PAGES

2020年5月27日水曜日

1 Syawal Aidilfitri Jangan Sesekali Ziarah Kubur


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung dan juga aktiviti menziarahi kubur pada sambutan Aidilfitri 2020 ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM tidak akan mengeluarkan dasar ataupun prosedur operasi standard (SOP) menjelang Aidilfitri.

"Selain itu, sambutan hari raya tahun ini perlu dibuat di luar kezaliman dan berbeza dari sebelum ini," katanya.

"Memang ada kelaziman kunjung-mengunjung dan juga aktiviti menziarahi kubur setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri mahupun Aidiladha, ini adalah rutin Umat Islam kita.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Apa yang lebih penting adalah untuk kita berganding bahu memutuskan jangkitan dan kalau boleh beraya secara tertutup iaitu sesama keluarga sahaja dan mengurangkan aktiviti berkunjung dan juga cuba elakkan aktiviti tersebut," katanya pada sidang media harian COVID-19 di KKM, Putrajaya hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawasanya, KKM bukan mengeluarkan dasar tetapi lebih berbentuk nasihat kepada individu dan juga keluarga supaya untuk tidak mengamalkan kunjung-mengunjung dan juga menziarahi kubut pada tahun ini yang mengalami wabak COVID-19.

"Hanya tahun ini sahaja Insya Allah, dan jiga kita boleh patuh kepada nasihat KKM, kita boleh memutuskan jangkitan wabak COVID-19 ini dalam masyarakat Malaysia amnya.

"Sebab COVID-19 masih ada di dalam komuniti kita, jadi jika kita terdedah dan menjadi agen pembawa virus ke rumah, kampung serta kejiranan kita maka lebih ramai yang akan mempunyai risiko dan berisiko tinggi.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Jadi kami KKM menasihatkan kepada setiap individu, masyarakat, keluarga untuk memastikan kita senantiasa berganding bahu menjaga diri kita masing-masing, kita jaga keluarga kita dan kita jaga komuniti masyarakat kita seadanya.


"Ini adalah tanggungjawab kita bersama dan bukannya hanya di pihak kesihatan, frontliner bahkan kerajaan, tetapi setiap individu dan keluarga harus mengambil iktibar dan menjaga diri sendiri," katanya.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/1-syawal-aidilfitri-jangan-sesekali.html

    返信削除