2020年2月26日水曜日

USTAZAH FIRAUN, DIA TIDAK LAYAK HUKUM ANAK SAYA !

Sungguh Biadab Sekali !!!
Ibu Murid Paksa Ustazah Merangkak...
Seorang Peguam Wanita Tampil Tawarkan Khidmat Guaman Saman Malu Ke Atas Ibu Murid !

25 Februari 2020 (Selasa) Sedih dan sungguh menyayat hati apabila seorang pendidik dilihat hanya mengikut kehendak ibu kepada anak didiknya yang menghukum beliau merangkak di lantai kelas!!!

TINDAKAN seorang wanita bertindak memaksa Ustazah yang juga guru anaknya merangkak di dalam kelas sebelum merakam perlakuan itu dan sengaja menularkan video tersebut ke media sosial seakan mempersendakan Ustazah berkenaan kononnya ingin mendapatkan simpati atau sokongan netizen akhirnya, mengundang reaksi marah dalam kalangan netizen.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Amat Kejam!!! Guru yang mendidik anak engkau, kau paksa Ustazah merangkak!!! Mana akal ko ??? Tak berkat ilmu anak ngko...Akan bodohlah dan x berkat ilmu yang anak ko dapat, Geram dan Geram, luahan Siti Zurilna". Dalam komennya di FB.

"Nauzubillahiminzalik!!! Ustazah tu ibarat emak di sekolah. Dia lah pendidik, dialah ibu dialah ayah! Engkau buat macam tu suatu hari nanti anak ngko akan suruh ko merangkak. Ingatlah Tuhan Maha Adil". Luahan Bibi Mambong.

"Astarfirullahalazim. Dahla menganiaya Ustazah, lepas tu nak saman ustazah pulak yer!" Nilam.

"Kementerian Pendidikan patut peka dan ambil iktibar dari banyak perkara yang mengancam pendidik sekarang ini. Ibarat kementerian buta dan membiarkan seorang pendidik yang berjasa, membimbing anak murid, bangsa agar berguna di masa hadapan akhirnya diperlekehkan dan dibuli oleh orang tua yang hanya manjakan anak." Leman Banting.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam video berdurasi 1 minit dan 15 saat itu, mungkin ada sebab tertentu membuatkan ustazah berkenaan itu dilihat tidak menunggu lama, sebaliknya terus mengajak beberapa anak muridnya untuk mengikutnya merangkak mengelilingi bilik darjah.


Namun tindakan ustazah itu mengajak anak muridnya turut sama merangkak dipertikaikan oleh wanita itu yang menyuarakan rasa tidak berpuas hatinya.

Kejadian itu turut disaksikan sekumpulan anak murid dan seorang lagi guru dalam kelas dipercayai di sebuah sekolah agama di Perak itu.

Malah video itu turut mendapat perhatian seorang guru yang terlibat dalam kegiatan kebajikan iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Menurut Cikgu Mohd Fadli, perlakuan wanita itu kononnya untuk membalas dendam kerana anaknya disuruh ustazah terbabit merangkak sehari sebelum itu disifatkan sebagai amat biadab dan tidak bermoral. Ini bukan isu agama ataupun bangsa!Persoalannya, Ustazah itu seorang pendidik, dan secara logiknya tindakan ustazah jika benar menghukum pelajarnya kemungkinan ada kesalahan yang dilakukan oleh muridnya dan memang patut anak muridnya diberikan denda. Bukannya membabi buta untuk menghukum pelajar! Mesti bersebab.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Please lah.....


Hormatilah seorang pendidik! Jika kau tidak mahu anakmu ditegur, bah...bawalah balik anak mu dan ko didiklah sendiri!

"BIadab GILA!!!
Perangai macam ini, datang dengan niat buruk kepada Ustazah yang mengajar ilmu agama. Memaksa ustazah itu merangkak sambil merakam dan memperlekehkan dengan niat menjatuhkan maruah seorang pendidik memang tidak berkat malah bodoh sepanjang zaman kepada anak, keluarga ko nanti.

"Jika ko tak suka anak didenda tak payah hantar anak ko ke sekolah la makcik! Kau ajar sendiri. Masalahnya kau pun tak pandai nak ajar anak ko, orang tolong ajarkan bukan nak berterima kasih, tapi datang nak memalukan pula, " katanya dalam satu posting di Facebook.

Berdasarkan video yang tular itu, Mohd Fadli beranggapan ustazah itu mengikut kehendak wanita itu kerana panik dan ketakutan.

"Ustazah itu agaknya panik dan dalam ketakutan. Main ikut sahaja kehendak makcik ni. Eh, panas betul hati aku tengok video tu.

"Betapa orang tak ada akal datang merendah-rendahkan maruah seorang Ustazah yang mengajar mengenal kalam Tuhan. Diperlekehkan dan dihina sebegini rupa," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadli turut berniat mahu membantu ustazah tersebut untuk menegakkan keadilannya sebagai seorang pendidik.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Siapa tahu kes kat mana? Dan tolong mana-mana peguam wakilkan ustazah ni sama malu dan segala jenis saman yang boleh dikaitkan agar pelaku yang biadab ini dikenakan tindakan yang paling berat.


"Jika ustazah tersebut tak mampu nak bayar kos guaman, aku sudi support. Kes guru atau ustazah yang dihina begini secara terbuka tidak boleh lagi dibiarkan berleluasa. Terlampau banyak kes guru, ustaz dan pendidik dibuli oleh ibu bapa yang mementingkan dan manjakan anak-anaknya. 

Jika kita lihat dan perhatikan dewasa ini, kebanyakan ibu bapa yang terlampau manjakan anak-anak serta tidak membenarkan anak-anaknya ditegur, dirotan di sekolah, lihatlah x sampai ke mana masa depan anak-anak itu. Tu...yang banyak jadi perogol, perompak, pembuli, penagih dadah malah sekolah pun x habis.!!! Semua golongan ini...hurmmmmm yang hasil didikan ibu bapa jenis macam ni la!!!!

"Ini satu penghinaan yang amat pada adab menuntut ilmu!." katanya.

Tindakan itu turut dikecam ramai netizen dengan rata-rata menyifatkan wanita itu sebagai bodoh dan tidak berperikemanusiaan. 

Wanita itu boleh dikategorikan FIRAUN abad ini.
INgatlah Nanti Akhirnya Kau Sendiri Yang Diarah Merangkak Oleh Anak Manja Kau Itu!!! Luahan Netizen.

"Subhanallah tunggu balasannya nanti. Takkan berkat ilmu yang anak-anak dia peroleh, " kata Bunda Nur.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/02/ustazah-firaun-dia-tidak-layak-hukum.html

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<