PETUA AWET MUDA - AMALKAN MAKAN ULAM - ULAMAN
Jikalau ditanya rahsia orang yang berumur tetapi nampak awet muda, pasti jawapan mereka adalah mengamalkan makan ulam ataupun sayur - sayuran.
Amalan awet muda ini bukannya diamalkan sehari dua bahkan ianya telah diamalkan sejak zaman muda lagi. Tidak percaya...??? Cubalah.
Bagi anda yang mahu tampil kekal awet muda, saya kongsikan 10 Jenis Ulam Tempatan yang boleh diamalkan terutamanya bila usia kita memasukki peringkat 30 tahun.
Apakah khasiat sebenarnya sayur - sayuran dan ulam - ulaman yang dimakan berkait rapat dengan awet muda?
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
- Kebanyakan sayur dan juga ulam - ulaman kaya dengan Vitamin C yang mana ianya berkepentingan untuk penghasilan kolagen dalam tubuh badan seseorang. Unsur-unsur kolagen inilah yang membantu membuatkan kulit menjadi lebih elastik dan mengurangkan kedutan pada wajah serta tubuh badan.
- Kebanyakan sayur-sayuran itu mengandungi karatenoid seperti beta karotin. Ianya berfungsi untuk melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas yang menjadi punca kepada penuaan kulit.
- Sebenarnya bukan sahaja ulam-ulaman tetapi juga dengan memakan sayur-sayuran sebagai menu utama adalah baik bagi tujuan melancarkan proses penghadaman dan juga proses pencernaan yang pada masa yang sama sangat berkait dengan kesihatan kulit wajah.
10 JENIS ULAM - ULAMAN UNTUK KEKAL AWET MUDA
Di sini saya kongsikan beberapa jenis ulam - ulaman yang senang diperolehi di pasar kita bagi tujuan kita lebih sihat serta semestinya akan mengekalkan awt muda!
#1 - Ulam Raja
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Ulam Raja hanya perlu dicuci bersih dan ianya boleh terus dimakan mentah. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, eloklah untuk mengamalkan ulam raja. Di antara khasiat utama ulam raja adalah ianya membantu meremajakan kulit. Maka, fungsi yang terbaik adalah pengamalan ulam raja memastikan anda kekal awet muda.
#2 - Jantung Pisang
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Jantung pisang haruslah dicelur ataupun direbus terlebih dahulu sebelum dimakan. Ianya tidak boleh dimakan mentah seperti ulam raja. Khasiat jantung pisang adalah mempunyai kandungan serat yang tinggi dan mampu mengelakkan seseorang dari terkena penyakit sembelit.
#3 - Kacang Botor/Kelisa
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Kebaikan kacang botor adalah ianya boleh dimakan mentah ataupun ditumis sebelum makan. Tetapi sebaik-baiknya adalah jadikanlah kacang botor sebagai ulam. Kacang botor yang muda dan segar adalah terbaik kerana ianya lebih enak dimakan. Khasiat terbaik kacang botor adalah ianya kaya denga protein dan juga kandungan mineral yang tinggi.
#4 - Timun
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Kelebihan timun sebagai ulam-ulaman adalah ianya boleh dimakan mentah selepas dicuci bersih. Bahkan timun adalah rangup. Malah timun dipercayai dapat mengatasi masalah penyakit sembelit dan juga gastrik.
#5 - Pegaga
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Daun pegaga / Pegaga amat senang diperolehi. Malah ianya adalah sejenis ulam yang paling mudah sekali untuk diamalkan. Selain sebagai menu berulam, pegaga juga boleh dijadikan jus ataupun dijadikan menu kerabu untuk dimakan. Khasiat selepas mengamalkan pegaga adalah dengan meminum air rebusan pegaga dikatakan boleh menaikkan seri wajah seseorang.
#6 - Petai
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Sesiapa yang meminati makan petai maka semestinya menjadi kegilaan ramai. Biar pun diketahui bahawasanya bau petai yang kurang menyenangkan, tetapi ianya mempunyai banyak khasiat semulajadi. Malah khasiat yang dimilikki oleh petai yang kaya dengan anti-oksidan dan juga serat. Petai semestinya boleh dimakan mentah, direbus ataupun dibakar bahkan ianya sinonim untuk dicampur dengan sambal dan dimakan pasti menambahkan selera.
#7 - Bendi
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Bendi mempunyai khasiat terbaik bagi meningkatkan daya ingatan serta kecergasan memori seseorang. Ianya sesuai untuk dijadikan menu jika mengalami masalah sembelit, merawat ulser, bertujuan meningkatkan kesuburan, melegakan keradangan dan melegakan bengkak serta mengurangkan darah haid yang berlebihan.
#8 - Pucuk Ubi
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Pucuk Ubi adalah diantara jenis tanaman yang sesuai dijadikan ulam-ulaman. Bahkan ianya mempunyai khasiat terbaik bagi mengurangkan sakit kepala dan air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.
#9 - Terung Pipit
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Terung Pipit jika ditumis bersama bawang putih dan juga dicampur dengan ikan bilis serta dimakan bersama nasi panas akan meningkatkan selera makan kita. Ianya juga amat digalakkan untuk dimakan bersama makanan pedas. Terung pipit boleh juga direbus hingga lembut dan amalannya dikatakan dapat membantu melegakan sakit perut dan juga mengurangkan rekahan tumit kaki.
#10 - Rebung
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
Rebung amat sinonim jika berada di kampung/desa rebung selalunya dibuat masak lemak. Kelebihan yang dipunyai rebung ini adalah ianya membantu untuk menurunkan kandungan kolestrol dalam badan, membantu menyihatkan sistem pencernaan dan juga membantu proses detoksifikasi badan seseorang. Rebung juga boleh dijadikan ulam-ulaman.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ |
TIPS KESIHATAN LAIN BOLEH DIPEROLEHI DALAM BLOG INI.
>>> CLICK LINK<<<
@ Jackie San
10 Kebaikan Memakan Ulam-Ulaman Wajib Kita Ketahui
返信削除