PAGES

2020年3月24日火曜日

Penjawat Awam Persekutuan di Sarawak Bakal Terima RM 500 Bantuan Khas Seawal Mei 2020 - KM Abang Jo

BANTUAN KHAS RM 500 BAGI PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN DI SARAWAK DIBAYAR MEI INI

KUCHING : Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM 500 kepada setiap penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Bumi Kenyalang pada tarikh lebih awal, iaitu pada Mei 2020.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia selaras dengan pengumuman Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 04 Disember 2019.

"Bantuan tersebut akan diberikan kepada penjawat awam persekutuan berjumlah 126,000 orang yang berkhidmat di Negeri Sarawak dan pembayaran akan dibuat pada Mei 2020 iaitu lebih awal dari Bulan Jun  2020 seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini," katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/penjawat-awam-persekutuan-di-sarawak.html

    返信削除