PAGES

2020年2月20日木曜日

Juruterbang MH 370 Disahkan Bunuh Diri ?

JURUTERBANG MH370 DISAHKAN BUNUH DIRI ?
Kenyataan ini diragukan....
Semestinya belum ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH 370 berkemungkinan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membunuh diri seperti didakwa bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau juga berkata perkara itu adalah berdasarkan siasatan yang dilakukan pihaknya dengan mengambil pelbagai sudut siasatan berikutan kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines itu belum terungkai.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"APA PUN... Selagi rangka kapal terbang berkenaan (MH370) tidak ditemui, punca sebenar kehilangan pesawat itu tidak boleh dimuktamadkan.
"Namun jelas terbukti bahawa secanggih mana pun teknologi dunia, kekuatan dan kekuasaan Tuhan tiada tandingan". Jelas di sini menunjukkan dan membuktikan walaupun dunia dihadirkan dengan pelbagai teknologi moden, bidang kajian perubatan, forensik serta umpamanya CSI namun masih gagal menemui di manakah MH 370 berada".
"Sudah terlalu lama rasanya, kami masih tidak menemui sebarang rangka kapal terbang itu, apatah lagi menemui manusia yang menjadi penumpang pesawat berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Perasmian Projek Penggantian Lif di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
Abdul Hamid juga berkata beliau tidak mengetahui siapa pegawai tertinggi Malaysia yang dimaksudkan oleh Abbott dalam pendedahan yang dibuatnya menerusi program dokumentari antarabangsa.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"DI PIHAK KITA WAKTU ITU, saya sendiri terlibat dalam siasatan kehilangan MH 370 dan kami menyiasat daripada kesemua aspek termasuk dari segi keganasan, 'hijack' (rampasan kapal terbang) oleh pihak tertentu serta pelbagai teori lain menggunakan teknologi canggih sehingga banyak sangat fakta sudah terkumpul" katanya. Tapi hakikatnya masih gagal merungkai kes MH 370 itu. Beliau turut berkata, Abbott berhak menyatakan pendirian berdasarkan maklumat yang diterimanya kepada media.
"Itu privileges (keistimewaan) beliau sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, jika beliau hendak berkongsi kepada media apa yang dibualkan dengan pegawai atasan Negara Kita (Malaysia) ianya adalah terpulanglah kepada beliau.
"Saya di pihak polis tidak boleh memberikan sebarang komen selagi pesawat MH 370 masih belum ditemui berdasarkan undang-undang malah kami bersedia membuka semula kertas siasatan jika rangka pesawat itu ditemui," katanya.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sebelum ini juga, media antarabangsa melaporkan Abbott yang menjawat jawatan Perdana Menteri pada 2014 Australia ketika tragedi itu dipetik berkata pegawai 'berpangkat tertinggi' Malaysia memaklumkan kepadanya kehilangan pesawat MH 370, disebabkan tindakan bunuh diri dan pembunuhan beramai-ramai oleh juruterbang pesawat berkenaan. 
Pesawat MH 370 yang membawa 227 orang penumpang sert 12 kru hilang dari imbasan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China pada 08 Mac 2014.
Selain MH 370 pesawat kedua Malaysia Airlines yang telah membunuh ramai penumpang serta anak kapal juga MH 17 yang hancur ditembak jatuh pada tahun yang sama. Ini satu tragedi yang menyayat hati kerana sehingga kini masih belum terungkai atau terjawab penyebabnya. 
Malah sebagai rakyat Malaysia, apakah tindakan sewajarnya yang telah kementerian berkaitan ambil bagi menyelesaikan persoalan ini serta menjawab setiap persoalan hingga ke liang kubur dari keluarga mangsa ???
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


0 件のコメント:

コメントを投稿