2019年7月1日月曜日

Tip Mudah Menang Sijil Simpanan Premium BSN

Cara Mudah Menang SSP 

(Bank Simpanan Nasional)



Tiada sebarang cara untuk kita MEMASTIKAN kita boleh menang cabutan SSP BSN. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk MENAIKKAN PELUANG kita memenangi cabutan ini.

1. Gunakan Duit Yang Anda Tidak Perlukan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Semakin banyak kita beli sijil simpanan premium tidak akan menjamin kita untuk memenangi RM 1 juta. Oleh itu, jangan terlampau ghairah untuk membeli SSP BSN.
Sekiranya SSP BSN dibeli menggunakan wang yang sepatutnya kita guna ke arah lain, kemungkinan besar simpanan itu tidak akan bertahan lama.
Kita akan menebusnya untuk kegunaan sendiri sebaik sahaja matang.
Elakkan situasi ini berlaku.

leh itu, kita perlu gunakan duit yang kita anggap sebagai lebihan, atau sememangnya telah kita khaskan (ditetapkan dalam budget) untuk membeli SSP. Dengan itu, kemungkinan untuk kita menebus kembali sijil simpanan premium tersebut akan menjadi rendah.

2. Simpan Banyak vs Simpanan Konsisten.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Secara peribadi, saya merasakan simpanan secara kerap dan berkala adalah lebih baik daripada simpanan sekaligus yang banyak. Kenapa?
Sekiranya kita tidak fokus kepada jumlah, tetapi lebih fokus kepada jadual membeli SSP, kita akan lebih berdisplin untuk membelinya.
Kepentingan mempunyai jadual dalam membeli SSP ini ialah untuk memastikan kita sentiasa memperoleh nombor sijil baharu setiap kali pembelian dilakukan.

3. Beli BSN SSP Setiap Minggu.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Teknik ini sesuai bagi mereka yang mempunyai mesin ATM atau CDM BSN berdekatan dengan tempat tinggal atau tempat kerja. Pilih hari tertentu sebagai hari membeli SSP.

Contohnya pada hari Jumaat setiap minggu, atau mana-mana hari yang kita sendiri rasa selesa dan sesuai. Elakkan hari dan masa yang ramai orang di bank kerana ia membuang masa.
Tetapkan jumlah pembelian yang rendah supaya kita mampu melakukannya setiap bulan. Jumlah paling minima untuk membeli SSP BSN ialah RM 10.
Jika anda seorang pengguna perbankan internet Bank Simpanan Nasional, MyBSN, pembelian SSP boleh dilakukan secara online.

4. Jadikan Tabiat Menyimpan Sebagai ‘Game’ yang Menyeronokkan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Manusia pantang dicabar. Cabar diri sendiri dengan menetapkan sasaran menyimpan yang realistik. Tujuannya ialah untuk membudayakan diri dalam menyimpan dan menjadikannya sesuatu yang menyeronokkan.

CABARAN MENYIMPAN 52 MINGGU MENYIMPAN DUIT.

Seperti yang selalu diulang dalam blog ini, untuk membuatkan kita lebih berdisiplin dalam menyimpan duit, dua perkara diperlukan; sasaran dan time frame.
Dalam cabaran ini kita akan menetapkan tempoh masa 52 minggu sebagai jangka masa untuk menyimpan dan RM 13,780.00 sebagai sasaran. Caranya ialah seperti berikut.
  1. Pada minggu pertama kita akan membeli SSP BSN sebanyak RM10.00.
  2. Pada setiap minggu kita akan meningkatkan jumlah pembelian sebanyak RM 10.00.
  3. Bermakna minggu kedua kita perlu membeli SSP BSN sebanyak RM 20.00, RM 30.00 pada minggu ke tiga dan bertambah setiap minggu.
  4. Pada minggu ke 52 kita akan membeli SSP BSN sejumlah RM 520.00.
  5. Selepas 45 hari dari tarikh akhir pembelian, kita sudah mempunyai jumlah sijil simpanan premium BSN yang telah matang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 13,780.
Bagi memudahkan kita, sediakan jadual pembelian lebih awal dan cuba untuk komited kepada jadual tersebut. Jikalau ada minggu kita gagal mencapai sasaran, minggu itu adalah had menyimpan kita.
Setelah gagal, mula semula dan cuba atasi had yang berjaya dicapai sebelum ini.
Teknik ini tidak hanya boleh digunapakai dalam menyimpan secara membeli SSP BSN. Teknik ini juga sesuai digunakan dalam menyimpan di tempat lain, contohnya Tabung Haji atau Amanah Saham.

APA NAK BUAT DENGAN RM 13,780.00 ?

Tetapkan tujuan menyimpan duit dari awal, supaya kita lebih bersemangat dan berdisiplin.
Sebagai contoh, kita ingin melaksanakan cabaran menyimpan duit 52 minggu ini sebagai tabungan mengerjakan ibadah haji,belanja untuk majlis perkahwinan, atau deposit membeli rumah.
Dengan ada sebab yang kukuh sebegini kita akan menjadi lebih serius dalam menyimpan dan akan berusaha memastikan sasaran menyimpan mingguan tercapai.

Find and recognize YOUR OWN big WHY, to keep you going..
Setelah jumlah RM 13,780.00 tersebut tercapai, tebuslah kesemua sijil simpanan premium itu dan laksanakanlah hajat kita.
Kelebihannya, sekiranya dalam tempoh 52 minggu tersebut kita bertuah dalam sebarang cabutan bulanan SSP BSN, sasaran kita akan tercapai lebih cepat dari jangka masa asal.
52 minggu hampir bersamaan dengan 10 bulan. Bermakna kita akan dapat menyertai 10 siri cabutan bulanan. Pada minggu ke 24 pula, kita layak untuk menyertai cabutan istimewa kerana jumlah simpanan SSP telah mencecah RM 3,000.00.
Pada bulan pertama dan kedua kita layak untuk cabutan bulanan (2 kali cabutan) dan pada bulan ketiga sehingga ke 10 (7 kali cabutan) kita layak untuk cabutan istimewa dengan hadiah RM 1 juta.

Sekiranya sijil kita terpilih sebagai pemenang utama pula, semestinya jumlah yang berjaya dikumpul menjadi berlipat kali ganda daripada sasaran asal kita.

5. Penyimpan Baru dan Lama Punya Peluang Yang Sama.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kenyataan ini adalah berita baik bagi mereka yang baru menyimpan. Bagi yang telah lama menyimpan pula, apabila melihat orang yang tidak sampai setahun menyimpan menang, begitu sakit hatinya.

Terimalah hakikat kemenangan dalam SSP BSN adalah rezeki semata-mata. Perbetulkan tujuan kita menyimpan bukan untuk menang, tapi adalah atas sebab the big why kita sendiri.
Menyimpan untuk sasaran asal kita, jika ada rezeki kemenangan kita bersyukur. Jika tiada, sasaran dan jangka masa menyimpan kita tetap tidak terjejas.

6. Kongsikan Tips Menyimpan Anda.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Terdapat banyak tips dan cara menyimpan yang boleh dipraktikkan. Tiada cara yang lebih baik dari yang lain. Setiap cara mempunyai kelebihan kan kelemahan masing-masing.
Apabila kita menghebahkan cara dan teknik kita menyimpan, kita secara tidak langsung memohon sokokngan individu di sekeliling kita. Mereka akan mengingatkan kita sekiranya kita tidak lagi mengikut konsep yang kita canang selalu.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



@ Jackie San

21 件のコメント:

  1. Tip Mudah Menang Sijil Simpanan Premium BSN

    返信削除
  2. Hmm.. Lebih kpd menggalakkan org buat saving je..

    返信削除
  3. Dah lama sangat menyimpan slm ssp bsn. Jumlahnya pun mmg dh layak tuk mendapat cabutan sejuta rm atau kereta merc atau bmw tapi sampai skang tak de apa2 pun

    返信削除
    返信
    1. Mmg layak cbutan btuah 1 juta dan krta tpi tak layak nak dapat bukan rezeki. Yang masuk nie bukan ratus ribu orang. Tapi bejuta orang buat Simpanan. No pun lebih beratus juta nak cabut. Atas rezeki je dpt.

      削除
    2. Lama dh beli x dapat2 lago😭

      削除
  4. siapa yg pernah dpt hadiah cabutan utama, boleh share macam mana boleh dpt tu...?

    返信削除
  5. Lbih 20 thn labur ssp ni x dpt hadian besar pn
    Minta3 bln dpn ade nasib la
    Byk jgk mlabur

    返信削除
    返信
    1. Mmg layak cbutan btuah 1 juta dan krta tpi tak layak nak dapat bukan rezeki. Yang masuk nie bukan ratus ribu orang. Tapi bejuta orang buat Simpanan. No pun lebih beratus juta nak cabut. Atas rezeki je dpt.

      削除
  6. It's a pleasure for me to write this testimony about this wonderful thing that happened to me last week on how i got my peripheral artery disease (PAD) cured, i have been reading so-many post of some people who were cured of peripheral artery disease (PAD), but i never believed them, I was hurt and depressed so I was too curious and wanted to try dr emu when i contact him, he assured me 100% that he will heal me, i pleaded with him to help me out, it's a great success that he healed just as he promised, he told me that in three days time that i should go and check on my peripheral artery disease (PAD) status, I was floored that when i went to the hospital to check of my status that i was peripheral artery disease (PAD) negative, i never thought possible that dr emu can do miracles, i never really believed in magic but I played along with a little hope and faith and after everything but dr emu changed my life and made me a true believer you can contact him emutemple@gmail.com emutemple@yahoo.com or whatsapp Number: +2347012841542 website: https://emutemple.wordpress.com/ he said that he is also specialize on the following diseases: HERPES, HIV, ALS, HPV, DIABETES, HEPATITIS B, CANCER, SICKLE CELL, VIRGINAL DRYNESS, And Bring Back Your Ex back.

    返信削除
  7. den menang motor.. kopi power root

    返信削除
  8. Halo semuanya, nama saya Indrias Priastuti seorang wanita dari indonesia, dan saya bekerja dengan negara yang berlipat ganda, dan kami telah mendengar dan juga dari perusahaan pinjaman, saya ingin segera menggunakan media ini untuk seluruh indonesia untuk mencari pinjaman internet Sangat hati-hati - Berhati-hatilah agar tidak jatuh ke tangan scammer dan penipu, ada banyak kreditor kredit palsu di sini di internet dan beberapa dalam usaha yang tulus dan nyata,

    Saya ingin memberikan testimonial saya tentang bagaimana ALLAH membimbing saya kepada pemberi pinjaman yang sebenarnya dan dana pinjaman nyata telah mengubah hidup saya dari rumput menjadi Rahmat, setelah saya dibodohi oleh beberapa kreditur kredit di internet, saya kehilangan banyak uang untuk biaya pendaftaran . . , Garansi, pajak, dan setelah pembayaran saya masih belum mendapatkan pinjaman saya.

    Setelah berbulan-bulan di internet dan banyaknya uang yang dikeluarkan tanpa mendapatkan pinjaman dari perusahaan mereka, kemudian saya menjadi sangat putus asa untuk mendapatkan pinjaman dari kreditur kredit asli online yang tidak akan menambah rasa sakit saya sehingga saya memutuskan untuk menghubungi teman saya yang baru saja mendapat Pinjaman online, kami meresmikan masalah ini dan dia menceritakan kisah seorang wanita bernama Nyonya ELINA JOHNSON yang merupakan CEO dari PINJAMAN GLOBAL ELINA JOHNSON.

    Jadi saya dan suami mengajukan pengajuan pinjaman (Rp1.000.000.000) dengan tingkat bunga rendah 2%, tidak mengindahkan usia saya, karena saya mengatakan apa yang saya inginkan untuk membangun bisnis saya dan pinjaman saya telah disetujui dengan mudah. Tanpa stres dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit dan dalam waktu kurang dari sehari setelah sertifikat yang saya setorkan ke bank dan impian saya datang. Jadi saya ingin saran yang memerlukan panggilan cepat sekarang atau email di elinajohnson22@gmail.com
    Tak berhenti sampai disitu, sang ibu memastikan tim ahlinya membantu Anda tentang cara berinvestasi sehingga Anda tidak akan pernah bangkrut lagi dalam hidup Anda.
    Dia adalah wanita yang sangat baik dan dia tidak tahu saya melakukan ini. Saya berdoa agar ALLAH memberkatinya atas hal-hal baik yang telah dia lakukan dalam hidup saya. Anda juga dapat menghubungi saya di indriaspriastuti2@gmail.com info lebih lanjut ..

    返信削除
  9. Kalau dah rezeki,tak akan kemana..

    返信削除
  10. Alhamdulillah belum ada rezeki lagi sy dah menyimpan spp BSN dalam 6 tahun lebih insyallah kedepan menang RM 2 juta.aamiin

    返信削除
  11. Boleh tak kalau kita membeli sijil ssp tu sebulan 2 kali or sebulan 3 kali?

    返信削除
  12. Apakah gunanya?Semua hadiah hanya bagi kaum Malay.Adakah cabutan ini dipanggil"Cabutan Kaum Malay.

    返信削除
  13. Duit yg kite bli ssp tu tak kan dapat balik kan?

    返信削除
  14. One of the most popular printer brands available is the renting impresoras valencia

    返信削除

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<