2020年2月8日土曜日

Kewujudan TVET Diragui, Kementerian Disaran Kaji ?


TVET Diajar Saran Kaji Semula Industri Negara
Dr Mahathir hadir pada Majlis Amanat dan Aspirasi Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

PUTRAJAYA:
Penawaran program pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) disaran untuk dikaji semula sejajar mengikut perkembangan dan permintaan industri bagi menyediakan graduan yang betul-betul berkemahiran, berdaya saing serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa sebaris kebijakkan bidang lain tertinggi dunia. Saranan ini bagi menyediakan graduan berdasarkan bidang tumpuan ekonomi mengikut wilayah atau lokaliti yang dikenal pasti dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pendidikan turut menyarankan TVET harus selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama jika ingin dilihat dunia, TVET harus dijadikan sebagai antara pemboleh daya saing yang dapat memberikan ataupun menyumbang ke arah pembentukan negara yang membangun makmur dan inklusif amnya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bagi Tahun 2020 ini, katanya Kementerian Pendidikan (KPM) dan semua kementerian penyedia TVET yang lain akan memberi penekanan terhadap pelaksanaan Peta Strategi Pemerkasaan TVET yang telah dihasilkan oleh Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET.

Ia bagi menghasilkan graduan TVET yang seimbang, holistik dan bercirikan seorang usahawan seterusnya menjadi pekerja yang berkemahiran tinggi yang menyumbang terhadap produktiviti dan juga pertumbuhan ekonomi negara, katanya.

"Kesemua pihak terbabit perlu memastikan wawasan TVET yang diterajui industri bagi mengurangkan permasalahan ketidaksesuaian kemahiran, kebergantungan kepada buruh dari negara luar dan akhirnya menghasilkan graduan TVET yang memenuhi keperluan industri dapat kita capai," katanya pada majlis amanat dan aspirasi bersama warga Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata bagi menyediakan murid mengharungi Revolusi Industri Keempat, KPM akan memastikan peningkatan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dari pelbagai segi.

Peningkatan itu termasuklah bilangan murid yang mengambil mata pelajaran STEM, kemahiran penyampaian guru, aktiviti kolobaratif bersama pihak industri dan penglibatanibu bapa dalam memupuk minat murid untuk mengambil STEM, katanya.

"Untuk menarik lebih ramai murid menyertai bidang STEM, mulai tahun ini, kementerian telah menyediakan lebih banyak opsyen untuk murid memilih mata pelajaran elektif di bawah pakej STEM selain sastera dan kemanusiaan," katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dr Mahathir berkata Pelantar Pembelajaran Digital Kementerian yang dibangunkan pada 01 Julai 2019 akan terus digiatkan dan dimantapkan lagi tahun ini sebagai pemangkin pengajaran dan pembelajaran digital dalam kalangan guru dan murid melalui kebolehcapaian bahan yang lebih mudah dan juga meluas.

"Kandungan kurikulum juga dirangka merangkumi elemen-elemen seperti Objek Rangkaian Internet (IoT), pengekodan, robotik dan data raya atau big data dalam mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah untuk menarik minat murid dan memudahkan penguasaan ilmu yang hendak disampaikan," katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/02/kewujudan-tvet-diragui-kementerian.html

    返信削除

Featured post

Kumamoto Masters Japan Badminton 2024

   https://youtu.be/2VY_X0dcp7I?si=i93COAZhMP7uZhqj >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<