2020年6月8日月曜日

Anwar Rancang Jatuhkan PM Malaysia

Anwar Memang 'Gila-Gila' Nak Jadi Perdana Menteri - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana tidak ramai yang menyokongnya.

Mahathir berkata demikian dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Ahad lepas, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Parti Amanah Nasional (Amanah).


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Anwar Ibrahim sememangnya gilakan populariti dan gila untuk menjadi Perdana Menteri. Dia tidak boleh jadi Perdana Menteri. Entah macam mana, kalau dulu ramai sokong dia, sekarang lebih ramai yang menyokong saya untuk kembali sebagai Perdana Menteri."


Tun Mahathir menjelaskan, apabila beliau meletakkan jawatan, langkah itu untuk membolehkan Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Tetapi kalau orang hendak saya bertanding, saya akan bertanding. Kalau saya dapat lebih sokongan, saya akan baliklah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia," ujarnya.

Tun Mahathir mengular lebih lanjut dan menerangkan bagaimana sebenarnya perancangan untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri Malaysia di tengah-tengah krisis itu telah digagalkan oleh Anwar Ibrahim.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menurut Tun Mahathir, Anwar Ibrahim telah mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menamakannya (Anwar) sebagai calon Perdana Menteri apabila mereka ditemu ramah oleh Yang  di-Pertuan Agong pada Rabu sebelum perlantikan Perdana Menteri.

"Jika tidak, saya sudah dapat 92 undian (daripada sokongan ahli Parlimen). Saya boleh lat lagi 60 undi, dan boleh mendapat majoriti undian.

"Jadi kerana dia (Anwar) tuntut untuk menjadi calon, walapun dia sepatutnya dia tidak boleh mendapat sokongan majoriti.

"Dia tuntut nak jadi jugak calon Perdana Menteri. Orang macam tu percaya benda yang tak akan betul, sebab dia nak jugak jadi Perdana Menteri, " Kata Tun Mahathir.

Anwar Ibrahim dan PH hanya kembali menyokong Tun Mahathir pada petang Jumaat selepas Muhyiddin berjaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli Parlimen Bersatu untuk bekerjasama dengan parti UMNO, Pas dan beberapa parti lain.

Tan Sri Muhyiddin Yasin selamat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8 di Istana Negara dan kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga kini yang amat membanggakan rakyat Malaysia.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/anwar-rancang-jatuhkan-pm-malaysia.html

    返信削除

Featured post

CHARACTER FOR GOLD PICKED AS MOST SYMBOLIC KANJI OF YEAR 2024 - TOKYO JAPAN

CHARACTER FOR GOLD PICKED AS MOST SYMBOLIC KANJI OF YEAR 2024 - TOKYO JAPAN   @Jr_Paku Midin Channel TOKYO The kanji for gold (金  kin ) was ...