PAGES

2019年9月23日月曜日

Titik Panas di Sumatera, Kalimantan Melonjak - Presiden Kesal !

Titik panas di Sumatera, Kalimantan Meningkat 

KEBAKARAN HUTAN TERLAMPAU yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia penyebab berlakunya jerebu yang teruk dan merentasi sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan indek (IPU) di semua kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak demikian menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laporan status kualiti udara dan jerebu, pagi ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura kelmarin, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, terdapat peningkatan titik panas dikesan di Sumatera iaitu 777 manakala titik panas dikesan di Kalimantan telah meningkat kepada 363.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

" Asap jerebu dari Sumatera memberi kesan kepada hampir keseluruhan semenanjung. Kluster titik panas di bahagian barat, tengah dan selatan Kalimantan berterusan melepaskan asap jerebu dan memberi kesan kepada Negeri Sarawak yang terlalu hampir dengan Kalimantan, Indonesia".
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Jabatan Alam Sekitar juga memaklumkan sembilan (9) titik panas dikesan di dalam negara iaitu tiga di Selangor, dua (2) di Johor, dua (2) di Terengganau dan dua (2) di Negeri Sarawak. Terdapat titik-titik panas yang tidak dapat dicerap oleh imej satelit disebabkan oleh litupan awan yang tebal dan laluan satelit tidak dicerap sepenuhnya. 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


ARTIKEL LAIN PERLU BACA

>>>CLICK LINK<<<




@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿