PAGES

2019年12月16日月曜日

Kes Buli Sekolah Tahfiz - Disumbat Najis Kucing Simbah Air Panas


Murid Melecur Dawa Dibuli Rakan Tahfiz dan Disumbat Najis Kucing !

KUALA LUMPUR:
Selepas insiden kebakaran asrama pada Tahun 2017 yang mengorbankan 23 orang nyawa, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang pelajarnya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat melecur disimbah air panas!

Dalam kejadian 16 Oktober 2019, mangsa berusia 13 tahun yang baruu enam bulan belajar di tahfiz itu mendakwa menjadi mangsa buli sehingga menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran HKL selama 10 hari.

Pelajar mendakwa disimbah air panas ketika sedang tidur kira-kira jam 4 pagi di asrama tahfiz berkenaan sehingga menyebabkannya melecur di bahagian badan dan paha kiri.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Dulu masa bulan tiga, kami pernah bergaduh. Dia suka kacau saya, jadi saya mampu ejek dia sebab nak lawan balik tak boleh, dia kuat.

"Petang Isnin lepas Asar, dia panggil saya pergi tingkat bawah asrama. Lepas itu dia tumbuk muka saya. Kat tingkat bawah ni memang selalu ada kucing berak. Dia ambil tahi kucing, lepas itu sumbat dalam mulut saya.

"Pagi Rabu waktu tengah tidur, tiba-tiba ada orang tumbuk. Lepas itu, saya terkejut sebab kena simbah air panas," kata mangsa ketika ditemui di HKL di sini semalam.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ibu mangsa, Siti Satariah Ahmad, 36, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu melecur 13 peratus dan kini perlu menjalani fisioterapi apabila tulang sendi bahu terjejas akibat insiden berkenaan.

"Pada Mac 2019 lalu, anak saya pernah lari dari Pusat Tahfiz pada jam 1 pagi kerana tidak tahan dikacau dan ditumbuk.

"Malam Isnin (dua hari sebelum insiden simbah air panas) saya ke tahfiz untuk berjumpa sekejap dengan anak saya itu, saya dapati ada kesan lebam tepi mata kiri. Dia kata kena pukul.

"Saya maklumkan kepada pengetua dan pengetua beritahu dia akan selesaikan sendiri perkara tersebut. Saya hubungi ibu bapa pelaku melalui WhatsApp dan sedia berjumpa pada malam esok tapi mereka tidak pernah berikan kerjasama," katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Siti Satariah berkata, difahamkan pelaku dikenakan hukuman rotan di hadapan pelajar lain.

"Selam 10 hari anak saya di unit rawatan rapi (ICU), tiada seorang ustaz dari pusat tahfiz itu datang tengok. Bil hospital lebih RM 400 kami tanggung sendiri,". Ini menunjukkan pengetua, ustaz serta pelajar di situ tidak prihatin serta memang bermasalah," dakwanya.

Siti Satariah berkata, keluarga pelaku menawarkan kos ganti rugi sebanyak RM 3,000 namun dia dan suami mahu menuntut keadilan untuk Yusof melalui perbicaraan di mahkamah dan mahukan tindakan tegas kepada pihak pengurusan Pusat Tahfiz tersebut. Tidak mungkin kematian lagi akan berlaku di pusat tahfiz tersebut jika perkara ini diambil remeh! Tegas beliau.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sebelum ini, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Muhammad Zahid Mahmod menjelaskan salah faham antara dua pelajar.

Muhammad Zahid turut mendakwa bahawa ia hanya melibatkan sebekas air panas tanpa mengakibatkan mangsa melecur selain ibu bapa pelajar terbabit bertemu untuk berbincang.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/12/kes-buli-sekolah-tahfiz-disumbat-najis.html

    返信削除