2019年6月17日月曜日

3 Cara Mudah Menghilangkan Ketua

APA ITU KETUAT ?



DEFINISI KETUAT 
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti ketuat akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan jangkitan virus dan ianya mampu untuk menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah berpunca oleh jangkitan Virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui teknik sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti oleh penyakit ini adalah seperti di bahagian tangan, kaki dan juga jari. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti penghidap penyakit HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah untuk dijangkiti penyakit ketuat.

JENIS KETUAT 
Ketuat boleh diklasifikasikan mengikut kelas berdasarkan tempat tubuh badan yang ianya dijangkiti:

a). Ketuat Kelamin (Genital Warts)
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


b). Ketuat Biasa
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ketuat biasa atau common wart merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan juga keras.

c). Ketuat Planar
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ketuat Planar merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian permukaan kulit yang lembut. Ketuat ini berbentuk biji-biji leper dipermukaan kulit, dan berwarna seakan-akan warna kulit.

d). Ketuat Kaki
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ketuat kaki merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian kaki, terutamanya, di kawasan yang menerima beban apabila berjalan atau berlari. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan juga keras. Ketuat jenis ini mungkin mungkin menyebabkan kesakitan ataupun boleh menimbulkan rasa tidak selesa apabila berpijak dengan kaki yang dijangkiti oleh ketuat ini. Lazimnya terdapat titik hitam pada permukaannya disebabkan pendarahan kecil. Penggunaan alas cecincin di sekeliling ketuat mampu memberikan kelegaan sementara kepada pesakit tersebut.

e). Ketuat Filiform
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ketuat Filiform merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang panjang seperti jari. Ketua Filiform ini timbul pada bahagian sekeliling kelopak mata, leher dan juga pada muka yang dijangkiti ketuat jenis ini.

CARA MUDAH HAPUSKAN KETUAT HANYA GUNA BARANG DAPUR RUMAH

1). Kapas

Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

2). Pluster @ Duck Tape

Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

3). Vaselin

Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Mari lihat pada gambar dibawah untuk mengikuti langkah Rawatan Membuang Ketuat. Selamat mencuba!
1. Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat). Basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster .Biarkan semalaman.
2. Ketuat yang tidak disapu vaseline..kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.. Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar..pada hari pertama dan kedua tiada rasa pape sebab cuka memakan sel kulit mati..pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rase sedikit pedih.
4. Kelihatan akar ketuat menjadi hitam.. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.
5. Apabila ketuat jadi macam ni,boleh la korek sikit demi sedikit. Boleh korek!

ARTIKEL JAGA KESIHATAN DIRI ADA DI SINI !!!
HANYA CLICK PADA PAUTAN DI BAWAH 
@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

TOILET USE RESTRICTIONS ON TRANS GOVERNMENT EMPLOYEE LIFTED - JAPAN

TOILET USE RESTRICTIONS ON TRANS GOVERNMENT EMPLOYEE LIFTED - JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO The trade ministry has lifted a restriction...