2020年4月11日土曜日

Bos suruh balik Malaysia - PKP Singapura

NETIZEN TAK BERSYUKUR...
KUTUK PUSAT KUARANTIN JOHOR BAHRU !

AMAT KETERLALUAN !

Demikian disifatkan seorang pengguna FACEBOOK yang memuat naik dan menghina Pusat Kuarantin yang dikuatkuasakan Kerajaan Negeri Johor Bahru. Bahkan penghinaan juga ditujukan dengan mengherdik golongan MA, Doktor, Pembersih Bangunan serta pihak pengurusan bahkan #Frontliner yang bertugas turut terkesan dengan tindakan beliau.

Pengguna yang bernama Jaspal S. Dyna itu dipercayai mendakwa pusat kuarantin Johor Bahru sebagai pusat kuarantin bagi warga Malaysia yang kembali dari Singapura sebagai terok, kotor dan jijik.

"Pusat Kuarantin di Johor Bahru amat menggelikan, terlalu kotor. Dahla kami diletakkan 3 -4 orang dalam satu bilik. Mereka ingat binatang ka kami ni!!!


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Binatang pun tak nak duduk dalam bilik macam itu. Tolong kami, bantu kami, kami bukannya binatang! Kalau macam nilah, bagus kami mati daripada duduk pusat kuarantin ni," katanya dalam FACEBOOK Kelmarin.

Begitulah kecamannya terhadap kemudahan pusat kuarantin yang disedikana oleh kerajaan bagi mengisolasi warga Malaysia yang kembali dari Singapura selepas diarahkan untuk balik ke Malaysia itu.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (Marsah), Johor Bahru kelmarin dijadikan pusat kuarantin sementara oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan wabah COVID-19. Berikutan desakan majikan Singapura ke atas semua pekerja asing, maka pekerja asing Singapura diarahkan untuk meninggalkan negara itu akibat COVID-19. Manakala bagi pekerja yang berkhidmat di sektor gerai atau kedai makan masih diperlukan bagi meringankan bebanan penduduk negara itu untuk mendapatkan perkhidmatan makan dan minum.

Isolasi berkenaan dilaksanakan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sehingga 14 April 2020 ini.

Bagaimanapun, Jaspal yang menghina sekeras-kerasnya pusat kuarantin berkenaan dikecam netizen dan Jaspal disifatkan kejam dan tidak mensyukuri apa yang negara dan Frontliner korbankan untuk mereka.

"Saya tidak rasa Jaspal untuk pulang ke Johor. Sepatutnya dia tidak payak kembali ke Malaysia terus. Kalaulah dia merenggek dan jijik matanya memandang apa kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor, baik duduk ja dekat Singapura ataupun kalau kaya sangat dan banyak duit, kuarantin kan dirinya dekat hotel Singapura dari menyusahkan kita.

"Kalaulah Tuhan hadiahkan Jaspal COVID-19, nanti memberi kesan pulak ke atas rakyat Johor. Jalan terbaik biarkan dia mati dekat Singapura, itu masalah dia sendiri,"kata Jim MH.

"Pertama sekali lihat sampah boleh mengadu berkenaan pusat kuarantin. Dia sepatutnya duduk dekat tong sampah, " Kecam Hazlan Hidzir.

"Orang bagus mati daripada duduk situ? Jadi, tunggu apa lagi, pergilah mati cepat, " Luahan Mohd. Fairuz Khalid.

"Sepatutnya Jaspal tu bersyukur," Ini Malaysia Negara Paling Aman di Dunia, Ko Sepatutnya bersyukur," Nasihat Sulaiman Puteh.

"Inilah keadaan orang yang tak boleh tunduk ke bawah. Sudah rasa diri hebat kerja di Singapura konon. Malang sekali disuruh balik ke Johor semula. Kalau ko rasa hebat, sepatutnya bos ko sayang ko dan x arah ko balik. Ini tak... Tak mungkin bosko pun x suka ko...haha padan muka...konon hebat," kata Kak Yuz.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Terdahulu, Suara Merdeka menerbitkan komentar seorang netizen yang memuji cara pengendalian pusat kuarantin oleh Kerajaan Negara Malaysia.

Katanya, selain Pakej Rangsangan Ekonomi yang dirasai rakyat, pusat kuarantin khusus untuk rakyat Malaysia juga wajar dipuji.

Pusat Kuarantin di Malaysia lengkap segala-galanya, dari pemberian makan minum percuma, diletakkan tv, ruang solat, tilam, bantal, shampoo, bahkan tuala turut disediakan. Apa yang paling terbaik #WIFI percuma turut disediakan.

Mereka yang ditempatkan harus bersyukur kepada Kerajaan Malaysia dan #Frontliner.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/04/bos-suruh-balik-malaysia-pkp-singapura.html

    返信削除

Featured post

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano @Jr_Paku Midin Channel IZUMISANO Kansai International Airpo...