PAGES

2020年5月29日金曜日

Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian, Kerajaan Harus Adil



HUKUMAN LEBIH BERAT TERHADAP PEMANDU MABUK YANG MENYEBABKAN KEMATIAN 

KUALA LUMPUR :

Sudah tiba masanya kerajaan buka mata dan memperketatkan serta menambah hukuman sedia ada terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.

Kemalangan jiwa berpunca daripada pemandu di bawah pengaruh alkohol tidak sepatutnya hanya didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 sahaja, menurut Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menurut beliau saban hari malah setiap hari makin meningkat kemalangan jiwa yang melibatkan kematian angkara pemandu mabuk dan hukuman yang lebih berat serta setimpal yang mengakibatkan kematian kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol walaupun pertama kali melakukan kesalahan terbabit.

"Hukuman berat iaituu denda sehingga RM 100,000, 20 tahun penjara dan lesen memandu digantung seumur hidup perlu terus dikenakan walaupun ia kesalahan pertama. Ianya adalah kaedah mengenakan pengajaran kepada pemandu yang ingkar dan memandu dalam pengaruh alkohol.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


"Jika perkara ini masih ditutup oleh mata oleh kementerian berwajib, saya percaya ia akan lebih memudaratkan berbanding wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini. Adakah kerajaan tidak sedar bertapa pilunya hati melihat keluarga yang kehilangan punca pendapatan lebih-lebih lagi kita mendengar ada anak-anak yang menjadi yatim piatu akibat kekejaman mereka yang menyebabkan kematian kedua orang tua. Akibat daripada kesalahan dan kecuaian pemandu mabuk orang lain yang menjadi mangsa kekejaman mereka. Adakah kita juga ingin mendengar dan melihat anak, isteri atau suami malah ahli keluarga kita yang menimpa musibah baru kita nak ambil ikhtibar dari permasalahan akibat pemandu di bawah pengaruh alkohol ini," katanya.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


"Saya menggesa agar dilakukan pindaan segera untuk mendakwa pesalah berkenaan sebagai kesalahan jenayah membunuh di bawah kanun keseksaan kerana hukuman penjara mengikut undang-undang sedia ada belum mencukupi dan tidak setanding dengan kes yang melibatkan kematian akibat pemandu mabuk ini," tegas Zahida.

 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/pemandu-mabuk-sebabkan-kematian.html

    返信削除