2020年3月15日日曜日

PERHIMPUNAN TABLIGH TULAR COVID-19 TERTINGGI


Peserta Ijtimak Tabligh Positif COVID-19



"KEMENTERIAN KESIHATAN TURUT MELETAKKAN RISALAH YANG MENYATAKAN KESAN JANGKITAN COVID-19 DI BALAI KETIBAAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA) SEBAGAI LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PENYEBARAN WABAK BERKENAAN."

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) 
-Mengesahkan seorang peserta ijtimak tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga Mac lalu kini positif COVID-19. 

Pesakit yang dikenal pasti warga tempatan yang berusia 60 tahun itu adalah kes ke - 131 yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mula mempunyai gejala demam, batuk termasuk selesema pada 04 Mac 2020 lalu.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit itu sesak nafas pada 08 Mac 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama.

"Satu siasatan teliti telah dilakukan terhadap pesakit ke-131 itu dan didapati dia mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.

"Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk Malaysia dengan penyertaan melebihi 5,000 orang," katanya dalam kenyataan di Facebook.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menurutnya, pesakit kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 09 Mac 2020 dan ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini disahkan positif pada keesokan harinya.

"Ketika ini pesakit ini sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan," katanya.

Katanya, KKM menasihatkan mereka yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dari 28 Februari 2020 hingga 01 Mac 2020 lalu segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung tularnya jangkitan COVID-19 dan berhubung terus CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

Sebelum ini Noor Hisham berkata, berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk Malaysia dengan penyertaan melebihi 5,000 orang Seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak).

Terkini 14 Mac 2020 (Sabtu), 2 kes baru yang diterima daripada peserta tabligh dari Bahagian Limbang Sarawak dan mereka di antaranya adalah kakitangan kerajaan negeri. Mangsa telah disahkan positif dan telahpun dikuarantin bagi mengelak tularnya jangkitan virus berkenaan terhadap keluarga, sekitar serta masyarakat awam.

Maklumat itu adalah berdasarkan kes positif yang disahkan COVID-19 di Brunei melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan kepada IHR FP Malaysia.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/perhimpunan-tabligh-tular-covid-19.html

    返信削除

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<