2020年4月20日月曜日

Sajat Harus Dihukum, Persenda Islam - Ezany 'Pelakon'

BERANI PERSENDA ISLAM, EZANY BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SAJAT

Semua tahu, lagak ahli perniagaan Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat, yang mencemar kesucian agama Islam bahkan mencemari Tanah Suci Makkah ketika mengerjakan umrah memang tidak dapat diterima.

Kali ini giliran pelakon/artis mengambil tindakan dengan membuat laporan polis kerana perbuatan terlampau Sajat itu telah mempersendakan Agama Islam.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pelakon Ezany Nizariff 47, memaklumkan bahawa beliau berbuat demikian atas kewajipan sebagai hamba Allah (Muslim).

"Saya pun mempunyai dosa yang banyak, bahkan kita redha dengan Allah SWT. Sepatutnya, kita senantiasa memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik. Sebelum Allah tanya saya di akhirat kelak, sebagai hambaNya, saya terpaksa bertindak kerana kamu (Sajat) sudah dan makin terlampau biadab!" Tegasnya di Facebook beliau hari ini.

Beliau menyifatkan perbuatan Sajat berpakaian wanita dan tampil menonjolkan buah dada dan juga kemaluan (yang mengaku dirinya sudah perempuan) itu dilihat mencemari nama baik Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, di Malaysia.

Dalam masa yang sama, aksi melampaui batas itu juga, jelasnya, menimbulkan suasana yang tidak harmoni antara agama serta terdapat hasutan dan juga menampakkan beliau bersama kaumnya yang juga rakan seperjuangan bisnesnya cuba mempromosikan nilai ekstrem gay, lesbian, biseksual dan transgender (LGBT) selepas difahamkan mereka telah bercerai dan ditinggalkan kekasih sejenis.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sjaat mengundang rasa ketidakpuashatian jemaah di Tanah Suci Makkah apabila sengaja menceroboh ruang solat yang dikhaskan bagi kaum wanita dengan berpakaian serupa. Ia telah menyebabkan netizen sedunia marah dan mempertikaikan agen serta Kementerian berwajib yang membutakan mata atas perbuatan Sajat itu. Tidak mustahil di dunia mereka dibayar Ringgit tetapi perlu ingat Allah SWT akan membalas perbuatan kalian.

Rata-rata masyarakat Malaysia juga mengecam aksi Sajat mengenakan jubah wanita dan bertudung di Instagram ketika mengerjakan ibadah Umrah di Mekah bersama kedua orang tuanya. Lebih mendukacitakan kedua orang tuanya redha dengan perbuatan Sajat dan netizen menyifatkan kemungkinan kedua ibubapanya amat bergantung dengan wang ringit dan harta Sajat itu.

Perangai Sajat itu turut dikesali para Ustaz di Malaysia bahkan negara luar mengecam perbuatan Pondan Malaysia yang menghina Agama Islam.

Mengulas lanjut, Ezany yang juga usahawan produk kecantikan mengakui kagum dengan pencapaian Sajat dalam perniagaan kosmetik.

"Tetapi atas kebodohan yang ditonjolkan oleh Sajat, saya hilang respek kepada Sajat kerana sewenang-wenangnya mempermainkan agama Islam, Bahkan Sajat mencabar Allah SWT, minta maaf dan kamu terus buat dan buat lagi.

"Ramai Ustaz nasihat tapi kamu tetap tidak peduli. Kamu angkuh. Kamu ego," ujar bapa kepaa dua anak, Rayyan Harraz dan Hayden Harraz itu.

"Sajat turut menyatakan dia dan pondan tidak akan disambar petir, malah tiada yang kena jangkitan penyakit koronavirus, katanya".

Sehubungan itu, Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zohri Mohd Nizariff berharap pihak berkuasa dapat bertindak dan memberikan hukuman setimpal sebelum terlambat.

Pada 06 Februari 2020 yang lalu, Sajat telah memuat naik video dia menangis dan mencium Kaabah di Insta Story. Dia juga memuat naik beberapa gambar mengenakan jubah wanita berwarna hitam selain turut berpurdah di Masjid Nabawi, Masjid Quba dan Bukit Uhud di Madinah.

Difahamkan, Sajat bersama keluarga, rakan serta mutawwif pulang ke tanah air pada 06 Februari 2020, awal sehari daripada tarikh sepatutnya mereka pulang.

Mereka dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri tanpa melalui agensi Umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd.

Bekas Menteri terbabit, pernah 'naik angin' dengan perlakuan Sajat itu. Beliau tidak menolak kemungkinan akan menemui Sajat apabila ahli perniagaan itu pulang ke Malaysia selepas menunaikan Umrah.

Menteri terbabit juga adalah Naib Presiden AMANAH juga pada 04 Februari 2020 lalu pernah berkata pihaknya pada masa itu sudah bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengambil tindakan segera terhadap video dan gambar dimuat naik Sajat itu.

Walau bagaimanapun, tindakan lanjut terhadap Sajat tidak diketahui lantaran fokus umum terhadap Pandemik COVID-19 diikuti keruntukan kerajaan PH pada 24 Februari 2020 yang lalu.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Japan said Thursday it...