2019年4月14日日曜日

10 Khasiat dan Kelebihan Pokok Bidara

POKOK BIDARA



Pokok Bidara merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh kebanyakannya di selatan Asia. Pokok Bidara atau nama sainfitiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau atau pokok kecil berudri, dengan ketinggian boleh mencecah 15 meter, dengan batang bersaiz 40 cm atau lebih diameternya, rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan mempunyai dahan yang rendang. Buah Bidara memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ia mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong ataupun bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang dan ianya bergantung kepada jenisnya. Isinya putih dan amat rangup. Apabila mengkal sedikit, buahnya adalah berair dan mempunyai bau yang menyenangkan. Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat, nipis tetapi amat padat.

Pokok Bidara paling biasa ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Ia berasal dari Afrika ia kini tersebar secara meluas di rantau tropika dari India untuk Afghanistan dan juga China, dan sekarang Pokok Bidara amat popular di negara kita iaitu Malaysia dan tidak lupa di Negara Australia dan di beberapa kawasan Pasifik. Ia mampu membentuk semak tebal dan menjadi invasif di sesetengah kawasan, termasuk FIji dan Australia dan telah menjadi rumpai yang serius alam sekitar di Australia Utara. Ia merupakan pokok yang cepat membesar dengan jangka hayat yang sederhana, yang cepat tumbuh dan boleh mencapai sehingga 10-40 kaki ( 3 hingga 12 m) ketinggian.

Penggunaan Daun, Buah dan Pokok Bidara

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ramai antara kita yang beranggapan penggunaan Daun Bidara dalam perubatan Islam berasal dari kepercayaan dan penggunaanya secara tradisi dalam masyarakat Melayu. Sebenarnya penggunaan daun bidara dalam Islam adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. 

1). Seluruh bahagian pokok bidara boleh digunakan dalam perubatan. Akar, batang, kulit pokok, buah bidara, daunnya serta bunganya mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang amat tinggi. Ia telah digunakan secara traditional beribu tahun oleh pelbagai masyarakat (Arab, India, Afrika, China, Melayu dan banyak negara di Asia) dan telah dibukti secara saintifik. Kajian banyak dilakukan oleh China, India dan negara-negara barat.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

2). Selain itu, untuk kegunaan wanita pula disunatkan untuk menggunakan daunnya sebagai mandian ketika suci dari haid. 

3). Di antara kegunaan Daun Bidara adalah ianya digunakan untuk memandikan jenazah. Jenazah dimandikan sebanyak 3 kali dan mandian yang pertama menggunakan air yang diramas dengan daun bidara di dalamnya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

4). Di Negara Jepun dan juga Eropah pokok bidara digunakan dalam produk kecantikan dan ubat untuk merawat penyakit kanser kulit.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

5). Buah Bidara mempunyai nilai nutrisi yang tinggi iaitu vitamin C, carotene, Vitamin B kompleks, magnesium, iron, potassium, anti-oksidan bioflavonoids. Ia juga kaya bahan aktif phytokimia seperti asid triterpenoids, saponin, alkaloid, dan sebagainya. Asid betullinic, seperti triterpenoid acid yang terdapat dalam buah, daun dan akar bidara adalah bersifat cytotoxic yang boleh membunuh sel kanser secara selektif tanpa mencederakan sel normal. Asid betullinic pokok bidara menunjukkan pelbagai kesan terapeutik seperti anti-tumor, anti-bakteria, anti-virus, anti-radang, anti-kanser, anti-ulser. Ada beberapa bahan aktif dalam buah dan daun bidara yang menunjukkan ciri anti-kanser.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

6). Bidara dapat meningkatkan kesan terapeutik herba dan juga ubatan lain. Ia banyak digunakan dalam ubat dan ramuan herba serta makanan kesihatan masyarakat China. Sifat buah bidara sederhana yakni tidak panas atau sejuk kepada tubuh badan kita. Ia juga dapat mengeluarkan tenaga daripada makanan. Oleh sebab itu ia digunakan sebagai tonik memberi tenaga. Ia juga digunakan dalam rawatan sendi, tekak, detoksifikasi, mild laxative dan juga rawatan batuk. Ia juga dapat menguatkan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang. Buah bidara dapat melindungi hati daripada kerosakan oleh bahan kimia. Ini dibuktikan oleh ujian klinikal.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

7). Manakala kegunaan daun bidara lainnya adalah berfungsi untuk dijadikan losyen bagi seseorang yang mengalami penyakit sakit mata, telinga, merawat nanah, kudis buta, jangkitan kuman dan virus, hepatitis, keracunan makanan, diabetes, demam, demam campak, penyakit kulit, ekzema, lemak dan juga kolestrol, darah pekat serta merawat seseorang yang mengalami sesak nafas dan kekejangan pada otot. Ia juga boleh merawat gatal-gatal, keputihan, buasir, sakit gigi, tonsil, migraine kronik, alahan, resdung dan sebagainya. 

8). Buah Bidara boleh menghasilkan minyak. Minyak Bidara boleh digunakan untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan, kaki, sendi dan juga digunakan untuk mengurut pada bahagian tubuh badan yang dalam keadaan tidak bergerak. Cara urutan minyak Bidara adalah digalakkan untuk digunakan pada arah sehala yang lebih mujarab.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

9). Ekstrak Daun Bidara juga boleh digunakan secara khusus untuk merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan jin dan sihir. Daun Bidara ini telah digunakan oleh para ulama' sejak zaman dahulu lagi sebagai bahan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir. Ekstrak Daun Bidara juga dijadikan 

10). Gel Mandian. Gel Mandian sesuai digunakan bagi wanita yang mengandung atau dalam pantang. Waktu ini mereka sesungguhnya tidak boleh mengerjakan solat, maka makhluk halus mudah untuk mendekati mereka. Oleh itu, mandian ini direka khas supaya makhluk halus tidak mendekati mereka kerana daun bidara dapat menghalau makhluk tersebut. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Tips Menjaga Kesihatan Yang Lain Juga Boleh Diperolehi Dalam Blog Ini.
Hanya CLICK Pada Link Di Bawah Ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

CLICK LINK >>>














@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<