2019年6月6日木曜日

Bil Elektrik Melambung Naik - Kerajaan PH Kejam !



Baru - baru ini heboh di media bahkan jiran tetangga kita sibuk berkata mengenai bil elektrik tetiba melambung naik!!! 
Adakah kesilapan sendiri atau pemerintahan kerajaan baru ???

Turut sama dirasai ada segelintir masyarakat yang menyalahkan pemerintahan baru Kerajaan PH telah mengaburi mata masyarakat dengan menaikkan takrif bil elektrik dengan sewenang-wenangnya. Syarikat TNB mengaut keuntungan besar dengan sejumlah pembayaran dari pengguna nanti.

Oleh yang demikian, saya terpanggil untuk berkongsikan idea bagaimana untuk mengurangkan kos bayaran elektrik yang tinggi tersebut. Idea ini saya perolehi dari membaca artikel serta memanfaatkannya sebelum saya kongsikan di dalam blog saya ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Cara Mudah Mengurangkan Bayaran Bil Elektrik

Ceritanya begini...

Bagi mereka yang sering menghadapi wang yang tidak mencukupi untuk beli ini bayar itu ataupun untuk keperluan harian, bulanan ataupun dengan erti kata lain senantiasa mengalami aliran wang tunai negatif (perbelanjaan mengatasi pendapatan), maka cara yang paling mudah adalah dengan kaedah mengurangkan kos perbelanjaan.

Sudah nampak lagi nak suluh kan..
Dan salah satu komponen yang boleh dikurangkan adalah kos bayaran terhadap bil elektrik.

Kaedah mudah untuk mengurangkan kadar bayaran bil elektrik, adalah kurangkan ataupun jimatkan lah penggunaan tenaga elektrik. Elakkan membuka tv, radio, penghawa dingin jika tiada yang menonton, mendengar ataupun penghawa dingin senantiasa dibuka walaupun ketiadaan orang yang menggunakannya. Kaya Kah Kamu ???

Jadi, dengan tahu kaedah berjimat cermat tersebut maka, perbelanjaan bulanan kita dapat dikurangkan dan akan membantu memperbaiki aliran tunai ke arah positif.


Cara Mudah Bagaimana Bil Elektrik Itu Dikira?

Seterusnya saya ingin kongsikan cara mudah untuk mengetahui bagaimana sebenarnya bil elektrik itu dikira?

Sudah pasti tuan/puan biasa terhadap bil elektrik yang diterima setiap bulan kan?

Pernahkah tuan/puan tahu ataupun bertanya bagaimana jumlah bil tersebut diperoleh?

Untuk makluman, berikut merupakan kadar harga atau tarif elektrik yang dikenakan (TNB) Tenaga Nasional Berhad ke atas setiap kediaman Domestik: 


Jumlah bil elektrik adalah dikira berdasarkan jumlah penggunaan tenaga elektrik dalam bulan tersebut didarabkan dengan kadar harga yang dikenakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Cara Mudah Bagaimana Jumlah Tenaga Elektrik Itu Dikira?

Seterusnya saya kongsikan ilmu berkenaan bagaimana pula kita mengetahui jumlah tenaga elektrik itu diambil kira dan mengakibatkan setiap penggunaan dikenakan bayaran.

Setiap peralatan elektrik mempunyai kadar penggunaan tenaga yang berbeza-beza dan mengikut kuasa yang ditetapkan. Kebanyakan peralatan elektrik telah ditetapkan dan dilabelkan dalam nilat Watt (W).

Sebagai contohnya, sebuah tv dengan nilai kuasa 300 W, ini bermakna dalam satu jam penggunaan tv tersebut, sebanyak 300 Watt lah tenaga elektrik yang akan digunakan.

Jika tv tersebut digunakan selama 5 jam sehari, maka jumlah penggunaan sehari adalah 300 Watt X 5 jam = 1,500 Watt @ 1.5 kWh.

Manakala untuk tempoh sebulan pula, penggunaan elektrik bagi tv tersebut adalah 1.5 kW X 30 hari = 45 kWh.

Ini bermakna, kos bil elektrik yang akan ditanggung bagi penggunaan tv itu sahaja adalah 45 kWh X 21.80 sen = 981 sen @ RM 9.81 (sebagai contohnya).

Mengapa Kita Perlu Tahu Cara Bil Elektrik Itu Dikira?

Sebab, apabila kita memahami konsep pengiraan di atas, maka mudahlah untuk belajar dan juga merancang sendiri cara menjimatkan elektrik dan seterusnya kadar bayaran bil elektrik dapat dikurangkan. 

Daripada pengiraan di atas, dapat dilihat bahawa jumlah bil elektrik adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu Tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga penggunaan tenaga elektrik itu sendiri.

Untuk Tarif TNB, kita tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengawalnya kerana ditentukan oleh kerajaan.

Walau pun pentadbiran dan pemerintahan kerajaan yang baru, saya yakin tarif tersebut tidak akan banyak berubah kerana kos ubah menghasilkan tenaga elektrik sememangnya tinggi.

Sebaliknya, kita boleh mengawal penggunaan tenaga elektrik untuk mengawal jumlah bil elektrik bulanan.

Penggunaan tenaga elektrik adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor utama iaitu nilai kuasa peralatan elektrik itu sendiri, beban kerja peralatan elektrik dan juga tempoh masa penggunaannya.

Terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh diambil kira sama ada ianya boleh kita kawal yang bertujuan untuk mengurangkan kadar penggunaan dan seterusnya menurunkan jumlah bayaran bil elektrik.

Jadi, secara umumnya kita boleh menjimatkan kadar penggunaan elektrik dengan penggunaan yang tenaga yang cekap dengan beberapa cara iaitu :

# 1 - Menggunakan Peralatan Elektrik Dengan Cara Penggunaan Tenaga Yang Cekap

Jika anda biasa pergi ke kedai yang menjual peralatan elektrik, pasti pernah terlihat label cekap tenaga (energy efficiency label) yang ditampal pada sesetengah peralatan elektrik yang dipamerkan. 


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Label cekap tenaga tersebut adalah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, dan merupakan label yang menunjukkan tahap kecekapan penggunaan tenaga elektrik bagi peralatan tersebut dan seterusnya menjimatkan tenaga (tenaga diperbaharui).

Label ini wajib ditampal pada peralatan elektrik (penghawa dingin, peti sejuk, televisyen dan juga kipas rumah).

Tahap kecekapan tenaga peralatan tersebut diberikan star-rating tertentu; semakin banyak bintang, maka semakin peralatan tersebut cekap penggunaan tenaga dan penjimatan tenaga elektrik digunakan. 

Sebelum membeli peralatan elektrik, utamakan model yang mempunyai star-rating yang tinggi, iaitu 4 atau 5, supaya anda akan mendapat penjimatan elektrik kelak.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


# 2 - Menggunakan Peralatan Elektrik Dengan Cara Spesifikasi Yang Bersesuaian

Secara umumnya, semakin tinggi spesifikasi sesuatu peralatan elektrik (bagi jenis yang sama), semakin tinggi kadar penggunaan tenaganya.

Sebagai contoh, televisyen yang bersaiz 48 inci sudah semestinya menggunakan tenaga elektrik yang lebih berbanding dengan penggunaan televisyen bersaiz 32 inci.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Begitu juga dengan penggunaan penghawa dingin, sebagai contoh berkapasiti 12 btu mesti akan menggunakan tenaga yang lebih rendah berbanding penghawa dingin berkapasiti 24 btu.

Bagi memastikan tidak berlakunya pembaziran elektrik secara berlebihan, pastikan peralatan elektrik yang digunakan adalah sesuai dari segi spesifikasi saiz, kapasiti, kuasa dan juga penggunaan tenaganya.

Sebagai contoh, gunakan pendingin hawa dengan kuasa yang optimum dengan saiz ruang.

Ataupun, menggunakan peti sejuk yang sesuai bergantung kepada berapa banyak bahan mentah yang akan disimpan dan juga biasanya ianya bergantung kepada bilangan anggota isi rumah.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

# 3 - Menggunakan Peralatan Elektrik Dengan Cara  Yang Betul

Bagi memastikan kurangnya pembaziran tenaga elektrik, peralatan elektrik hendaklah digunakan dengan cara yang betul seperti mana kaedah spesifikasinya.

Sebagai contohnya, mesin basuh yang mempunyai kapasiti 10 kg, maka pastikanlah berat pakaian yang hendak dibasuh tidak melebihi berat tersebut.

Penghawa dingin, jika ditetapkan pada suhu terlalu rendah, akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.

Memadailah untuk menetapkan suhu 25 hingga 27 Celcius.

Peti sejuk, jika terlalu kerap dibuka ataupun ditutup juga boleh mengakibatkan pembaziran tenaga.

Selain itu, peti sejuk yang disumbat dengan terlalu banyak barang sehingga hampir memenuhi peti sejuk juga menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik.

Kunci terhadap mengurangkan permasalahan ini adalah dengan teknik penjimatan bil elektrik anda dengan menggunakan peralatan elektrik dengan kaedah yang betul.

# 4 - Hadkan Penggunaan Peralatan Elektrik

Kaedah seterusnya adalah dengan cara mudah iaitu menghadkan penggunaan peralatan elektrik.

Kita harus merancang bila, bagaimana dan siapa yang harus benar-benar akan menggunakan peralatan elektrik tersebut.

Di sini, perlunya anda membuat kawalan dan menetapkan peraturan berkenaan tempoh penggunaan peralatan elektrik di kediaman anda.

Hadkan masa untuk menonton televisyen, lebih baik untuk buat aktiviti yang bermanfaat seperti membaca buku dan juga pergi beriadah di luar.

Hadkan juga masa bagi penggunaan penghawa dingin, cukup untuk sekadar menghilangkan rasa panas sahaja.

Simpan air dalam termos, supaya air tidak perlu dipanaskan berulang-ualang kali menggunakan cerek elektrik.

Gunakan cahaya matahari semula jadi bagi menerangi rumah pada waktu siang berbanding menggunakan cahaya lampu elektrik.

Semua ini adalah contoh cara-cara bagi menghadkan penggunaan elektrik.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

# 5 - Tutup Suiz dan Cabut Semua Soket Peralatan Elektrik

Tutup suiz komputer apabila siap kerja.

Tutup suiz televisyen apabila tidak ditonton lagi.

Tutup suiz lampu apabila keluar dari bilik tandas atau pun bilik.

Tutup suiz periuk nasi apabila selesai masak nasi.

Tutup suiz saterika apabila selesai menggunakannya.

Pendek cerita, untuk mengelakkan pembaziran tenaga elektrik, tutup semua peralatan elektrik yang tidak digunakan.

Kalau letak pada standby atau sleep mode, tenaga elektrik masih digunakan, jadi lebih baik tutup sahaja. 

Lepas tutup suiz, cabutlah soket daripada plug. Ianya adalah bagi mengelakkan dari berlakunya panahan petir yang boleh merosakkan peralatan elektrik kita. Ianya sering terjadi dan tidak mustahil peralatan elektrik yang masih terpasang dan lupa untuk menanggalkan plug mengakibatkan aliran elektrik masih berjalan.

Itulah sahaja 4 cara bagi menjimatkan elektrik secara umumnya yang saya kongsikan. 

Apabila dah dapat jimatkan penggunaan elektrik, jumlah bil elektrik bulanan kita Insya Allah akan berkurangan.

Maka, akan berkuranglah jumlah perbelanjaan bulanan kita.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Seterusnya nanti saya akan kongsikan mengenai Cara Jimat Elektrik Secara Spesifik Mengikut Jenis Peralatan Elektrik, pada artikel yang akan datang.

Tunggguuuuuuu !!!!


Artikel Lain Anda Perlu Baca !!!











@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto Masters Japan Badminton 2024

   https://youtu.be/2VY_X0dcp7I?si=i93COAZhMP7uZhqj >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<