2020年1月7日火曜日

MP Wangsa Maju Hina Peniaga Uptown Jelir Lidah - JELIK


Januari 04, 2020 -WANGSA MAJU,

"MP Wangsa Maju menegaskan beliau tidak membuat apa-apa kesalahan pun, tindakan saya betul dan tepat. Saya rasa saya sudah lakukan sesuatu yang sangat baik kepada masyarakat dan saya rasa sangat gembira bila berbuat demikian."

Reaksi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew berhubung video yang tular beliau menghina sambil menjelir seolah-olah berkelakuan lucah ketika berlakunya provokasi di Uptown Danau kota,  awal tahun ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau berkata, baginya isu mengejek itu adalah remeh seakan-akan kekampungan berbanding terus fokus untuk menjaga kepentingan dan hak penjaja yang dipindahkan ke Bazaria Wangsa Maju berdekatan tapak lama seluas 1.2 hektar.

"Dengan berbuat demikian, terlampau banyak sokongan dan komen daripada kawan-kawan saya termasuk netizen yang bersetuju dengan tindakan yang saya buat itu. Bagi orang luar atau cybertrooper yang dibayar untuk buat komen yang jahat itu, saya tidak ambil peduli. Lupakan mereka sebab mereka itu jahat.

"Tindakan saya itu mendapat reaksi yang bagus daripada ramai netizen. Saya turut dipuji oleh masyarakat di sana kerana berjaya menyelesaikan masalah penduduk Wangsa Maju dalam masa singkat kurang dua tahun selepas menjadi Ahli Parlimen berbanding Ahli Parlimen sebelum ini boleh dikatakan makan gaji buta (TIDUR), malah netizen tersebut menyokong penuh dan teruskan usaha YB," katanya - Norshuhana Ishak.

"Saya fokus apa yang penting perlu dibuat di bawah kapasiti saya untuk diteruskan dan diuruskan agar lebih kehadapan. Saya tidak peduli apa komen negatif masyarakat terhadap video tular tersebut. Biarkan ianya viral dan yang lebih penting ribuan anak buah saya di kawasan ini sekarang semua gembira masalah semakin terlerai dan kembali aman dengan 500 penjaja diberikan tapak baru lebih selesa lengkap kemudahan," katanya dengan bangga.

Beliau yang ditemui di sidang media di pejabatnya menjelaskan, agenda utamanya adalah bagi menyediakan tapak yang lebih tersusun, memberi lesen sah kepada pemilik (hak mereka untuk menyewakannya) dan murah dengan meminimumkan gangguan kepada penduduk sekitarnya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam sesi yang sama, lapan subzon dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Wangsa Maju turut hadir menyokong penuh kepada beliau.

Wan Mahadir Wan Mahmood selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Wangsa Maju berkata, Yee Kew turut gigih berusaha membebaskan penjaja daripada penindasan pihak ketiga serta kroni politik.

"Kami turut memandang serius tohmahan serta maklumat palsu yang tular di media sosial yang mengatakan Ahli Parlimen Wangsa Maju itu bersikap rasis.

"Realiti yang mengatakan hampir 95 peratus penjaja yang sudah diberikan tapak dan lesen adalah Melayu dan selebihnya Cina sebanyak 20 tapak serta India berjumlah enam tapak," adalah tidak benar ???

Seorang Netizen melaporkan, beliau berniaga di Tapak Uptown Danau Kota sejak 2016 lagi dan beliau menyewa dari pihak yang telah diberikan kemudahan (jual tapak) berjumlah lebih dari 100 tapak (untuk disewa kepada peniaga). Pada masa tersebut RM 900/bulan + RM 100 (kemah). Ini hari biasa. Setiap hadirnya Bulan Ramadhan, sewa akan dinaikkan menjadi RM 2,500 (hampir 3 kali ganda dari harga biasa). Jelasnya lagi, yang memprotes adalah di kalangan persatuan tersebut (yang kononya nak membantu peniaga Melayu). Realitinya Persatuan tersebutlah menekan bangsa atau peniaga Melayu sendiri dengan kadar sewa 3 kali ganda tersebut. Dianggarkan dari 1 tapak keuntungan mereka RM 200 -300/tapak, disewanya menjadi RM 900. Maka kadar keuntungan RM 600-700/tapak. Kaya do....

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kesimpulan dari cerita netizen ini adalah, punca Persatuan yang sangat membantu "Peniaga Melayu" di Uptown Wangsa Maju hilang punca pendapatan yang lumayan tersebut dari peniaga-peniaga di tapak lama. Dan sekarang pihak DBKL telah menyelia tapak baru dengan kaedah...

Tapak Baru (Seliaan DBKL)
Deposit            - RM 740.00
Sewa Bulanan - RM 212.00

Tapak Lama (Persatuan 'Tolong Peniaga Melayu')
Deposit            - RM 2,500.00 (Hangus deposit)
Sewa Bulanan - RM 900.00


Haha...yang jelas di sini pihak DBKL telah menjalankan apa yang sepatutnya untuk rakyat di kawasan parlimen ini berbanding zaman ketinggalan sebelum ini.

Sebab itulah Persatuan kononya memprotes isu ini.....


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/mp-wangsa-maju-hina-peniaga-uptown.html

    返信削除

Featured post

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Japan said Thursday it...