rekreasi Air Panas Tawau

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

l). Gunung Berapi Bombalai

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

m). Air Terjun Bukit Gelas

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

n). Air Terjun Teck Guan

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

o). Sankina Hotspring Park

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

p). Rumah Api Tinagat

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

q). Mini Zoo Yuk Chin


r). Pasar Minggu Takada

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Seterusnya diteruskan mengenai perjalanan dari Tawau -  Lahad Datu, Sabah.

Tujuan aku untuk ke Terminal Bas Bandar Seri Indah Tawau adalah destinasi pertama ku di daerah ini adalah ingin menjejaki Bandar Lahad Datu di penghujung sekali Negeri Sabah ni. Selain itu ingin mencoret kembali kenangan berlakunya tumpahan darah di daerah LD serta melihat keindahan alam semulajadi LD. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tempoh perjalanan dari Tawau - Lahad Datu (2 jam menggunakan bas ekspress dengan harga RM 20.00). Kebanyakan penumpang adalah penumpang/ pekerja ladang kelapa sawit disebabkan aku rasa sepanjang perjalanan ni kebanyakkannya banyak ladang kelapa sawit maka pekerja yang menaikki bas ni terdiri dari rakyat dari seberang (Indonesia). Selama 2 jam perjalanan maa sampailah ke Lahad Datu (Terminal Bas Fajar). Dari terminal bas ni pula aku terpaksa menggunakan GrabCar ke Bandar Lahad Datu (RM 4.00). Abang Grabcar ni macam tau2x ja yang aku ni orang luar terus bertanya kenapa ke LD? 
Aku hanya memaklumkan bahawa ingin menziarahi kubur kawan rapatku yang telah meninggal pada tragedi LD yang lalu.



Bandar Lahad Datu tidaklah begitu besar dan hanya ada satu mall yang besar iaitu "Ramai-Ramai". Harga barang lebih kurang sama dengan yang berada di Kuching, Sarawak. Oh lupa pulak..Abang Grabcar terus mencadangkan aku untuk menginap  di Hotel Sri Pantai LD yang berhampiran dengan laut LD. Harga yang dikenakan RM 65.00/semalam tanpa sarapan. Lokasi yang strategik dan hanya berjalan kaki untuk melihat laut biru LD serta ke pusat bandar. Mudah sekali. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Cuaca di LD ni agak panas jika dibandingkan dengan di Kuching ataupun bahagian lain di Negeri Sabah. Kemungkinan kedudukannya di persisir laut bahkan kedudukan hotel yang aku diami bagi dua (2) malam di LD pun menghadap lautan biru. Tidak sesuailah jika ke LD tidak ke lokasi menarik yang dinyatakan di bawah ini kerana jika hanya berada di bilik hotel kita akan merasakan hawa kepanasan. Itulah pengalaman ku berada di hotel walaupun menggunakan ekon, kepanasan hawa 48 deg terasa.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Destinasi menarik Lahad Datu yang wajib dikunjungi:

a). Menara Kayangan/Tower of Heaven

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

b). Gunung Silam/Silam Mount

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

c). Lembah Danum/Danum Valley

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

d). Taman Hidupan Liar Tabin

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

e). Air Terjun Madai/Hutan Rekreasi Madai

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

22 Februari 2019 (Hari Ketiga)

Seterusnya ke destinasi ketiga iaitu dari Lahad Datu - Kunak, Sabah. Perjalanan dari LD ke Kunak menggunakan mini bas. Perjalanan darat yang mencabar kerana menggunakan jalan yang kiri kanannya adalah pohon kelapa sawit dan juga lembah. Amat mencabar sekali. Namun jangan khuatir kerana setiap tempat duduk disediakan plastik bagi kegunaan "muntah". Hahaha....

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Daerah Kunak adalah sebuah kawasan yang ber

Apa yang menariknya Destinasi yang berdekatan dengan Daerah Lahad Datu dan juga Tawau. Pada mulanya status Kunak  adalah di bawah pentadbiran pejabat daerah LD, tetapi Kunak mendapat status daerah penuh pada tahun 1981.

Destinasi di Kunak;


a). Telaga 7 Kunak


b). Air Terjun Madai Kunak

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

c). Terowong Jepun Kunak

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

d). Pantai Sarina

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

e). Gua Madai

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

f). Kolam Lumpur Kunak

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

g). Kolam Air Panas Kunak


h). Tasik Mostyn

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

i). Mostyn Estate

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



23 Februari 2019 (Hari Ke-4) 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Seterusnya ke destinasi ke-4 adalah menuju ke Semporna. Perjalanan hari ini menggunakan perkhidmatan mini bas/mini van dari stesen Kunak dengan harga RM 16.00 sehala. Tujuan ke destinasi ini rasanya semua tahu bukan?

Daerah Semporna bukan sahaja terkenal dengan limpahan seafoodnya/hidupan laut bahkan terkenal dengan kepulauan yang menarik. Malah Semporna di antara penyumbang utama industri perlancongan bagi Negeri di bawah bayu ini. Datang ke Semporna rugi sekiranya tidak menjejakkan kaki ke beberapa pulau yang terkenal iaitu Pulau - Mabul, Gusungan, Kapalai, Pom Pom, Mataking, Pandaran, Bohey Dulang, Sibuan, Mantabuan, Tatangan dan tidak dilupai Pulau Sipadan di antara 10 Pulau terbaik dunia.

Perjalanan dari Kunak ke Semporna mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Dengan deretan bukit bukau serta di kelilingi oleh tanaman kelapa sawit hinggakan kadang kala kita akan terasa berada di puncak gunung kerana dari puncak (semasa dalam mini van) akan kelihatan lautan biru di kiri kanan jalan. 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sampainya di Semporna, semua penumpang akan diturunkan di Terminal Penumpang Semporna iaitu berdekatan dengan Masjid besar Semporna. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selepas itu, sesungguhnya difahamkan bahawa pekan Semporna ni kecil dan mudah untuk mencari tempat penginapan dan juga kemudahan yang ada. Bertanya kepada pemandu van dan juga kedai telko, aku dicadangkan untuk ke tebingan pelabuhan lebih mudah untuk mendapatkan hotel/hostel penginapan serta memudahkan juga untuk tujuan liburan keesokan harinya. Semua aktiviti di Semporna hanya dibenarkan sekali / hari iaitu mulai 0830 pagi dan berakhir sampai ke jeti utama/umum pelabuhan Semporna pada jam 1600 petang. Ianya adalah peraturan di Semporna bagi mengelak sebarang kesulitan kelak.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Hanya perlu berjalan lurus melewati pasar di tengah-tengah pekan Semporna hingga ke Taman Permainan kanak-kanak, menyusuri laluan ke pelabuhan akan ditemui bandar kecil yang mempunyai deretan pasar basah (Ikan/seafood).

https://www.jacknjillscute.bologspot.com/

Aku telah memilih untuk menginap di Sea View Inn dengan kadar semalam RM 55.00 (berhawa dingin). Hotel ini menghadap laut sudah pasti terasa haba kepanasannya. Staf tempat aku menginap ni amat mesra dengan layanan sopan santun nya dan mudah berinteraksi ataupun memohon cadangan aktiviti keesokkan harinya. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tetapi dengan bantuan cousin ku yang pernah ke destinasi Semporna ni, maka aku telah membuat tempahan awal untuk aktiviti ulang-alik / hari bagi tempoh 3 hari. 

Di antara perancangan bagi tempoh 3 hari aktiviti ke Pulau, Semporna;

a). 3 Pulau ( Pom Pom, Mataking, Pandaran - Termasuk aktiviti Snorkeling & Menyelam

b). 3 Pulau (Mabul, Gusungan, Kapalai) - Termasuk aktiviti Snorkeling & Menyelam

c). 4 Pulau ( Bohey Dulang, Sibuan, Mantabuan, Tatangan ) - Termasuk aktiviti hiking, snorkeling & menyelam ).

Secara ringkasnya;

a). Aktiviti hari pertama ke Pulauan Semporna (Pom Pom, Mataking, Pandaran)


1) Pulau Pom Pom - Snorkeling 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

2) Pulau Mataking

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

- Ia di katakan sebagai syurga buat kaki scuba diving selain itu juga sekiaranya suka untuk melihat dan menyentuh penyu secara life disinilah tempatnya. Hidupan laut dan terumbu karang di sini memang luar biasa cantiknyua. Terdapat perkhidmatan khas yang bakal membawa anda ke lokasi panas bagi tujuan menyelam (scuba diving).


3)Pulau Pandaran - Aktiviti menyelam dan snorkeling

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

b). Aktiviti untuk hari kedua (Mabul, Gusungan, Kapalai) 


1) Pulau Mabul

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

- Pulau ini sering menjadi lokasi bagi tujuan honeymoon ataupun lebih dikenali sebagai bulan madu buat pasangan yang baharu berkahwin. Bercuti di sini membuatkan anda berasa seolah olah berada di luar negara. Perbezaannya adalah jika dibandingkan dengan Kepulauan yang berada di Maldives saya amat mengesyorkan datanglah sendiri ke Mabul. Ianya amat cantik bahkan keindahan lautan dan panorama yang memukau kita. Kehadiran kami di sini sebagai rakyat tempatan amat kurang jika dibandingkan dengan pelancong asing terutama dari Negara China ke Pulau Mabul. Aktiviti seperti berkayak, snorkeling, skuba diving/menyelam, berselfie atau melawat himpunan rumah penginapan yang mengamit keindahan semulajadi. Penginapan popular di Pulau Mabul adalah seperti Mabul Water Bungalows di mana resort ini bagaikan terapung. Amat Unik. Bahkan kebanyakan drama ataupun movies di pawagam mengadakan sesi di sini. 


2) Pulau Gusungan - aktiviti snorkeling dan mengambil gambar

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

3) Pulau Kapalai - aktiviti snorkeling dan mengambil gambar

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


c). Manakala untuk aktiviti hari terakhir di Daerah Semporna adalah 4 Pulau ( Bohey Dulang, Sibuan, Mantabuan, Tatangan )

1). Pulau Sibuan - Berada di sini, bot akan berhenti seketika untuk membenarkan masyarakat "bajau laut" datang ke bot (pastikan kita berbekalkan keropok, jelly, roti ataupun minuman bagi tujuan diberikan kepada mereka).

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

-Elakkan meletak barang berharga dekat dengan pandangan mereka kerana ditakuti akan diambil dan memudaratkan kelak.

- Selepas memberi makanan kepada anak kecil ataupun ibu bersama anak kecil, digalakkan untuk mengambil gambar bersama mereka.

Pengalaman yang tidak dilupakan!!!

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

2). Bohey Dulang 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

 Bohey Dulang bermaksud air dulang di mana pulau ini berbentuk melengkung seperti sebuah dulang. Apa yang menarik di sini adalah ianya berbeza dengan kepulauan lain di Semporna bahkan pulau lain dunia. 

Di sini kita akan mendaki lebih kurang 600 m dari dasar laut/pangkalan menuju ke puncak bukit. Di atas bukit tidak disediakan tempat berteduh hanyalah deretan satu tapak yang di pagar untuk mengelak pendaki jatuh ke bawah. Atas dasar keselamatan, semua pendaki dielakkan untuk keluar dari garis sempadan atau pagar deretan bukit, jika gagal mematuhi arahan semua pendaki akan disuruh turun dengan segera. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Jangan risau, kerana terdapat anak tangga yang proper untuk dipanjat. Pemandangan yang menarik ciptaan Tuhan akan terpampang di depan mata dan amat mengagumkan. Saksikan pemandangan laut membiru dan gugusan pular di Perairan Semporna,.


 3). Pulau Mantabuan 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


4). Pulau Tatangan

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Begitulah serba sedikit pengalaman berharga ke destinasi travel solo melalui Tawau, Sabah pada Februari lalu. Semoga ianya bermanfaat kepada semua.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selain itu, dikongsikan beberapa destinasi menarik lain dalam dan luar negara dalam blog coretan saya ini. 

Hanya Click pada pautan di bawah.

CLICK LINK  >>















https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selamat Membaca dan Travel lah Secara Solo Pasti Diri Ini Dihargai !!!


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. Backpacker Travel Alone ke Tawau - Lahad Datu -Kunak - Semporna - Kota Kinabalu, Sabah

    返信削除