2020年5月7日木曜日

9 Cara Mudah Gandakan Duit Masa PKP


INGAT !!!
Simpan Duit Walaupun Sedikit Nilainya !!!

Sebelum kita teruskan...

BERAPA BANYAK DUIT YANG ANDA NAK SIMPAN ?

Saya akan berkongsi sedikit mengenai tip - tip yang boleh diguna pakai supaya anda dapat melihat akaun bank anda meningkat dari masa ke semasa. Lebih banyak duit yang disimpan maka akan meningkatlah hasilnya.

SIAPA KATA DIRINYA TAK NAK DUIT LEBIH ?

Menyimpan duit adalah kewajipan kita dalam dunia serba moden ini. Semuanya perlukan duit.
Nak makan, membeli belah, mewayang, membawang dan lain-lain jika tiada duit kita tidak akan dipandang!!!

Pernahkah terfikir, rasa tenang jer jika kita lepas terima gaji rasa tenang jer hati kita kan! 

Ini bererti susah sekiranya kita tidak merancang sekarang lebih-lebih lagi kita tak menyimpan duit dari sekarang. Siapa yang akan tolong kita waktu susah tak berduit ???

Ada beberapa soalan yang selalu timbul apabila diri ingin menyimpan duit. Berapa banyak duit yang perlu kita jimatkan ?

Di mana kita mahu meletakkan duit kita, dan bagaimana kita boleh pastikan duit yang disimpan tidak pergi ke mana ?

Ok !
Jika anda ingin tahu bagaimana caranya untuk menyimpan duit dan ingin tahu cara meningkatkan pulangan pelaburan kita, maka saya kongsikan beberapa tips mudah.

Ok !Sekarang saya akan kongsikan tip - tip yang boleh membantu untuk menjawab soalan-soalan tersebut di atas itu lebih-lebih lagi di masa #PKP sedia maklum semuanya terbatas, tidak boleh keluar, perjalanan yang singkat serta batas aktiviti terhad hanya dari rumah.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

1 # HAPUSKAN HUTANG TERLEBIH DAHULU

Nak tahu berapa banyak hutang yang kita ada maka, senaraikan dulu apa jenis hutang yang kita tanggung sekarang. Tiada orang lain yang lebih tahu selain diri kita sendiri!!!

Bila dah tahu senarai jenis hutang sedia ada, maka, kaji balik berapa nilai atau jumlah duit yang kita ada dalam tempoh berapa lama ianya beku dan cair.

Beku = Duit simpanan di bank tidak dikeluar 
            (kekal dlmtempoh berapa lama)

Cair = Duit simpanan dikeluar/ masuk
           (Bank hanya akan berikan faedah simpanan dalam
           tempoh 30 hari sahaja)

Jika terkaji jumlah simpanan sedia ada untuk melangsaikan sedikit hutang ataupun menghapus sekurang-kurangnya salah satu hutang kita, maka cara menghapuskan hutang terpantas yang boleh digunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan dalam tabungan.

Ini bermakna apabila kita tidak menggunakan duit untuk pembayaran hutang, bermakna duit itu boleh digunakan untuk disimpan ditabungan. Lagi cepat kita bertindak menyelesaikan hutang, maka, lagi tenang hati kerana kita tidak perlu berfikir siang malam, tidur tak lena memikirkan hutang!

Sekarang, kita hanya perlu fikir tentang menyimpan duit yang lebih, simpan dan simpan sahaja setiap bulan. Apa yang saya amalkan adalah melaburkan duit ke dalam Amanah Saham Bumiputera. Walaupun nilai faedah nya sedikit, tetapi memadai bagi saya, Siapa yang nak bagi duit kat kita ????!!!


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


2 # TETAPKAN MATLAMAT TABUNGAN SIMPANAN

Saya suka sekali menetapkan pendirian diri untuk menetapkan setiap bulan saya akan menyimpan duit paling rendah RM 1,000 sebulan.

Masa study, saya tetapkan setiap bulan ;

Pelaburan ASB                      = RM 1,000.00
Simpanan Biasa  + Faedah   = RM 1,000.00  
                
Pelaburan Mata Wang Asing = RM 500.00

Saya menetapkan simpanan tersebut, saya nak lihat selepas 2 tahun Master Sains (Kejuruteraan) hasil simpanan saya sudah bernilai jumlahnya berapa ?

Prinsip saya, 

Pelaburan ASB   = RM 1,000.00 /Bulan
Tempoh               = 12 bulan x 2 Tahun
Faedah dijangka = 5 % 

* Kekalkan prinsip tiada pengeluaran duit simpanan dalam tempoh 24 bulan (sekurang-kurangnya) !!!

Bayangkan jika genap/matang duit tersebut dalam pelaburan simpanan akan beranak pinak berjumlah berapa ???

Macam bohong bukan tetapi hakikatnya....
Alhamdulillah saya sendiri yang tersenyum!!!

Taktik ini bukan untuk meninggi diri.
Ianya adalah perancangan untuk>>>

Membeli rumah,
Membeli kereta,
Jangka Panjang....Jika kita sakit siapa akan bantu ?
Sedar diri...kita bukan dari keluarga yang senang...Lahir ke dunia rumah batu, kereta Mercedec, Ada orang Gaji, Tukang Basuh Baju dll.

Selain itu, saya selalu memikirkan berapa banyak duit yang saya perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 ataupun 30 tahun akan datang selepas dibuang kerja, berhenti kerja, krisis ekonomi yang memerlukan digugurkan dari jawatan dan saya juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu saya mencapai matlamat hidup diri saya.

Ia bermakna, jika kita ada duit lebih, maka bolehlah kita laburkan duit tersebut berganda-ganda.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


3 # TETAPKAN SATU JANGKA MASA TEMPOH MENYIMPAN

Seperti yang saya nyatakan di atas, saya menyimpan ke akaun pelaburan ASB dalam tempoh pengajian 2 tahun.

Dari penetapan tempoh pengajian tersebut maka, saya segerakan kiraan bermula dari tarikh/bulan saya melapor diri sebagai pelajar Master Sains (Kejuruteraan) Bulan September 2017 maka saya harus menyimpan bermula bulan yang sama sehingga September 2019 (paling lewat September 2020).

Pastikan objektif dalam tempoh pengajian tersebut tercapai!

Jika matlamat yang ditetapkan diri itu tidak boleh dicapai, diri kita akan merasa kecewa.

Sebagai contoh, saya beberapa kali agak kelewatan membuat simpanan bulanan ke akaun pelaburan ASB.
Disebabkan itu, saya sering tidak dapat tidur malam, berkhayal serta umpama mengigau kerana teringatkan bila nak ke bank untuk menambah pelaburan tersebut. Umpama selagi tak menyimpan atau langsaikan simpanan pelaburan ASB tersebut, diri macam berhutang!

Oleh itu, kita boleh lihat berapa banyak yang boleh disimpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

Disebabkan kaedah tersebut, saya meneruskan capaian dan matlamat hidup menggandakan duit ke point seterusnya...




4 # BERAPA JUMLAH DUIT YANG PERLU DISIMPAN

Nak membuat simpanan pula kita harus fikirkan berapa nilai atau jumlah duit lebihan yang boleh kita simpan selama seminggu, sebulan atau setiap kali kita menerima gaji untuk mencapai setiap matlamat yang telah kita tetapkan buat simpanan peribadi.

Ambil kira dahulu setiap perkara dan tanggungan yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang kita perlukan untuk memulakan simpanan harian.

Sebagai contoh,

Saya tetapkan setiap bulan saya harus melabur ASB (simpanan) - RM 1,000.00 / sebulan.
Jika ada duit lebih selepas membuat kiraan, saya akan tambah simpanan (tarikh yang hampir dengan minggu gaji baru masuk) ++ RM 500 - RM 1,000.00 (extra).

Ia bermakna dalam tempoh simpanan...

RM 1,000.00 x 12 bulan = RM 12,000.00 / setahun
Extra RM 500.00  x 6 bulan = RM 3,000.00/ setahun

Jumlah Simpanan Minima = RM 15,000.00 / setahun

* Kiraan di atas adalah dalam jumlah minima simpanan tambahan.

Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM 1,000.00. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang benar-benar realistik.

Dan bukan bererti dengan gaji RM 1,000.00 anda tidak boleh menyimpan! Duit yang banyak tidak bererti akan menyimpan banyak! Selalunya seseorang yang mempunyai gaji yang tinggi nilainya, periuk nya pun akan tinggi kosnya.

Ianya terletak pada prinsip dan bijak mengurus duit gaji kita. Jika seseorang walaupun gajinya kecil nilainya tapi bijak mengurus, dia  mungkin lebih mewah di masa hadapan berbanding seseorang yang gaji yang lumayan tetapi gagal mengurus duit gaji / pendapatan bulanannya.

Anda kena adaptasi matlamat diri dengan keadaan hidup!


5 # AMALKAN UNTUK SIMPAN REKOD PERBELANJAAN HARIAN/BULANAN

Dengan kata lain, keep track segala perbelanjaan diri. Ada dua perkara mengenai duit : 

a). Berapa jumlah duit yang diperolehi ?

b). Berapa jumlah duit yang dibelanja ?

Catitkan setiap perbelanjaan bagi setiap hari, minggu dan juga bulanan. 

Saya amalkan mencatit dan menyimpan segala resit perbelanjaan di dalam fail dan mencatit perbelanjaan di dalam diari peribadi saya.

Ramai kawan-kawan semasa study yang sering memuji diri "darah daging cina ni, satu sen pun berkira"...hahaha...


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


6 # BERHENTI ATAU JANGAN AMALKAN GUNA KAD KREDIT

Tolong bayar segala - galanya dengan wang tunai dan Jangan sekali - kali menggunakan cek mahupun kad kredit.

Dengan kata lain, jangan berlagak seperti diri ini kaya raya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit di depan mata kita.

Kenapa ?
Sebab kita tak nampak duit semakin berkurangan di depan mata kita.

Jika kita nampak duit depan mata secara fizikal nilainya, kita akan melihat duit itu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa serba salah dan menyesal bila belanja terlampau banyak.

Sebenarnya penggunaan kad kredit tidak semestinya jahat!
Ada kebaikannya jugak (diperlukan bila kesempitan, melancong kekurangan duit mata wang asing boleh gunakan kad kredit (debitcard). 


7 # LAKUKAN SIMPAN PERIBADI SEKARANG

Simpanan jadikan keutamaan diri dahulu.

Jangan tanamkan dalam diri jika ada baki duit gaji baru boleh simpan!!! 

Padamkan niat tersebut! SEKARANG!!!

Amalkan dan Tanamkan Dalam Diri >>>
Dapat ja gaji hari ini >>>
Hari ni jugak aku nak simpan duit RM 1,000.00 ke Amanah Saham Bumiputera.

Sekarang kaedah mudah tidak perlu pergi beratur di bank terutama masa #PKP ni.

Jika anda menggunakan Akaun MAYBANK2U untuk terimaan gaji bulanan anda, gunakan perkhidmatan online untuk memindahkan duit RM 1,000.00 ke akaun pelaburan ASB anda. 

Amat mudah menjimatkan masa, tenaga, minyak kereta dll.

Tidak rugi dikenakan RM 1.00 (caj perkhidmatan pemindahan duit tersebut).


8 # JANGAN MUDAH PUTUS ASA DAN KECEWA KEPADA DIRI

" the minute you think of giving up, think of the reason why you held on so long."

Anda mungkin tidak fikir yang anda boleh menjadi kaya raya bukan ?
Dan untuk menjadi seorang jutawan adalah mustahil!
Tapi cuba kita bayangkan ....
Sedikit demi sedikit kita menyimpan... Masa hadapan pasti mengunung duit simpanan.

Pada mulanya memanglah sedikit jumlah simpanan. 
Sepeti tidak cukup bukan ?
Hari bertukar ganti, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun kita tidak sedar, perubahan mula berlaku.
Akhirnya kita akan nampak duit simpanan yang kita laburkan itu bertambah.

Sehinggalah pada satu hari kita akan merasa gembira kerana kita menjadikan aktiviti menabung yang sebelum ini hobi membuahkan hasil yang lumayan dalam hidup kita.


9 # JANGAN LUPA BERLIBUR

Selain itu, cubalah cari keseronokan tanpa perlu membazirkan duit. Mungkin anda boleh belajar bermain muzik, bersukan (tanpa menggunakan duit yang banyak), bermain congkak ataupun berlibur bersama kawan-kawan (melancong secara backpacker-kos murah dan terendah).

Cuba cari sesuatu yang tidak memerlukan kita mengeluarkan begitu banyak duit.

Zaman study, saya bersama rakan-rakan selalu tekankan aktiviti melancong.

Kita buat kajian bila...

a). AirAsia - Promosi
b). Destinasi Melancong - Kos Rendah
c). Mata Wang Asing - Rendah
d). Pengangkutan, Penginapan - Rendah
e). Semuanya jimat.

Hasilnya, saya telah melancong ke 38 Negara dengan kos minima seorang diri.

* Boleh rujuk blog saya #Travel ALone


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

ARTIKEL BUAT DUIT KONGSIKAN KPD ANDA 


>>> CLICK LINK <<<






@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/9-cara-mudah-gandakan-duit-masa-pkp.html

    返信削除

Featured post

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Japan said Thursday it...