PAGES

2019年10月19日土曜日

Kerajaan Sarawak Bantu Pelajar Bayar Balik PTPTN



KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan membantu anak-anak negeri untuk membayar balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meringankan bebanan kewangan mereka. 

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kabinet negeri telah membincangkan perkara ini baru-baru ini dan akan mencari dana bagi tujuan berkenaan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


"Cuma buat masa ini, kita masih mencari mekanisme terbaik sama ada kita beri dana khas kepada peminjam untuk mereka membayar balik hutang PTPTN mereka.

"Bagi masa dalam masa enam(6) bulan untuk kita mencari formula supaya semua anak Sarawak tidak susah untuk membayar hutang lagi," katanya pada Sesi Town Hall #TanykAbangJo sempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2019 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sesi berkenaan yang menyaksikan Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai moderator dihadiri kira-kira 5,000 orang anak Sarawak yang belajar dan bekerja di Semenanjung Malaysia.

Abang Johari berkata, kini apa yang penting kerajaan negeri akan mencari dana agar anak-anak Sarawak dapat membayar hutang pinjaman mereka sekali gus tanpa keberhutangan lagi.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selain itu katanya kerajaan juga akan memberi pinjaman serta biasiswa dari dananya sendiri yang akan diuruskan oleh Yayasan Sarawak khas untuk anak kita.

Pada masa yang sama beliau juga memberitahu kerajaan kini telah menganjurkan Progras Abas Orang Kamek di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Semenanjung Malaysia untuk mengangkat Kebudayaan Sarawak.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Maka itu katanya jika ada institusi memerlukan peruntukan untuk menganjurkan perayaan seperti Hari Gawai di IPT kerajaan akan mempertimbangkannya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Pengerusi pengelola LBAS 2019 juga Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing serta menteri-menteri kabinet lain.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/10/kerajaan-sarawak-bantu-pelajar-bayar.html

    返信削除