2019年6月3日月曜日

Cara Orkid Cepat Berbunga dan Sihat - Hanya dari Laman Jackie San Orkid Garden


HOBI ITU APA?



Kita memang sering diajukan soalan tentang apa hobi kita betul tak???
Sekiranya diajukan tentang hobi, ramai yang akan menjawab jawapan-jawapan yang biasa kita dengari iainya hobi saya adalah bermain boling, squash, bermain video game (paste), bertanam, berkayak, melancong, membaca, berkaraoke dan juga sebagainya. Agak jarang seseorang ingin mengaku tentang hobi mereka yang kedenganran agak pelik dalam masyarakat kita. Mereka mungkin bimbang dilabelkan atau dicop sebagai seorang yang ketinggalan zaman, kolot, lokek, tidak mengikut arus pemodenan, hidup penuh ketakutan, sering berfikiran negatif, sayangkan duit (PELIK BUKAN)!!!

Walaupun bagi kita hobi seseorang itu pelik, namun begitu, selagi aktiviti mereka memberikan kepuasan kepada diri sendiri, maka itulah namanya hobi mereka. Mereka sahaja yang mencapai kepuasan dan sesungguhnya duit mereka yang digunakan dan tidak melibatkan belas ehsan anda untuk KOMEN!!!

Seseorang yang mempunyai hobi yang agak pelik tidak perlu malu untuk menyatakan hobi mereka selagi hobi itu tidak memudaratkan diri mereka sendiri ataupun menyusahkan orang lain.

Oleh itu, apakah itu hobi???

Bagi saya yang mempunyai hobi yang pelik2x belaka....

HOBI >>>> Merupakan sesuatu aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberikan kepuasan kepada diri dan memberikan ketenangan jiwa. Hobi ini tidak boleh dipaksa-paksa untuk melakukannya, tidak boleh dijual beli bahkan ianya tidak boleh diwariskan. Jarang sekali kita dengan perkataan "hobi ni dari ayah ku dulu ni".

Tidak juga dinafikan hobi dilakukan kerana mengikut seseorang, mengikut peredaran masa dan juga persekitaran. Tapi selagi ianya memberikan ketenangan dan juga kepuasan maka, itulah namanya "HOBI".


Untuk Entri ini, saya kongsikan di antara hobi saya dari hobi Aktif Sukan bermain bowling, squash, renang dan juga olahraga sehinggalah bertanam bunga dan juga orkid. Di bawah ini saya kongsikan serba sedikit teknik bertanam orkid, penjagaan serta jenis baja yang digunakan.


Cara Mudah Bertanam Orkid

# A - Media Penanaman Orkid
Penanaman orkid memerlukan kita untuk menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya. Terdapat beberapa jenis media yang selalu digunakan oleh peminat orkid. Ianya bergantung kepada penanam untuk memilih kesesuaian media mengikut iklum mikro* kawasan penanaman orkid anda. Setiap media diterangkan secara ringkas untuk memudahkan pengemar orkid mendapatkan gambaran penggunaannya.

i). Sabut Kelapa
Salah satu media yang popular bagi tujuan menanam orkid adalah sabut kelapa. Sabut kelapa adalah media yang sering digunakan yang bertujuan untuk mengekalkan kelembapan dan untuk mengelakkan dari siraman ke atas pokok orkid kekal kandungan airnya di dalam pasu.

 ii). Pecahan Batu Bata
Batu Bata juga adalah media popular yang digunakan dan mudah didapati. Ianya digunakan untuk media menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Biasanya pecahan batu bata ini dimasukkan ke dalam pasu beserta dengan arang. Tujuan batu bata digunakan sebagai media penanaman orkid adalah untuk mengekalkan suhu dalam pasu untuk pengembangan akar pokok orkid serta membantu untuk menstabilkan pokok orkid sebelum akar baru tumbuh. Jenis batu bata yang sering digunakan adalah dari jenis batu bata (berwarna merah).

 iii). Pecahan Kayu Arang
Kayu arang juga adalah media popular yang digunakan untuk menanam orkid. Bahkan kayu arang amat mudah didapati di kedai-kedai runcit. Hanya pastikan arang yang ingin digunakan berasal dari kayu dan bukannya arang biasa.

 iv). Potongan Batang Paku Pakis Gajah
Media ini juga sering digunakan oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpan air dengan lebih lama dan mengekalkan kesan buruk daripada teknik penyiraman melampau. Batang paku pakis ini fungsinya sama dengan penggunaan sabut kelapa (yang bertujuan mengekalkan kelembapan air) untuk kegunaan orkid.

 v). Tunggul Kayu
Media ini sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Ia mudah diperolehi di dalam hutan, di ladang-ladang sawit atau di tepi sungai.

Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. 

Selain itu, kaedah mudah untuk membiak orkid adalah hanya ikat orkid di dahan pokok atau tunggul kayu yang masih tegap dan biarkan sehingga pokok orkid akan mengeluarkan akar baru dan akan kekal di dahan atau tunggul kayu tersebut. Kaedah ini bukan sahaja menjimatkan wang ringgit malah menggunakan tunggul kayu yang tidak berguna tadi menjadi keperluan dalam memelihara alam sekitar.



# B - Media Pembajaan Orkid
Pembajaan orkid adalah sesuatu yang mesti diberi perhatian kepada tanaman termasuklah pokok orkid bagi mendapatkan kualiti hidup orkid yang lebih baik serta subur bahkan mengeluarkan bunga dengan cepat. Bagaimana teknik untuk membaja pokok orkid ???

Kerja - kerja membaja pokok orkid haruslah dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tetapi jika inginkan hasil yang terbaik adalah digalakkan jika mempunyai masa dan waktu terluang untuk melakukan aktiviti pembajaan 2 kali dalam seminggu.

i) Panduan Memilih Baja Orkid
Terdapat banyak jenis baja orkid di pasaran. Terpulanglah kepada pengemar orkid untuk menggunakan baja yang mana satu.

Jika saya, saya akan menggunakan produk yang terbaik ini. Ianya bukan sahaja mengalakkan pokok orkid saya hidup subur, bahkan mempercepatkan tumbesaran orkid, mengalakkan dan mempercepatkan pengeluaran akar baru serta cepat mengeluarkan bunga. Saya gunakan baja cecair "BOOSTER" . Baja Orkid ini memang terbaik. 

JIKA BERMINAT BOLEH PM SAYA UNTUK HARGA PROMOSI....!!!





Selain itu, penggunaan air basuhan beras (yang diperam semalaman) juga sering saya gunakan untuk menyiram tanaman orkid. Ianya bukan sahaja menyuburkan batang pokok orkid bahkan menjimatkan wang ringgit saya.


KOLEKSI ORKID DARI TAMAN
>>>Jika Berminat Boleh Datang Terus Ke Taman Orkid Saya Untuk Harga Terbaik<<<<
" JACKIE SAN ORCHID GARDEN "




























                      















                                                                


























































 
 








































TEKNIK PENJAGAAN BERTANAM ORKID DLL

>>>CLICK ARTIKEL <<<






@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<