PAGES

2020年1月24日金曜日

Bonus Guru, Kakitangan Sekolah Menengah Persendirian Cina

GEORGE TOWN PULAU PINANG :

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang menyerahkan RM 300.00 seorang atau keseluruhannya berjumlah RM 166,500 bonus kepada lebih kurang 555 guru dan juga kakitangan tidak mengira bangsa di Sekolah Menengah Cina Persendirian di negeri itu.

Bercakap kepada pemberita, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyatakan bahawa pentadbirannya berhasrat memberikan RM600.00 wang sebagai bonus secara sekaligus bagi tahun 2019 lepas dan bukan lagi seperti yang diamalkan sebelum ini pada awal tahun mahupun hujung tahun.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang berharap para penerima berwajib/layak dapat berbelanja dengan berkhemah sebaiknya, sebagaimana bonus dinikmati kakitangan kerajaan serta beberapa golongan lain sebelum ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut sertai majlis pemberian bonus tersebut di Komtar pada 05 Disember yang lalu.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Seramai 156 orang penerima bonus adalah meliputi Sekolah Menengah Han Chiang diikuti Sekolah Menengah Jit Sit Persendirian berjumlah 163 orang, Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian seramai 142 orang, Sekolah Menengah Perempuan China 58 orang dan Sekolah Menengah Phor Tay Persendirian berjumlah 36 orang.

Sejak Tahun 2012 yang lalu, Kerajaan Negeri begitu prihatin dan telah mengagihkan wang dan peruntukan berjumlah RM 1,693,200 kepada semua guru dan juga kakitangan lima sekolah tersebabit setiap tahun.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/bonus-guru-kakitangan-sekolah-menengah.html

    返信削除