2024年6月22日土曜日

19 Perkara Menarik Perlu Kamu Buat Bila Datang Ke Kampung Matang, Batu 10


KAMPUNG MATANG, BATU 10, KUCHING, SARAWAK

Kampung Matang, Batu 10, Kuching Sarawak terletak lebih kurang 30 km dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Jika dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pula ianya lebih kurang 45 minit perjalanan menggunakan perkhidmatan Grabcar ataupun teksi. 

Perjalanan menuju ke Kampung Matang, Batu 10, Kuching ini jika anda melalui kawasan bandaraya Kuching, perjalanan menggunakan mode bas awam yang boleh didapati dari Bangunan Saujana (pusat utama pengangkutan awam yang menuju ke kawasan pentadbiran Petra Jaya) - Utara dengan tambang menggunakan bas sekitar RM 1.50 sehala. Perjalanan menggunakan bas akan melewati sebuah jambatan yang merentasi sungai Sarawak. Selepas melepasi jambatan tersebut, di sebelah kiri jalan akan diperhatikan sebuah bangunan yang dinamakan 'Medan Niaga Kubah Ria' yang mengantikan 'Medan Niaga Satok' suatu masa dulu yang popular untuk mendapatkan "Ikan Terubok Masin" di Kuching ini. Medan niaga ini dibuka setiap hari tetapi yang menariknya jika anda berkunjung pada hujung minggu lebih meriah dengan pelbagai hasil pertanian serta ramai pengunjung akan hadir untuk mendapatkan pelbagai koleksi menarik seperi 'Paku Midin', Ikan Terubok Masin, Kek Lapis Sarawak, Produk Sagu, Sayur-Sayuran, Buah Terong Asam (yang hanya ada di Negeri Sarawak) dan lain-lain hasil tani.

Selepas melepasi medan niaga ini, perjalanan diteruskan dan melewati Bulatan Petra Jaya ataupun pembahagi jalan yang kini telah membantu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di kawasan pentadbiran Petra Jaya ini. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan Negeri Sarawak. Sejurus itu, pengunjung akan melewati satu lagi bulatan besar yang dikiri jalannya terpampang e-mart Matang yang amat popular untuk membeli belah bagi masyarakat di kawasan Matang ataupun Petra Jaya dengan harga yang berbaloi dan lengkap dengan keperluan isi rumah.

Perjalanan diteruskan lagi sama ada menggunakan laluan terus jika hujung minggu ataupun menggunakan jalan alternatif iaitu jalan lebuhraya yang baru di kawasan Matang Jaya. Jalan alternatif ini amat sinonim untuk mengelakkan kesesakan lalulintas maka pengguna akan menggunakan jalan ini untuk menjimatkan masa, minyak serta kesesakan yang amat terasa.

Sejurus melewati beberapa kali lampu isyarat yang menuju ke Matang, di kiri kanan jalan akan diperhatikan sebuah Sekolah Vokasional Matang, Sekolah Kebangsaan Matang (kanan jalan) dan Sekolah Menengah Sri Matang (kiri jalan). Boleh dikatakan Kawasan Matang lebih popular sebagai kawasan pendidikan kerana bukan sahaja sekolah yang boleh dijumpai malah di kawasan Matang juga terdapatnya Politeknik Kuching serta IKMAS (Institut Kemahiran Islam Sarawak). Selepas melepasi Lembaga Air Kuching, Matang (LAKU) anda telah mendekati gerai lemang yang amat popular di Bahagian Kuching, Sarawak. Kedai lemang Tuah ini amat popular dan ramai pengunjung tidak kira agama, bangsa yang meminati lemang Tuah ini (lokasi bersebelahan dengan Dewan Kampung Matang (warna Biru dan Kuning). Lebih kurang tidak sampai 5 minit perjalanan diteruskan, melepasi Jambatan Sungai Sebubut, maka di atas bukit terpampanglah papan tanda yang bernama 'Kampung Matang, Batu 10'.

Apa yang Menarik Di Kampung Matang ?

1). Air Terjun 

@Jackie San


2). Kuil India (Kuil Sri Maha Mariamman)

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


3). Batu Jong


4). Jambatan Sungai Merah

5). Jackie San Orkid Garden

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

6). Matang Family Park Stage 1

@Jackie San


7). Matang Family Park Stage 2

@Jackie San


8). Air Terjun Singai

@Jackie San


9). Gunung Serapi

@Jackie San


10). Bukit Punjap


11). Durian Tapang


12). Sungai Sebubut


13). Perabot Belian Aanon


14). Masjid Darussalam Kampung Matang


15). Kampung Sungai Buda


16). Kampung Lot Baru


17). Kampung Batu 9


18). Kampung Bukit Punjap


19). Ladang Kambing Abu Bakar Haji Ramlee


Lokasi Menarik Di Kuching Sarawak Boleh Diperolehi Maklumatnya Dalam Blog Ini.

Hanya CLICK Pada Pautan Untuk Mendapatkan Info !





@ Jackie San 


0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<