2020年4月10日金曜日

Najib, Mahfuz, Fuziah dan Rosmah Layak Bantuan Prihatin Nasional - Ahli Parlimen

SELEPAS NAJIB DAN MAHFUZ, GILIRAN FUZIAH PULA TERKEJUT 'LAYAK' TERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL !

KUANTAN :
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh terkejut apabila beliau menerima makluman yang layak dan lulus untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020.

Beliau berkata amat bersyukur, dia sendiri telah membuat semakan dan mendapati permohonannya berstatus 'lulus' sedangkan hakikatnya beliau mengakui yang mana dia bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk BPN. Mungkin ini rezeki pemberian dari kerajaan baru, kata beliau.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Saya terpanggil untuk membuat semakan selepas tular berita berkenaan ada ahli parlimen, menteri, isteri mantan Perdana Menteri 'Rosmah Mansur' serta mantan timbalan menteri telah menerima kelulusan BPN dan sudah pun berbelanja barang keperluan dapur dari rezeki wang bantuan tersebut.

"Tidak disangka dan agak terkejut apabila saya sendiri pun menerima perkhabaran yang serupa iaitu 'lulus' untuk menerima bantuan sedemikian rupa," Alhamdulillah sebab saya memang menghargai pemberian ini. Katanya melalui satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, perkara itu menimbulkan persoalan bagaimana ia diluluskan dalam sistem sedangkan dia tidak layak menerima BPN.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kesilapan Serius Kerajaan 

"Kesilapan ini mungkin turut melibatkan lebih ramai individu yang tidak layak tetapi lulus untuk menerima bantuan seumpama ini.

"Memandangkan bayaran akan dibuat secara terus, saya khuatir, ramai yang tidak menyemak dan tersalah terima, " katanya.

Beliau berkata, BPN yang diluluskan secara automatik tanpa permohonan terbuka membawa kepada kesilapan sistem yang amat serius dan menjejaskan golongan yang sepatutnya dapat bantuan.

"Sumber negara perlu digunakan sebaik mungkin dalam keadaan kita memerangi penularan wabak koronavirus (COVID-19) dan kesilapan begini tidak sepatutnya berlaku," katanya. Kementerian berwajib harus mengambil tindakan segera jika kelewatan maka kerajaan akan rugi besar.

Mahfuz Lulus BPN, Mahu Belanja Najib Buka Puasa, Ramadhan Kelak Sekali Najib Reply Balik !...

Sebelum ini Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mengakui bahawa beliau disenaraikan sebagai 'Lulus' untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ekoran itu, beliau menggesa agar kerajaan mengkaji semula sistem saringan dalam menentukan penerima yang layak menerima bantuan seumpama itu.

"Saya difahamkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menerima senarai siapa yang benar-benar layak, berasaskan berapa nilai cukai yang layak dibayar dan berapa nilai yang tidak layak dibayar. Kemudian barulah mereka memutuskan bantuan harus disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Hasil daripada apa yang kita lihat sekarang ini menampakkan yang sistem LHDN sedia ada masih gagal mengesan mereka yang benar-benar layak kerana masih ada juga mereka yang tidak sepatutnya menerima bantuan diluluskan. 

"Jadi bagi saya, sistem ini perlu dilihat semula kekebalannya. Bahkan pegawai IT LHDN kedapatan masih lemah nilai kepintaran sedia ada kerana masih gagal menanggani masalah yang jelas di mata kita, " katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau sudah menerima wangitu di dalam akaun banknya, Mahfuz berkata bahawa beliau tidak tahu kerana tidak menggunakan sistem semakan dalam talian bagi akaun banknya, selain tidak dapat meninggalkan rumah ketika ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan tetap menunaikan janji untuk berbuka puasa bersama mantan perdana menteri Najib Razak untuk sama-sama berbuka puasa, kerana itu niat nazar dia.

"Saya dah janji dengan Najib di Facebook, masa sidang parlimen ini, saya nak belanja dia berbuka puasa guna duit bantuan ini."

"Yang lebih saya akan derma untuk tabung guamannya beritan banyak pulak najib terima saman, sebab dia yang muat naik di Facebook mula-mula. Saya anggap dia peminat setia saya, saya akan bantu dia sebaik mungkin," katanya berseloroh, merujuk respons yang dibuatnya terhadap hantaran Ex-PM Najib di Facebook.

Berikutan Respond Balas Najib Razak

"Terima kasih, Dato Mahfuz. tapi seperti yang saya kata semalam, sesiapa yang menerima bayaran bantuan kerajaan PN ini dan rasa tidak memerlukannya, boleh salurkan bayaran itu kepada Tabung COVID kerajaan.

Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada tabung ini. Inilah cara paling selamat untuk mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan kita.

Najib sebelum ini juga pernah menyorot bahawa pemimpin Amanah itu tersenarai sebagai penerima layak BPN.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Saya diberitahu (dan pihak saya juga telah memeriksa baki secara online di bank) bahawa Mahfuz layak menerima bantuan seribu ringgit Bantuan Prihatin Nasional. Wah Tahniah Dato !!!

"Minta belanja Kepci (KFC) bila wang dibayar, ya???" kata Najib pada kiriman Facebook itu.

Najib membuat hantaran itu selepas semalam, Malaysiakini melaporkan isterinya, Rosmah Mansor juga tersenarai sebagai 'lulus' menerima RM 800 di bawah program BPN.

Ini berdasarkan semakan di laman Web LHDN dengan memasukkan nombor kad pengenalan pasangan mereka. Mungkin ini rezeki pemberian kerajaan baru kepada kami bertiga kata beliau.

Semakan dibuat selepas beberapa netizen membangkitkan isu dalam talian dengan menggunakan kad pengenalan pasangan berkenaan yang didapati daripada dokumen mahkamah.

Bagaimanapun, semakan selanjutnya terhadap status bantuan BPN yang diterima Rosmah pada jam 11.50 malam pula menunjukkan ada paparan perbezaan.

Jika sebelumnya hasil semakan memaparkan status 'lulus', kini tetiba maklumat keputusan telah berubah. Najib turut mempersoalkan kredibiliti dan integriti pihak pengurusan LHDN seumpama mempermainkan rakyat yang buat masa kini mengalami masalah hasil bencana COVID-19.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/04/najib-mahfuz-fuziah-dan-rosmah-layak.html

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<