2019年7月10日水曜日

Bertandak atau Bermukun Sarawak

Apa itu Bertandak ataupun Bermukun Sarawak ?

Bermukun ataupun bertandak sebenarnya dikenali sebagai salah satu aktiviti di kampung berbentuk hiburan. Ianya kerap dijalankan ketika berlangsungnya sesuatu majlis perkahwinan (nikah) dan juga ianya masih dipraktikkan khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Negeri Bumi Kenyalang (Sarawak).

Bertandak ataupun Bermukun kebiasaannya dilangsungkan pada waktu malam iaitu selepas solat Isya sebelum sesuatu majlis persandingan kedua mempelai dan kini bermukun atau bertandak telah dimartabatkan dalam majlis-majlis rasmi, keraian ataupun majlis keramaian umum di Negeri Sarawak.

Selain itu, adat serta tradisi ini terus hidup ketika arus pemodenan pantas menghakis seni budaya lain di Sarawak dan kesanggupan sesetengah pihak untuk mengadakan majlis keramaian khas untuk memperkenalkan serta mengekalkan budaya ini terus subur sebagai irama asli sejak berzaman.

Terbaru, Karnival Besar-Besaran Bermukun ataupun Bertandak telah diadakan selama tiga hari berturut-turut dan telah disenaraikan di dalam "Book Of Record Malaysia".

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sejarah Bermukun

Bermukun atau bertandak tidak dapat dipastikan bila sebenarnya ianya wujud.

Bagaimanapun, terdapat elemen-elemen unik di dalamnya yang turut membolehkan muzik asli bergenerasi lamanya ini terus dikekalkan hidup dalam kalangan Masyarakat Bumi Kenyalang.

Menurut Encik Sapian Morni, 47 Tahun, bertandak atau bermukun sebenarnya berasal dari salah satu aktiviti ritual Masyarakat Melayu pada zaman dahulu kala.

"Asal - usul bermukun ini adalah salah satu daripada ritual berbentuk perubatan dalam kalangan masyarakat khususnya Melayu di Negeri Sarawak pada satu ketika dahulu".

Disebabkan itu, akhirnya bertandak atau bermukun menjadi popular dan berubah mengikut keadaan persekitaran dan kesesuaian zaman.

Pada dahulu kala sebenarnya ritual daripada bermukun ataupun bertandak bertujuan untuk mengubati pesakit dan ketika itu alat muzik yang digunakan hanyalah gendang sahaja.

Setelah kedatangan Islam iaitu sekitar 1800 an, elemen alat muzik pada upacara bermukun atau bertandak telah digabung dengan permainan alat gambus.

Permainan alat muzik gambus digabung bersama dalam aktiviti bermukun menyebabkan aktiviti bermukun atau bertandak menjadi semakin hebat. 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Daripada aktiviti ritual perubatan mengabungkan gambus dan bermukun membolehkan aktiviti ini sebagai hiburan dalam kalangan masyarakat Melayu ketika keramaian.

Sehinggalah suatu ketika pada 1800 an, yang mana elemen permainan alat muzik seperti biola turut dimasukkan ke dalam aktiviti bermukun ataupun bertandak dan seterusnya menyaksikan akordian menjadi penambah ceria kepada muzik pada aktiviti persembahan bertandak dijalankan.

Generasi silih berganti. Dari Tua Ke Muda. Malah kini dengan adanya generasi baru, pengantian bunyian akordian dengan alat muzik keyboard atau organ demi alunan muzik yang lebih menarik serta lunak bunyinya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Apakah Syarat Untuk Bertandak ataupun Bermukun ?
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Elemen berpantun adalah sebagai pelengkap dan satu kemestian kepada aktiviti bermukun atau bertandak dan alat-alat muzik seperti yang dinyatakan di atas adalah elemen tambahan sahaja.

Bermukun terdiri daripada empat orang "iaitu Mak Gendang" atau "Seh Gendang" dan ianya mesti dimainkan oleh golongan wanita sahaja.

"Gendang mesti dimainkan oleh wanita sahaja dan ia tidak boleh dimainkan oleh lelaki untuk bermukun".

Sebaliknya pula bagi aktiviti "bertandak" di hadapan pemain gendang, ia hanya boleh dilakukan oleh golongan lelaki dan tidak boleh disertai oleh wanita suatu ketika dahulu. Biasanya bertandak disertai oleh enam lelaki yang akan beraksi secara berpasangan.

Tidak pula dinyatakan mengapa peraturan berkenaan ditetapkan, tetapi itulah syarat bermukun yang harus diikuti.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Di Mana Asalnya Bermukun ?

"Bermukun memang berasal dari Negeri Sarwak, dan bermukun memang berasal dari Bumi Kenyalang".

Untuk mengenalpasti kebenaran asal-usul bermukun ini, penyelidik telah mengembara bukan sahaja ke negara jiran iaitu Negara Brunei Darussalam, tetapi turut mengembara ke Sumatera, Sambas dan juga Negeri Johor.

Bermukun ataupun bertandak kini, bukan sahaja Melayu bahkan Masyarakat Melanau, Iban, Cina, Orang Ulu dan mana-mana suku kaum di Negeri Sarawak amat menyukainya. 

Tidak menjadi masalah bagi Industri Pelancongan di Negeri Sarawak menjadikan aktiviti bermukun ataupun bertandak sebagai daya penarik pelancong untuk mengunjungi Negeri Bumi Kenyalang ini.

Insya Allah.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Menariknya Negeri Sarawak 






@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

Explore Akiyoshido Cave (秋芳洞, Akiyoshidō) Khusyu Area

   https://youtu.be/bh5Rlyzg1K4?si=jiuc-RyCTpi07_qH >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<