2019年9月22日日曜日

Penyakit Berjangkit Akibat Jerebu

Penyakit Berkaitan Jerebu di Malaysia Merunsingkan !

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dari 68 Stesen Pengawasan Kualiti Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 1500 (3 Petang) yang menunjukkan dua puluh enam (26) stesen berada pada bacaan tahap sederhana, tiga puluh enam (36) stesen berada pada bacaan tahap tidak sihat dan di bacaan tahap sangat tidak sihat sebanyak (6) stesen.

KKM memantau penyakit-penyakit berkaitan jerebu di 31 buah klinik sentinel jerebu, KKM iaitu konjuntivitis, asma dan jangkitan saluran pernafasan (URTI - Upper Respiratory Tract Infection). Terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 15.80% (1,187 kepada 1,375 kes) pada minggu epid (ME) 37 ( 8 - 14 September 2019) berbanding dengan purata ME 27 hingga ME 36 (30 Jun hingga 7 September 2019). Begitu juga dengan penyakit konjuntivitis, terdapat peningkatan sebanyak 24.9% (253 kepada 317 kes) pada tempoh masa yang sama manakala penyakit URTI menunjukkan penurunan sebanyak 17.3% (7,551 kepada 6,245 kes).
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

KKM akan terus memantau tren penyakit-penyakit ini. Orang ramai terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, perokok, mereka yang sentiasa terdedah dengan udara luar dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu seperti berikut:
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

a). Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu;

b. Tutup tingkat bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan;

c. Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar;
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

d. Selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila Bacaan IPU melebihi 100;

e. Banyak minum air (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) bagi mengekalkan tahap hidrasi badan;
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

f. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman;

g. Kerap membasuh muka dan bahagian badan yang terdedah dengan jerebu;
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

h. Gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) apabila melakukan aktiviti luar rumah;

i. Hidupkan alat pendingin hawa dengan mod kitaran dalam dan menutup tingkat bagi yang menggunakan kenderaan yang berdingin hawa;

j. Awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana golongan ini lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu;dan

k. Datang ke klinik kesihatan terdekat dengan segera bagi pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya jika mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru. Orang ramai boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu : http://www.moh.gov.my/index.php/pages/views/183.

KKM sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan dalam menguruskan kejadian malapetaka ini. 



Artikel lain perlu baca 

>>>CLICK LINK<<<




@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/09/penyakit-berjangkit-akibat-jerebu.html

    返信削除

Featured post

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano @Jr_Paku Midin Channel IZUMISANO Kansai International Airpo...